Showing posts with label Kek Brownies. Show all posts
Showing posts with label Kek Brownies. Show all posts

Brownies Cheese Marble Cake

Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *diayak
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla


Cara-caranya:
1.Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2.Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3.Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4.Masukkan tepung,baking powder dan soda bikarbonat sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5.Panaskan oven pada suhu 175. Alas loyang 10" x 10" dgn kertas minyak.
Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6.Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan.Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7.Bakar selama 20minit menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur


Cara-caranya:
 1.Pukul cream cheese hingga gebu.
2.Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3.Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven.
Tuangkan adunan cheese dan ratakan.
Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa.
Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15minit atau sehingga cheese masak.
Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Kek Brownies



















Bahan A
1 cawan susu cair
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang [brown sugar]

Bahan B [kacau rata]
2 biji telur gred B
1 s/k esen vanilla

Bahan C [ayakkan]
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat

Cara membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
2. Kacau bahan A supaya sebati.
3. Masukkan bahan B.acau rata.
4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
5. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
6. Bakar selama 45 - 50 minit.
7. Sejukkan kek dan salutkan dengan kerim coklat.
KRIM COKLAT
Bahan-bahan

250 gm cooking coklat [cap tulip]
1 s/b butter/majerin
1 s/k susu cair

Cara membuatnya:
1. Panaskan coklat dalam periuk/bekas secara double boil.
2. Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau lagi.
4. Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan.

5.Kek Brownies siap utk dihidangkan.

My Friends,My Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.my-resepi.blogspot.com. Powered by Blogger.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons