Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

4 Sumber Makanan Elak Perut Buncit

Perut yang buncit pastinya akan menjejaskan penampilan dan mengurangkan keyakinan
diri tidak kira samada lelaki ataupun perempuan. Malah, beberapa jenis penyakit
juga mungkin dihidapi akibat memiliki banyak lemak pada bahagian perut. Oleh itu,
kita disarankan untuk mengambil makanan mengikut pola pemakanan yang sihat dan
diet rendah lemak agar dapat mengecilkan perut yang terlalu gemuk. Berikut
beberapa jenis makanan yang dapat membantu kita mengempiskan perut sekaligus
mengurangi ukuran pinggang kita.

Serat
Makanan yang kaya dengan kandungan serat seperti bijirin dan biji gandum dapat
membantu mengecilkan perut kita. Hal ini kerana makanan yang mengandungi serat
boleh membuat perut berasa cepat kenyang berbanding dengan makanan yang kurang
mengandungi serat. Disebabkan makanan berserat memerlukan waktu yang lama untuk
dicerna, ia boleh membantu kita berasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama
sekaligus mengelakkan perut menjadi buncit.

Protein

Protein mempunyai fungsi yang setara pentingnya dengan serat iaitu dapat menahan
rasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama. Hal ini disebabkan makanan berprotein
memerlukan kalori yang lebih banyak untuk menjalankan proses pencernaan
berbanding sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan berprotien adalah seperti
telur, ikan, daging dan kekacang. Namun, berhati-hati apabila menikmati kekacang
kerana kacang yang digoreng mengandungi lemak jauh lebih banyak, manakala kacang
panggang pula mengandungi banyak gula.

Enzim

Enzim adalah molekul protein bertenaga yang penting untuk mencernakan makanan
yang dimakan dan membebaskan nutrien di dalamnya. Makanan yang kaya dengan enzim
seperti betik dan nenas juga dapat membantu melancarkan proses pencernaan. Selain
itu, semua makanan yang mengandungi enzim sayur dan buah mentah memberikan
peluang kepada hati dan pankreas untuk mengeluarkan racun dari dalam tubuh serta
mengubah lemak pada perut yang menjadi sumber tenaga kepada tubuh.

Lemak Sihat

Makanan berlemak tidak selalunya menjadi punca buncit pada perut. Ia sebenarnya
bergantung kepada jenis lemak yang kita makan. Lemak tak tepu sebenarnya dapat
membantu meningkatkan metabolisme tubuh dan mengubah lemak pada perut menjadi
tenaga.

Lemak baik boleh didapati dari beberapa jenis makanan seperti avokado dan minyak
zaitun. Bukan sahaja mampu membakar lemak, malah minyak zaitun juga boleh
membantu menjaga kadar kolesterol dalam tubuh. Selain itu, ada juga badam yang
bukan hanya kaya dengan lemak tepu tetapi turut mengandungi protein untuk memberi
kesan pembakaran lemak sinergi dan membantu menahan rasa lapar. Seeloknya elakkan
pengambilan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi kerana secara semulajadi
pengambilan lemak sudah sedia ada di dalam kekacang atau biji-bijian.

Info:Pokok Mambu



Pokok mambu atau Azadirachta indica daripada keluarga Meliaceae. Tumbuhan ini, walaupun biasanya tumbuh liar kadangkala ditanam sebagai pokok teduhan kerana ia senang berkembang.Tepi daunnya bergerigi jelas dan agak tajam. Di bahagian atas daun kelihatan jalinan uratnya lebih jelas dan berwarna sedikit kekuningan. Menurut Pengarah Bahagian Tumbuhan Ubatan FRIM, daun pokok mambu mempunyai beberapa kegunaan dalam perubatan tradisional. Menurutnya daun mambu boleh digunakan untuk merawat bisa pokok jelatang gajah, demam campak dan meredakan demam panas. Daun mambu yang bersifat antiserangga juga boleh digunakan untuk mengelak serangan serangga pada tanaman.

Kaedah penggunan daun mambu untuk menghilangkan rasa gatal kerana demam campak ialah dengan mengambil beberapa helai daun mambu kemudian ditumbuk sehingga lumat. Setelah itu sapulah daun tersebut ke badan pesakit. Bagi mengurangkan demam panas, rebus akar pokok mambu sehingga mendidih, kemudian ditapis bagi mendapatkan air rebusannya. Air tersebut diminum apabila suam. Bagi merawat bisa terkena pokok jelatang gajah, ambil beberapa helai daun pokok mambu yang segar, dibersihkan terlebih dahulu kemudian dikunyah mentah. Rasanya yang berangin seperti pudina bukan sahaja boleh mengurangkan bisa malah boleh menyegarkan mulut.

Kongsi Tips:Cara memotong daging



Cara hiris daging dgn betul:
Daging harus dipotong mengikut cara yang betul kerana cara pemotongannya memberi kesan kepada kelembutannya.


Langkah pertama dalam memotong daging ialah menentukan arah uratnya. Ini boleh dilihat di permukaan daging itu sendiri. Menentukan urat pada potongan daging yang besar adalah sedikit sukar, memandangkan setiap bahagian terdiri daripada beberapa otot, yang mempunyai urat tersendiri.


Potong daging merentas uratnya untuk menambah kelembutan daging. Memotong daging secara merentas akan memendekkan otot kepada segmen lebih kecil, menjadikan ia lebih senang untuk dikunyah.


Selain itu, untuk memotong daging dengan senang, separa-bekukan terlebih dahulu. Kemudian daging akan lebih mudah dipotong.


Petua daging cepat empuk
1)Semasa merebus atau memasak daging,masukkan sebatang camca kecil ke dalam periuk. Dipercayai camca ini menyerap lebih haba / kepanasan yang membantu proses melembutkan daging.


2)Anda juga boleh menggunakan satu tin air coca-cola. Perap bersama air coca-cola selama 1 jam.Kebiasaannya perap menggunakan air coca-cola ini di gunakan oleh penjual satey. Sejauhmana kebenaran daging tersebut lembut, saya tidak ketahuinya.


3)Masukkan panadol ke dalam rebusan daging. Petua ini biasa saya dengar diamalkan di majlis kenduri yang biasanya memasak daging dalam jumlah yang banyak. Namun sejauhmana keberkesanannya tidaklah dapat saya pastikan.


4)Selain itu,anda juga boleh masukkan beberapa tangkai daun betik ke dalam masakan untuk melembutkan daging.


5)Jika tiada tangkainyanya,anda juga boleh menggantikannya dengan betik muda.Pastikan anda kupas kulitnya,buang biji serta bersihkannya terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam mana-mana masakan berasaskan daging.


6)Kepingan tempe juga selalu digunakan untuk melembutkan gulai daging. Hanya masukkannya ke dalam masakan dan biarkan.


7)Perap daging yang telah dipotong dengan sedikit cuka makan selama lebih kurang 15 minit.Selepas itu toskannya hingga kering,lalu masak seperti biasa. Anda hanya perlu memastikan api dapur berada pada tahap sederhana ketika masakan daging itu hampir menggelegak. Hasilnya daging lebih cepat empuk dan rasanya juga amat sedap.


8 )Anda juga boleh cuba menggunakan keratan batang ubi kayu.Pastikan batang ubi kayu itu dibersihkan terlebih dahulu.Masukkan ke dalam periuk ketika ia sedang mendidih sahaja. Biarkan selama 10 – 15 minit,lalu angkat serta asingkan batang ubi kayu tersebut.


9)Gaul daging bersama tepung dan perapkan dengan kicap selama 30 minit sebelum dimasak.


10)Tumbuk lumat buah keras,lalu masukkan ke dalam ramuan gulai daging. Daging akan lebih cepat empuk.

My Friends,My Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.my-resepi.blogspot.com. Powered by Blogger.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons