Showing posts with label Resepi Ketam. Show all posts
Showing posts with label Resepi Ketam. Show all posts

Ketam Dondang Sayang

Bahan:
• 1/2 cawan minyak masak
• 1 cawan santan (daripada sebiji kelapa)
• 2 batang serai, diketuk
• 2 keping asam gelugur
• 1 kg ketam, dibuang kulit dan dicuci bersih
• Garam secukupnya
• 3 helai daun limau
• 1 helai daun kunyit


Bahan kisar:
• 5 biji bawang merah
• 3 ulas bawang putih
• 3 cm kunyit hidup
• 3 cm halia
• 10 tangkai cili kering, yang direbus
• 1 1/2 cm belacan Melaka


Cara membuat:
1.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga terbit bau. Masukkan santan, serai,
asam gelugur dan kacau rata.
2. Apabila kuah mula mendidih dan pekat, masukkan ketam dan garam secukupnya. Kacau
rata dan tutup periuk, kecilkan api. Biarkan 10 minit.
3. Setelah ketam masak, masukkan daun limau dan daun kunyit. Kacau rata.
4. Hidangkan panas-panas.

Ketam Bercili


Bahan-bahan:
6 ekor ketam
3 ulas bawang putih dikisar
15 tangkai cili kering dikisar
3 sudu besar sos cili
1/2 sudu besar sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit daun sup/bawang


Cara menyediakan:
1.Rebus atau kukus ketam hingga kulitnya bertukar warna kemerah-merahan.
2.Selepas itu,kopek kulitnya dan bersihkan.Sepit ketam pula harus diketuk agar isinya mudah dimakan.Ketepikan.
3.Tumis bawang putih yang telah dikisar hingga naik bau.Baru masukkan cili kering dan tumis hingga garing.
4.Kemudian masukkan pula sos cili dan sos tomato.Gaul rata.
5.Bila sudah agak garing,masukkan garam dan gula secukup rasa.
6.Kemudian,masukkan 1/2 cawan air bersama ketam.Masukan daun sup/bawang dan gaul rata.
7.Sedia untuk dihidangkan

Tomyam Seafood Bersantan






















Bahan-bahan:
2 ekor ketam - potong 4
2 ekor sotong
20 ekor lala
3 batang jagung muda
Cendawan tiram
1 bawang besar - potong 6
3 batang serai
Lengkuas 1 cm
Pes tom yam 2 camca besar
3 camca besar perahan limau nipis
5 helai daun limau purut
½ cawan santan segar
1 camca besar nampla(sos ikan)
2 camca serbuk udang cili
Garam + gula secukup rasa
8 cili api dipecahkan


Cara menyediakan:
1) Rebuskan 3 cawan air bersama pes tomyam,serai,lengkuas,ciliapi,nampla,
     serbuk udang cili,bawang besar dan daun limau purut.

2) Kemudian masukkan ketam dikuti sotong dan lala serta sayuran.

3) Masukkan santan dan perahan limau nipis serta garam dan gula,
     biarkan mendidih seketika sebelum dihidangkan.

Ketam Lada Hitam





















BAHAN-BAHAN:
2 ekor ketam
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
40 gm halia
1 tangkai cili merah
50 gm sos lada hitam
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1 biji telur
1 sudu lada hitam (tumbuk)
1 sudu kecil minyak bijan

CARA MENYEDIAKAN:
1)Rebuskan ketam dan ketepikan.
2)Panaskan minyak, tumiskan bawang putih,bawang besar,halia dan cili yang dihiris halus.
3)Kemudian masukkan sos lada hitam, kicap cair, kicap pekat dan lada hitam.
Kacau rata.
4)Masukkan ketam, minyak bijan dan minyak bawang putih.
5)Masukkan garam secukup rasa dan telur yang telah dipukul.
Gaul rata dan biarkan mereneh.

Ketam Cili Bertelur















Bahan-bahan:
•1 kg - ketam bunga – dibersihkan, dibelah dua & digoreng selama 3-5 minit.
•10 ulas - bawang merah dikisar lumat
•5 ulas - bawang putih dikisar lumat
•2 inci - halia dikisar lumat
•3 batang - serai – dititik
•5 sudu besar - minyak untuk menumis
•1 cawan-air
•3 sudu besar - sos tiram
•3 sudu besar - sos cili
•3 susu desar - sos tomato
•2 sudu besar - cili boh
•1 biji - telur – dipukul
•Garam & gula secukup rasa
•1 labu - bawang besar–dibelah 8
•Daun ketumbar untuk hiasan

Cara memasak:
•Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan-bahan kisar, cili boh dan serai hingga naik baunya.
•Masukkan secawan air, gaul rata. & masukkan semua sos, gula, garam secukup rasa dan gaul hingga sebati. Masukkan ketam, bawang besar & tutup kuali selama 5 minit.
•Masukkan telur dan dikacau kedalam kuali cepat-cepat supaya telur tak berketul.
•Hiaskan dengan hirisan daun ketumbar

Ketam Masak Lemak
















Bahan-bahan
500g ketam - siang n kerat dua
*3 biji bwg merah
*2 ulas bwg putih
*1 inci kunyit hidup
*cili padi1 btg serai- ketuk
1 keping asam keping
beberapa helai daun Kunyit - hiris halus
santan
garam
serbuk perasa

Cara-cara:
1)Tumbuk bhn yg bertanda *.
2)Masukkan bahan yg ditumbuk ke dalam kuali.
3)Masukkan santan,serai,asam keping, ketam. gaul rata. masukkan garam n perisa@gula.didihkan.
4)Last skali masukkan daun kunit. dan tutup api. siap utk dhidang.

Ketam Sweet Sour

Bahan-bahan:
2 ekor ketam
3 ulas bawang putih (dicincang)
4 sudu sos tomato
4 sudu sos cili
2 sudu minyak bijan
1/2 kiub pati ayam
1 biji telur
Garam
Air (ikut suka)
Daun ketumbar

Cara-cara:
1.Tumis bawang putih sehingga naik bau dan wangi.
2.Masukkan sos cili, sos tomato dan air. Kacau sebati.
3.Masukkan ketam dan biarkan hingga masak sambil dikacau sekali sekala.
4.Masukkan minyak bijan, pati ayam dan garam.
5.Apabila telah masak sepenuhnya pecahkan telur dan kacau supaya telur hancur.
6.Setelah telur masak dan kuah pekat boleh diangkat untuk dihidangkan.
7.Taburkan daun ketumbar untuk hiasan.

My Friends,My Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.my-resepi.blogspot.com. Powered by Blogger.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons