Showing posts with label Resepi Bihun. Show all posts
Showing posts with label Resepi Bihun. Show all posts

Bihun Goreng Singapore




Bahan-bahannya:
400 gm bihun (rendamkan lembut dan toskan)
100 gm udang segar/ atau apa sahaja daging yang anda suka
1 biji telur
250 gm taugeh
1 batang lobak merah - diparut
1 sudu teh lada hitam*
2 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 sudu besar minyak
1 sudu besar minyak bijan
Sedikit sos ikan
Limau nipis, bawang goreng,daun sup dan daun bawang (dipotong kecil untuk hiasan)

Cara-caranya:
Kisar bahan bertanda *.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
Masukan daging,telur dan kacau rata.
Memudian masukkan lobak merah dan bihun. Kacau rata sehingga sebati.
Perasakan garam,serbuk lada putih,sos ikan dan minyak bijan.
Taburkan hirisan daun bawang,daun sup,bawang goreng dan limau nipis

Bihun Sup Utara




































Bahan-Bahan:
600 gm tulang daging
300 gm tauge
600 gm bihun
150 gm kacang tanah
6 labu bawang merah
4 sudu besar minyak
3 sudu besar cili mesin
1 sudu besar lobak masin 1 pokok daun saderi
1 pokok daun bawang
2 biji asam limau
2 biji cili merah
4 keping tauhu
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara membuatnya:
Potong daun saderi dan daun bawang sepanjang 1.5 cm.
Bersihkan tulang dan rebus bersama garam.
Masukkan 1 sudu besar daun bawang dan daun saderi.
Masak selama 1 jam.

Celur bihun dan ketepikan.
Celur tauge dan lobak masin.Ketepikan.
Mayang bawang merah dan goreng.
Goreng tauhu dan apabila masak hiris nipis-nipis.
Goreng kacang tanah tanpa minyak.
Tumbuk atau mesin hingga halus.
Panaskan 1 sudu teh minyak dalam kuali dan tumis cili mesin.
Masukkan garam dan gula.
Angkat dan ketepikan.
Apabila menghidang elok disediakan mangkuk berasingan bagi setiap orang.
Masukkan bihun, taburkan daun saderi, daun bawang, bawang goreng, tauhu, lobak masin dan tauge.
Tuangkan kuah ke atas bihun.
Taburkan kacang tanah dan satu sudu teh cili tumis.
Perah limau nipis dan tabur cili potong, jika suka.

Bihun Goreng TomYam

Bahan-Bahan:
7 ulas Bawang Merah
5 ulas Bawang Putih
5 biji Cili Padi
1 btg Serai
3 helai Daun Limau
(diblander sampai hancur)

Sedikit gula
Sedikit garam Ayam @ Daging
Udang @ Sotong
1 pek Perasa Tom Yam
1 bungkus Bihun
Sayur Kobis atau Sawi

Cara:
Tumiskan minyak sampai panas, masukkan bahan yang telah dikisar dan pes Tom Yam.
Tumiskan sampai garing serta naik bau.
Masukkan ayam @ daging.
Masukkan sayur dan bihun, gaul sampai rata.
Akhir sekali masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa

My Friends,My Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.my-resepi.blogspot.com. Powered by Blogger.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons