Semperit Susu

 Semperit Susu

250 gram butter
1/2 tin susu pekat manis
400 gram tepung jagung
3 sudu makan tepung castard
sedikit coklat chip utk hiasan

1.Ayak kedua jenis tepung, ketepikan
2.Gaulkan butter dan susu hingga sebati
3.Masukkan tepung dan gaul guna senduk kayu.Jadikan doh lembut.
4.3/4 bahagian warnakan dgn warna kesukaan, 1/3 bahagian biarkan warna asal.
5.Tekan doh berwarna dgn acuan semperit pecah 15
6.Tekan doh asal dgn nozel bintang
7.Letak coklat chip atau manik gula
8.Bakar pada suhu 165-170c selama 18-20min



Sumber : FB

Ayam Kam Heong


RESEPI AYAM KAM HEONG

Bahan-bahan :

1 Ekor ayam dipotong 18.
2 ulas bwang besar (sebiji didadu dan sebiji lagi potong kasar).
4 ulas bawang putih (ketuk).
6 cili merah (belah 2) jika nak pedas lebihkan cili.
7 cili kampung (belah 2) jika nak pedas lebihkan cili.
20 helai daun kari.
2 sb sos cili.
2 sb sos tomato.
2 sb sos tiram.
2 sb kicap lemak mnis.
3 or 4 sb kari.
Minyak masak.
Garam.


Cara Penyediaan :
● Gaulkan ayam dgn serbuk kunyit,garam dan lada hitam.
● Goreng ayam hingga masak. | Asingkan.
● Serbuk kari dbancuh dengan sedikit air.
● Panaskan minyak tumis bawang besar bawang putih hingga wangi.
● Masukkan bancuhan kari dan daun kari.
● Masukkan sos dan kicap kacau sebati hungga agak pekat.
● Masukkan ayam goreng serta hirisan cili.
● Gaul rata.
● Siap dihidang.

Credit to:Resepi Ummi

Mee Hailam

MEE HAILAM

BAHAN-BAHAN:

300gm udang sederhana besar
300gm daging ayam
3 ekor sotong saiz besar
1 paket fishball
1 bungkus mee
3-4 cawan air
1-2 sudu besar cili kisar
3-4 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos nampla
2 biji telur
Sedikit sayur sawi
Sedikit bunga kobis
1 batang carrot
2 biji tomato masak ranum
Sedikit tepung jagung dan air - dibancuh
Garam secukup rasa
Daun sup dan cili merah secukupnya

Cili kering yang direbus sampai lembut dan kemudian dikisar bersama bawang merah dan bawang putih secukupnya .

CARA-CARA MEMASAK:

- Bersihkan udang dan sotong kemudian tos dan ketepikan kemudian potong isi ayam menjadi ketulan kecil . Potong fish ball kemudian bersihkan semua sayur dan potong ketepikan semua bahan-bahan ni.

- Panaskan sedikit minyak dan tumis cili kisar sampai pecah minyak dan cili masak kemudian masukkan ketulan isi ayam tadi dan kacau sehingga isi ayam masak dan kemudian boleh la dimasukkan air . Masukkan carrot dan bunga kobis tadi biar sampai kuah hampir mendidih . Masukkan semua sos cili, sos tiram , minyak bijan , kicap manis n cair , sos nampla dan kacau semua bahan ni .

-Masukkan semua udang serta sotong dan kacau semua bahan kemudian rasa sama ada cukup semua perisa kalau tak cukup tambah ikut selera masing-masing . Masukkan telur sebiji demi sebiji biar sekejap sampai telur masak dan masukkan sayur sawi , buah tomato dan kacau . Masukkan bancuhan tepung jagung dengan sedikit air untuk bagi kuah pekat . Kacau semua bahan dan kalau kurang masin baru la ditambah garam .

- Akhir sekali masukkan mee dan kacau semua bahan dan biar kuah mendidih dan boleh la ditutup api dapur .

- Bila nak hidang boleh la ditabur daun sup , cili merah dan juga bawang goreng .





Sumber:FB

Mee Bandung Simple

Bahan-bahan:

10 ulas bawang merah*
10 ulas bawang putih*
2 sudu besar udang kering*
Belacan besar ibu jari*
10 tangkai cili kering-goreng garing-kisar
Segenggam kacang tanah-goreng garing -kisar
Minyak masak
Daging-potongg nipis dan rebus
Udang
Sayur sawi
Tomato
Kobis
Kiub pati ayam
Sos cili,tomato
Garam
Gula
Daun bawang
Daun sup
Bawang goreng

Cara membuatnya:

 
Goreng bahan bertanda* sampai layu&garing.
Angkat toskan.
Tumis bahan kisar sampai naik bau
Masukkn kacang tanah yang dikisar
Masak sampai pecah minyak
Masukkan cili kisar tadi
Masak dalam 5 minit
Masukkan air (mengikut kuah yang dimahukan)
Masukkan kiub ayam,daging & air rebusan daging,sos cilisos tomato,garam dan gula secukup rasa
Biarkan kuah mendidih
Pecahkan telur,biar telur masak
Masukkan sayur & udang
Kacau sekejap.Tutup api, dah siap untuk hidangan.

Sumber resepi: FB Resepi Orang Kampung

Puding Mangga dan Strawberi-Chef Anuar Deraman


 Bahan-bahan Kek Gulung Strawberi:
   3 biji Telur
   2 biji Kuning telur
   100gm Gula kastor
   100gm Tepung gandum
   1 sudu besar Ovalette
   1 sudu besar Susu tepung
   50gm Mentega cair
   200gm Jem strawberi

    Cara-cara penyediaan:
    1. Pukul kesemua bahan-bahan kecuali mentega cair sehingga gebu dan pekat dengan kelajuan tinggi.
    2. Perlahankan putaran dan masukkan mentega cair. Kacau rata.
    3. Masukkan adunan ke dalam dulang pembakar yang telah dialas dengan kertas kalis minyak.
    4. Bakar hingga masak dengan suhu 190Âșc selama 10 minit dan sejukkan. Sapukan jem strawberi ke atas permukaan kek dan gulung.

    Bahan-bahan Isian Mangga Dan Strawberi:
    250 mlsusu segar
    120gm gula kastor
    50gm telur
    50gm kuning telur
    35gm tepung kastad
    50ml susu segar
    10gm serbuk gelatin halal
    450gm krim putar (whipping cream)
    30ml air
    1/2 biji buah mangga (di blend dan diambil jusnya)
    6 biji buah strawberi (di blend dan diambil jusnya)

    Cara-cara penyediaan:
    1. Larutkan gelatin dengan 30 ml air dan biarkan seketika.
    2. Didihkan 250ml susu segar dengan gula kastor, perlahankan api.
    3. Di dalam bekas yang berasingan, campurkan telur, kuning telur, tepung kastad dengan 50 ml susu segar dan kacau.
    4. Tuangkan ke dalam adunan susu tadi, kacau hingga pekat dan mendidih. Matikan api.
    5. Larutkan gelatin dengan air dan biarkan selama 2 minit. (nota: larutan gelatin akan menjadi keras). Cairkan semula dengan teknik double boiler sebelum dimasukkan ke dalam adunan di atas.
    6. Biarkan adunan suam sedikit sebelum dicampurkan dengan krim putar. Kacau rata.
    7. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan jus mangga dan satu bahagian lagi dicampurkan dengan jus strawberi.

    Penyudah:
    1. Potong nipis kek gulung dan susun dalam acuan separa bulat.
    2. Masukkan adunan puding berperisa mangga memenuhi separuh acuan. Keraskan seketika di dalam peti beku.
    3. Masukkan adunan puding berperisa strawberi sehingga memenuhi acuan dan tutup dengan lapsan kek gulung. Keraskan lagi di dalam peti beku.

    Bahan-bahan untuk Hiasan A:
    300 gm coklat masakan (coklat gelap)
    300 gm coklat putih
    2 biji buah kiwi
    5 biji buah strawberi

    Cara-cara penyediaan:
    1. Cairkan chocolate putih dan gelap, curahkan diatas kertas kalis minyak, ratakan dan gunakan kreativiti untuk jadikan chocolate beraneka corak.
    2. Biarkan keras seketika.

    Bahan-bahan untuk Hiasan B: Krim Putar (whip topping)
    300 gm krim putar

    Cara-cara penyediaan:
    Putarkan hingga kental

    Bahan-bahan untuk Hiasan C: Aprikot Gelfix
    300 gm aprikot gelfix
    250 ml air

    Cara-cara penyediaan:
    1. Campurkan air dan gelfix dalam periuk dan didihkan sambil dikacau.

    Bahan-bahan untuk Hiasan D: Kraf Gula
    120ml air
    300gm gula kastor
    50ml minyak
    Berus

    Cara-cara penyediaan:
    1. Didihkan gula dengan air hingga perang dan curahkan ke atas dulang pembakar yang telah dilengser dengan minyak.
    2. Biarkan keras seketika sebelum dibentuk.


Sumber resepi: Masterchef Malaysia



Macaroni sup





Bahan-bahan:
2 cawan makaroni di celur dan di toskan
2 keping dada ayam di rebus hingga empuk - tos dan hiris
4 1/2 cawan air rebusan ayam
1 labu bawang besar di cincang halus
3 ulas bawang putih di cincang halus
1 inci halia - di cincang halus
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
garam secukup rasa
2 batang daun ketumbar di cincang
3 batang sawi cina
1/2 biji capsium - potong dadu
1/2 batang lobak merah - potong dadu
bawang goreng
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
1.Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu, masukkan bawang putih dan halia.Bila naik baunya masukkan air rebusan ayam dan lobak merah...
2.Biarkan mendidih, masukkan capsium dan sawi.Perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah.
3.Biarkan sebentar di atas api baru di angkat.
4.Sediakan mangkuk sup, isikan dengan makaroni dan daging ayam yang di hiris.Tuangkan sup dan hias dengan daun ketumbar dan bawang goreng.

Sumber: blogspot

My Friends,My Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.my-resepi.blogspot.com. Powered by Blogger.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons