Showing posts with label Resepi Daging. Show all posts
Showing posts with label Resepi Daging. Show all posts

Daging Salai ala Wellington bersama Krim Lemak Cili Padi dan Compote Berry Merah


Resepi Masterchef2:Daging Salai ala Wellington bersama Krim Lemak Cili Padi dan Compote Berry Merah - Dato’ Fazley


    Bahan-bahan Daging Salai:

  • 300g-400g Beef Tenderloin
  • Puff pastry 1 piece
  • 8 keping cendawan butang putih
  • 2 ulas bawang putih
  • 15 biji bawang merah
  • 1 cawan santan
  • 2 batang serai
  • Kunyit
  • Cili padi
  • 2 sudu serbuk kunyit
  • 2 ulas asam keping
  • 1 sudu asam jawa
  • Gula dan Garam secukup rasa
  • Bahan-bahan Nasi Pesto:

  • 1 gugus berry merah
  • Kacang buncis
  • lobak merah kecil

    Cara-cara penyediaan Daging Salai:

  • 1. Daging disalut dgn serbuk kunyit dan garam kemudian disalai diatas api tanpa menggunakan minyak sehingga ada lapisan kehitam-hitaman di bahagian luar.
  • 2. Cendawan, bawang putih, bawang merah dipotong dadu. Kemudian sauté bersama minyak zaitun dan mentega. Masukkan juga hirisan serai. Gaul hingga sekata.
  • 3. Sementara bahan tadi disejukkan, hiris daging salai tadi menjadi sederhana halus.
  • 4. Uli puff pastry sehingga mencapai kenipisan yang sesuai. Susun daging salai tadi dan gulung, dan diselang seli dengan cendawan yg telah di sauté tadi. Ulang hingga selesai pastry tersebut untuk menutupi keseluruhan bahan.
  • 5. Bakar di dalam ketuhar selama 15 min, 150-160 darjah selsius.

    Cara-cara penyediaan Sos/Krim Lemak Cili Padi::

  • 1. Kisar / tumbuk kunyit hidup, cili padi, serai, bawang merah, bawang putih.
  • 2. Masukkan dalam periuk dgn sedikit air. Setelah naik bau, masukkan santan / cooking cream serta sedikit serbuk kunyit.
  • 3. Kemudian masukkan asam keping dan sedikit air asam jawa. Biarkan sehingga reduce.
  • 4. Sediakan berry compote, letakkan sedikit gula dan garam serta mentega.
  • 5. Semua bahan dihidangkan mengikut cita rasa sendiri.

Masak Lemak Daging Salai


MASAK LEMAK DAGING SALAI-CHEF ANIS NABILA

Bahan-bahan:
· Daging (dipotong mengikut urat dengan ketebalan 1 inci) - 1 kg
· Bawang Kuning (dikisar) - 1 biji
· Bawang Merah (dikisar) - 4 biji
· Bawang Putih (dikisar) - 6 ulas
· Cili Padi (dikisar) - 18 biji
· Kunyit Hidup (dikisar) - 1 inci
· Daun Ketumbar dan akarnya
· Asam Keping - 3 keping
· Daun Kunyit - 1 helai
· Daun Limau Purut - 4 helai
· Serai (dititik) - 4 batang
· Lengkuas (dititik) - 3 inci
· Santan - 500 ml
· Air
· Garam dan Gula
· Serbuk Kunyit (untuk memerap daging)
· Hiasan: Cili Merah, Cili Hijau, Daun Kunyit, Serai

Cara-cara penyediaan:
1.Rendamkan tempurung dan serpihan kayu didalam air untuk seketika dan masukkan ke dalam dulang ketuhar (deep oven tray).
2.Panaskan seketika didalam ketuhar sehingga menghasilkan asap. Keluarkan dulang tersebut, dan letakkan ‘wire rack’ diatas nya.
3.Susunkan daging yang telah diperap dengan kunyit dan garam diatas ‘wire rack’ kemudian balutkan dulang dengan pembalut aluminum dan masukkan sekali lagi ke dalam ketuhar.
4.Daging perlu disalai sehingga masak. Daging yang telah disalai perlu dihiris nipis (lawan urat).
5.Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar didalam periuk bersama daging dan sedikit air.
6.Masukkan asam keping, daun limau purut, serai, lengkuas dan rebuskan sehingga mendidih.
Setelah mendidih masukkan santan, daun ketumbar, garam dan gula


Koleksi resepi dari MasterChef Malaysia
Sumber:Astro

Beef in Black Sauce:Daging Masak Hitam



Ingredients:
90 ml / 3 fl oz / 3/8 cup Vegetable Oil
1 kg / 2 Pounds / 3 oz Beef, finely sliced (Striploin, Sirloin, Topside)
3 pieces Tamarind Juice (Assam Juice) - mix Tamarind Pulp with hot water, strain
45 g / 1 ½ oz / ¼ cup Brown Sugar or Palm Sugar (Gula Melaka)
1 litre / 1 3/5 pints / 4 cups water
125 ml / 4 fl oz / ½ cup Dark Sweet Soy Sauce (Kicap Manis)
3 Tbsp / 2 ½ fl oz Chili Powder or ready-made
Chili Paste (Cili Boh)
Salt

Paste Ingredients: - to be Finely Grounded
8 Shallots (Red Onion), peeled
4 Garlic Cloves, peeled
2 cm / 1 inch Ginger, peeled & chopped
4 Lemongrass (Serai), finely sliced
1 tsp Turmeric Powder
Water to blend

Method:
Heat the oil and sauté the Paste until fragrant and oil begins to appear on the surface.

Add in Beef, Tamarind Juice, Dark Sweet Soy Sauce, Brown Sugar and water. Stir well. Add salt, pepper and Palm Sugar to taste.

Simmer until the Beef is tender, and the sauce almost dry.

Serve

Source:Asian Food Channel
LINK

Popia Daging Segera





















Bahan-bahannya:
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 inci halia
2 ulas bawang besar
1 peket daging cincang
Sayur campur
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
1 sudu makan cili kering
1 sudu sos cili
1 ½ sudu makan sos tomato
1 ½ sudu makan sos tiram
Kulit popia


Cara membuatnya :-
1.Tumis bawang dan halia sampai wangi
2.Masukkan cili kering, sedikit air dan sos
3.Masukkan daging cincang,sayur campur,lada sulah,bawang besar,garam dan serbuk perasa. Tumis sehingga kering.
4.Ambil kulit popia dan balut dgn inti daging.

Boleh di simpan di dlm peti sejuk..Kalau nak makan,boleh terus goreng.
Sedap dicicah dengan sos.
Selamat mencuba ;)

Lamb Chop


Bahan-Bahan:

Utk perap daging:
10 keping daging kambing(slices )
setongkol halia +-10 cm(ditumbuk halus)
3 sudu kecil lada hitam(ditumbuk halus)
kicap manis
selabu bawang putih(ditumbuk halus)
3 sudu osyter sauce
Garam dan gula secukup rasa

Utk Gravy:(Black pepper gravy)
1 Liter susu segar
2 sudu besar tepung jagung(utk pekatkan kuah)
3 sudu besar Lada hitam(ditumbuk halus)
3 sudu besar tomato sos atau cuka(1 sudu kecil)
Kicap manis
Butter(2 sudu besar)
Kiub daging lembu(2 ketul)

Cara membuatnya:
Daging yg diperap:
1.Gaulkan kesemua bahan diatas dan perap selama 2 jam.
2.Untuk memasak,gunakan sedikit minyak atau kuali non stick.
3.Masak sehingga daging empuk.Jgn terlalu lama,kerana jika overcook,daging akan keras.

Utk gravy:
1.Panaskan butter.Setelah cair masukkan semua bahan yang lain dan tunggu sehingga mendidih.
Setelah mendidih,angkat dan sedia utk digunakan.

Tambahan:
Sukatan gravy diatas adalah utk 20 keping daging

Murtabak Segera


Bahan-Bahan:
100 g daging cincang
2 biji ubi kentang
1 sudu setengah rempah kari
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
Daun sup
Minyak
1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
Kulit popia
2 biji telur

Cara Menyediakan:

1.Mula2 buat inti utk murtabak.Caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu.
Tumiskan bawang.
2.Apabila bawang sudah layu,masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air.
Goreng sehingga pecah minyak.Kemudian masukkan daging cincang.
3.Apabila daging masak,masukkan kentang yang dipotong dadu.Masukkan garam dan ajinomoto.
Jika terlalu kering,tambahkan air.Masak sehingga kentang empuk.
Akhir sekali masukkan daun sup.
4.Pukul telur di dalam mangkuk.Masukkan inti tersebut ke dalam telur.Kacau sehingga sebati.
5.Ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat.
Cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
6.Goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.

Kambing Sos Rosemary
















Bahan-bahan:
500 gm daging kambing (Lamb Shoulder)
1/2 liter pati lembu
10 gm daun rosemary
2 ulas bawang putih (kisar)
4 ulas bawang merah (kisar)
2 cm halia (kisar)
Sedikit garam dan gula

Cara menyediakan:

1.Gaulkan daging kambing dengan garam sehingga rata.Biarkan seketika,kemudian panggang.
2.Sementara itu,tumiskan bawang merah,bawang putih,halia dan daun rosemary sehingga naik bau.
3.Selepas itu,masukkan pati lembu.Kacau seketika barulah angkat dan tuangkan ke atas daging kambing yang dipanggang tadi.

*Cara mudah untuk mendapatkan pati lembu begini caranya.Ambil tiga kuib pati daging lembu dan bancuhkan dengan setengah liter air.

Shabsuka



















Bahan-bahan:
500 gm daging kisar
4 sudu makan cili kering dikisar
4 ulas bawang putih dikisar
½ inci halia dikisar
4 sudu makan rempah kari
2 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 biji tomato (dipotong dadu)
1 cawan kecil sayur campuran (mixed vegetable)
1 tin kecil tomato puri
3 sudu makan minyak sapi
2 sudu teh gula (atau secukup rasa)
Garam secukup rasa

Bahan untuk hiasan:
Sedikit daun pudina
Sedikit daun ketumbar
4 biji telur
Hirisan cili hijau/merah

Cara menyediakan:
1.Daging kisar digaul dengan bawang putih, halia dan rempah kari.Perapkan selama 10-20 minit.
2.Panaskan minyak sapi dalam kuali dan tumis bawang besar hingga naik bau,masukkan pula cili dan masak hingga cili garing.
3.Masukkan daging yg telah diperap tadi dan kacau rata, kalau perlu bubuh sedikit air.
4.Apabila daging ¾ empuk, masukkan tomato puri, sayur campuran dan tomato dadu, kacau lagi dan masukan garam & gula secukupnya. Biarkan sebentar beberapa minit kemudian pecahkan sebiji-sebiji telur diatas.
5.Untuk hiasan taburkan daun pudina dan ketumbar.Tutup periuk sebentar sebelum padamkan api.

Khudhar



















Bahan-bahan:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
8 biji tomato masak - dikisar
5 biji kentang dipotong besar besar
4 batang carrot dipotong dadu
2 sudu teh lada hitam
1 ekor ayam dipotong 8 atau 1 kg daging dipotong besar besar - digoreng 5 minit
Garam secukup rasa
Mixed herbs

Cara menyediakan:
1.Tumis bawang putih dan merah sehingga kekuningan
2.Masukan tomato yang telah dikisar, biarkan mendidih seketika masukan kentang dan carrot setelah hampir empuk masukan ayam tutup periuk reneh seketika sehingga kentang betul betul empuk masukan lada hitam, mixed herbs dan garam secukup rasa biarkan seketika tutup api.
3.Siap untuk dihidangkan dengan nasi arab dua warna atau roti.

Sup Ekor


















Bahan-bahan:
600 gm ekor lembu
300 gm kentang
300 gm carrot
1.5 cm kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
½ sudu teh jintan manis
20 biji lada hitam
2 sudu makan rempah sup
4 biji buah pelaga
1 pokok daun saderi
1 pokok daun bawang
Garam secukup rasa

Bahan dikisar:
4 sm halia
6 labu bawang merah
2 labu bawang besar
1 btg serai

Cara menyediakan:
1.Tumis bahan yg dikisar bersama rempah sup,buah pelaga,
kayu manis,cengkih,lada hitam dan jintan manis.
2.Kemudian setelah naik bau,masukkan air,ekor dan rebus sehingga agak empuk.
3.Belah empat ubi kentang,carrot dan masukkan sehingga empuk.
4.Masukkan garam dan daun saderi serta daun bawang.
5.Kacau dan tutup periuk supaya bau tidak hilang.

Lamb Chop























BAHAN-BAHAN:

2 keping daging kambing (bahagian bahu)
1 sudu kecil thyme
1 sudu kecil rosemary
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil bawang putih cincang
2 cawan stok daging
Gula dan garam

CARA MENYEDIAKAN:

1.Perapkan kambing bersama thyme dan rosemary selama setengah jam. Kemudian panggang.
2.Kemudian hidangkan bersama sos lada hitam. Untuk membuat sos lada hitam campurkan lada hitam, bawang putih, sos tiram, sos tomato dan stok tulang. Renehkan kesemua bahan hingga pekat.

Kurma Kambing


Bahan-bahan:
(Hidangan untuk enam orang)
2 cawan minyak masak Daisy Blend
1 ekor ayam (potong)
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 cawan minyak masak
4 biji tomato merah (potong empat)
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan kismis kuning
1/2 cawan badam keping
2 cawan hirisan kentang
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa

Bahan kisar halus:
5 tangkai cili kering (rebus)
5 tangkai cili merah
4 sentimeter halia
4 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 sudu besar rempah kurma

Cara memasak:
1.Goreng ayam bersalut serbuk kunyit dengan dua cawan minyak masak Daisy Blend. ketepikan.
2.Panaskan setengah cawan minyak masak dan masukkan bahan kisar. Masak hingga garing.
3.Kemudian, masukkan tomato, sos tomato, susu cair, kismis kuning, badam keping, gula dan garam. Masak sehingga sedikit kering.
4.Masukkan ayam yang sudah digoreng dan masak se ketika.
5.Hias dengan kentang goreng.
6.Siap untuk dihidang.

Petua Untuk menyediakan kuzi ayam yang lebih lazat, goreng ayam hingga dagingnya sekadar cukup masak saja dan tidak terlalu garing.

Rendang Daging
















Bahan-bahan:
1kg daging- potong kecik-kecik
2 peket kecik rempah kurma
1/4 cawan kerisik
1 biji kelapa-ambik santannya
garam
gula melaka / gula
sedikit air asam jawa

Bahan Kisar:
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai
1-1/2cm halia
1-1/2cm lengkuas
15-20 biji cili kering

Bahan Mayang:
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit

Cara-cara membuatnya:-
1)Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
2)Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.
3)Masukkan daging, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan.
4)Bila agak-agak daging dah lembut,masukkan air asam jawa, garam dan gula.
5)Bila daging dah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata.
6)Akhir sekali masukkan daun yang dimayang, biarkan sehingga kuah agak pekat.
7)Masak dengan api perlahan.

Daging Hitam












Bahan-bahan ( 10 orang )
1 kg daging
30 biji cili kering
1 sudu serbuk jintan putih
1 in halia
10 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
10 biji bawang besar
2 batang serai
2 tangkai daun kari
2 helai daun pandan
1/4 cawan tomato sup (kimball/heinz)
1/4 cawan kicap manis
1/2 cawan minyak masak
3 biji tomato dihiris
asam jawa, garam
sebiji @ 2 biji rempah tumis terdiri dr kulit kayu manis, bunga lawang,pelaga, cengkih
daun pudina kalau suka
Cara-cara membuatnya :-
1). daging potong 18
2). bawang kecil, bawang putih halia di kisar
3). bawang besar dikisar berasingan
4). cili direbus dan kisar dengan sedikit minyak. gaul daging dengan bahan kisar dan serbuk jintan putih, tinggalkan sedikit bawang besar untuk buat penumis
5). panaskan minyak, tumis bawang besar dengan rempah penumis, serai ketuk dan daun pandan
6). masukan daging bersama bahan kisar lain dan kicap
7). apabila separuh masak masukan tomato buah, tomato sop dan daun kari
8). kecilkan api biar mereneh hingga daging empuk
9). apabila hampir masak masukan asam jawa , garam dan daun pudina

Kari Daging
















Bahan-bahan ( Anggaran 10-15 orang. )
1 ½ kg daging
125 ml minyak
5 labu bawang – di cincang halus
12 ulas bawang putih – di cincang halus
2 kuntum bunga lawang
2.5 cm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga ( ambil bijinya )
4 tangkai daun kari
70 g rempah kari daging – di campur dgn 125 ml air – jadikan pes
1liter santan cair
500 ml santan pekat
3 biji ubi kentang besar ( di kupas dan di hiris kasar )
garam secukupnya


Cara-cara membuatnya :-
1). Potong daging setebal 1 cm dan selebar 5 cm.
2). Panaskan minyak di dalam periuk.
3). Tumis bawang, bawang putih dan rempah yang lain hingga keperangan.
4). Bubuh daun kari dan pes kari. Masak atas api perlahan sehingga wangi.
5). Tuangkan sedikit santan cair ke dalamnya jika rempah melekat pada periuk.
6). Campurkan daging dan kacau sampai airnya agak kering.
7). Masukkan pula santan cair dan biar menggelegak. Kemudian tutup periuk dan renehkan selama ½ jam atau hingga daging empuk.
8). Bubuh pula kentang dan masak sampai empuk.
9). Akhir sekali masukkan garam dan santan pekat , gaul sehingga sebati. Apabila kari menggelegak semula angkat dari api.

Kerutuk Daging















Bahan-bahan ( 5 orang )
500g daging
4 sudu besar rempah kerutuk
2 sudu cili giling
1/2 biji bawang besar
3 cawan santan pekat
2 sudu besar kicap pekat
1/2 keping gula melaka/manisan
2 sudu besar kerisik
[bahan tumis]
1/2 bawang besar
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 sudu besar minyak


Cara-cara membuatnya :-
1). Potong daging kecik-kecik. Bersih dan toskan.
2). Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk
3). Panaskan minyak
4). Tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi
5). Kemudian masukkan campuran rempah tadi
6). Masak sehingga pecah minyak
7). Masukkan daging dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.
8). Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik.
9). Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.

Daging Masak Merah












Bahan-bahan:
1/2 kilo daging dipotong nipis n direbus dengan pewarna merah sehingga lembut
1 bijik bawang besar dimayang
1 bijik cili capsicum hijau
1 cm halia
2 ulas bawang putih
2 sudu besar sos cili, 2 s/b sos tomato n 2 s/b sos tiram
garam secukup rasa
kacang buncis
daun bawang & daun sup

Cara-cara membuatnya:
Tumiskan bawang besar bawang putih n halia sehingga kekuningan
Masukkan sos cili, sos tomato n sos tiram... kalau kering taruk air skit... kalau suka berkuah bleh taruk banyak skit
Masukkan garam.. serbuk perasa
Masukkan daging rebus tadi.. masak hingga sebati..
Masukkan kacang buncis.. daun sup n daun bawang..

My Friends,My Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.my-resepi.blogspot.com. Powered by Blogger.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons