Showing posts with label Resepi Puding. Show all posts
Showing posts with label Resepi Puding. Show all posts

Puding Mangga dan Strawberi-Chef Anuar Deraman


 Bahan-bahan Kek Gulung Strawberi:
   3 biji Telur
   2 biji Kuning telur
   100gm Gula kastor
   100gm Tepung gandum
   1 sudu besar Ovalette
   1 sudu besar Susu tepung
   50gm Mentega cair
   200gm Jem strawberi

    Cara-cara penyediaan:
    1. Pukul kesemua bahan-bahan kecuali mentega cair sehingga gebu dan pekat dengan kelajuan tinggi.
    2. Perlahankan putaran dan masukkan mentega cair. Kacau rata.
    3. Masukkan adunan ke dalam dulang pembakar yang telah dialas dengan kertas kalis minyak.
    4. Bakar hingga masak dengan suhu 190ºc selama 10 minit dan sejukkan. Sapukan jem strawberi ke atas permukaan kek dan gulung.

    Bahan-bahan Isian Mangga Dan Strawberi:
    250 mlsusu segar
    120gm gula kastor
    50gm telur
    50gm kuning telur
    35gm tepung kastad
    50ml susu segar
    10gm serbuk gelatin halal
    450gm krim putar (whipping cream)
    30ml air
    1/2 biji buah mangga (di blend dan diambil jusnya)
    6 biji buah strawberi (di blend dan diambil jusnya)

    Cara-cara penyediaan:
    1. Larutkan gelatin dengan 30 ml air dan biarkan seketika.
    2. Didihkan 250ml susu segar dengan gula kastor, perlahankan api.
    3. Di dalam bekas yang berasingan, campurkan telur, kuning telur, tepung kastad dengan 50 ml susu segar dan kacau.
    4. Tuangkan ke dalam adunan susu tadi, kacau hingga pekat dan mendidih. Matikan api.
    5. Larutkan gelatin dengan air dan biarkan selama 2 minit. (nota: larutan gelatin akan menjadi keras). Cairkan semula dengan teknik double boiler sebelum dimasukkan ke dalam adunan di atas.
    6. Biarkan adunan suam sedikit sebelum dicampurkan dengan krim putar. Kacau rata.
    7. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan jus mangga dan satu bahagian lagi dicampurkan dengan jus strawberi.

    Penyudah:
    1. Potong nipis kek gulung dan susun dalam acuan separa bulat.
    2. Masukkan adunan puding berperisa mangga memenuhi separuh acuan. Keraskan seketika di dalam peti beku.
    3. Masukkan adunan puding berperisa strawberi sehingga memenuhi acuan dan tutup dengan lapsan kek gulung. Keraskan lagi di dalam peti beku.

    Bahan-bahan untuk Hiasan A:
    300 gm coklat masakan (coklat gelap)
    300 gm coklat putih
    2 biji buah kiwi
    5 biji buah strawberi

    Cara-cara penyediaan:
    1. Cairkan chocolate putih dan gelap, curahkan diatas kertas kalis minyak, ratakan dan gunakan kreativiti untuk jadikan chocolate beraneka corak.
    2. Biarkan keras seketika.

    Bahan-bahan untuk Hiasan B: Krim Putar (whip topping)
    300 gm krim putar

    Cara-cara penyediaan:
    Putarkan hingga kental

    Bahan-bahan untuk Hiasan C: Aprikot Gelfix
    300 gm aprikot gelfix
    250 ml air

    Cara-cara penyediaan:
    1. Campurkan air dan gelfix dalam periuk dan didihkan sambil dikacau.

    Bahan-bahan untuk Hiasan D: Kraf Gula
    120ml air
    300gm gula kastor
    50ml minyak
    Berus

    Cara-cara penyediaan:
    1. Didihkan gula dengan air hingga perang dan curahkan ke atas dulang pembakar yang telah dilengser dengan minyak.
    2. Biarkan keras seketika sebelum dibentuk.


Sumber resepi: Masterchef Malaysia



Resepi Puding Tembikai

Bahan-bahan:

1 paket agar2 serbuk (dalam 15gm)
2 keping roti Gardenia
6 cawan air
1 1/2 cawan gula
1/2 tin susu pekat
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanila
cincau - dipotong kecil (utk dibuat biji tembikai)

Cara membuatnya:

Rebus agar2 dengan air
Bila sudah larut masukkan gula.
Apabila mendidih masukkan mentega..
Kemudian masukkan susu..
Ambil sedikit adunan agar-agar, kemudian blendkan dengan roti sampai sebati
Kemudian tuang semula ke dalam agar-agar tadi.Kacau sehingga rata
Dalam bekas lain letakkan sedikit pewarna hijau.Masuk ke dalam loyang
Kemudian letak adunan plain untuk buat kulit yang warna putih.Biarkan beku sedikit.Kemudian letak adunan warna merah pulak.Tabur cincau untuk buat biji tembikai.
Simpan didalm peti sejuk,biarkan beku.
Dah siap utk dihidangkan.

Resepi Puding Trifle


Bahan-bahan:
Swiss roll
1 tin fruit cocktail
1 kotak Kristal Jelly
1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula pasir
4 sudu besar tepung kastad
Yogurt atau whipping cream.
 
 
Cara-cara membuatnya:
Lapisan 1 = Potong Swiss roll anggaran 1.5cm tebal, susunkan dalam acuan.Tuangkan air fruit coktail keatas swiss roll hingga lembab, ketepikan dulu.
 
Lapisan 2 = 1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula dimasak atas api (sesambil tu bancuhkan 4 sudu tepung kastad dengan 1/2 tin air - tepikan dulu).
Bila susu mendidih, kecilkan sedikit api kemudian masukkan bancuhan tepung custard tadi, kacau hingga menjadi likat.Tuang diatas lapisan 1 tadi.
Lapisan 3 = Buahan koktail tadi ditabur atas lapisan 2.Ketepikan sekejap.

Lapisan 4 = Masak air panas (ikut sukatan pada kotak jelly), hingga mendidih.Masukkan jelly tersebut dalam air panas, tunggu sejuk sedikit tapi masih dalam keadaan cair baru tuang keatas lapisan 3.

Lapisan 5 = Bila jelly dah beku sapukan yogurt ataupun whipping cream (dipukul dulu hingga gebu) ke atasnya.

Sejukkan dahulu sebelum dihidangkan.Selamat mencuba!

Puding Marble





















Bahan-bahan
1 peket agar-agar [37 gm][rendamkan sebelum merebusnya]
6 mug air
2 cawan gula
1 tin susu cair
1 cawan tepung kastad
1 s/b serbuk koko [bancuh ngan 1 s/b air suam]

Cara Memasak
1. Rebuskan agar dengan air sehingga hancur.
2. Masukkan gula. Bila mendideh tapiskan.
3. Bancuhkan susu cair dan tepung kastad dan tapiskan.
4. Masukkan bancuhan kastad dan kacau sehingga agak pekat.
5. Asingkan sebahagian dan masukkan bancuhan serbuk koko dan
masakkan sehingga agak pekat.
6. Sendukkan adunan coklat kedalam acuan.
7. Lapiskan [sendukkan] adunan putih [kastad saja] keatas adunan coklat tadi.
Biarkan keras sekejap.
8. Buatkan [lapiskan] sehingga semua adunan habis].

NOTA:
Bila nak lapiskan adunan puding ni..
panaskan adunan sambil mengacau supaya puding ini cair sikit..
sebab bila puding terbiar dalam periuk dia akan membeku dan kental...
nanti adunan/lapisan puding tidak cantik.

Kredit to  Blog Hanieliza,yg sudi berkongsi resepi.

Puding Lapis Kacang Merah


Bahan A:
10 gm agar-agar serbuk
600 ml santan
130 gm gula pasir
2 sudu besar krim putar
Pewarna kuningSedikit garam


Bahan B
10 gm agar-agar serbuk
600 ml santan
120 gm gula pasir
3 sudu besar kacang merah - direbus dan dikisar
Sedikit pewarna merah


Cara Menyediakan:
1.Masak bahan A hingga larut dan masukkan ke dalam acuan bersesuaian yang berlubang di tengah. Biarkan hingga hampir beku barulah dituang bahan B.

2.Sebelum dituang ke dalam bahan A,kesemua bahan B hendaklah dimasak hampir pekat.

Sumber

Puding Telur Daging Cendawan & Fold Over Pear&Kiwi























Bahan-bahan Puding:
Daging (dicincang)
Cendawan (dihiris)
Jeruk Cili (dihiris)
Daun Bawang (dihiris)
Telur
Serbuk Bawang Putih
Serbuk Stok Ayam Maggi
Garam

Bahan-bahan Fold-Over Pear dan Kiwi:
Pastri Puff (dipotong bulatan)
Buah Kiwi
Buah Pear
Cuka Perang

Serbuk Kayu Manis
Keju Mozzarella

Bahan-bahan Sos:
Gula Perang
Krim
Kayu Manis
Buah Pear

Cara-cara penyediaan Puding:
1.Panaskan kuali, dan masak daging dan cendawan. Masukkan telur dan gaul sehingga rata dan ketepikan.
2.Selepas itu, panaskan periuk bersama air dan kukus puding sehingga masak.
3.Ketepikan untuk hidangan.


Cara-cara penyediaan Fold-Over Pear dan Kiwi:
1.Perapan pear dan kiwi bersama cebisan mozzarela, gula perang dan serbuk kayu manis.
2.Sapukan minyak di dalam dulang, letak pastri puff di atasnya.
3.Letak pear, kiwi dan cebisan mozzarella ke atas pastri puff dan bakar di dalam ketuhar dengan suhu180 darjah celcius selama 20 minit.
4.Keluarkan setelah masak dan lipat ia menjadi dua.


Cara-cara penyediaan Sos:
1.Ambil kuali dan letakkan gula perang, krim, kayu manis dan buah pear.
2.Gaul sehingga sebati dan menjadi sos.

Puding Roti

















Bahan-bahan:
6 keping roti gardenia
2 biji telur
1 1/4 cawan susu cair
1 sudu makan butter
3 sudu makan gula
sedikit coklat cip utk tabur-pilihan
1/2 sudu makan essen vanilla


Cara penyediaan:

1.Kacau sebati telur,esen vanilla,gula dan susu cair.
2.Roti di potong dadu termasuk kulitnya kemudian susun dalam acuan pembakar.
3.Kemudian tuang adunan susu tadi kedalam roti yang telah disusun.
4.Taburkan coklat cips dan butter kedalam adunan roti tadi
5.Bakar dalam oven pada suhu 160 darjah selama 30 minit

Puding Durian


Bahan-bahan:
60gm tepung kastard
40gm gula halus
700gm susu cair
100gm isi durian
Cara Menyediakan:
1.Campurkan tepung kastard dengan gula dan susu cair kemudian kacau hingga sebati sebelum dimasak dalam ketuhar gelombang mikro selama lapan minit pada tahap High. Kacau dua kali.
2.Keluarkan dan masukkan isi durian.Kacau hingga rata dan masukkan semula ke dalam ketuhar dan masak pada tahap High selama tiga minit lagi.
3.Keluarkan dan tuang ke dalam loyang atau gelas koktel dan biarkan beku dalam peti sejuk.

Puding Roti

















Bahan-bahan
Bahan A
500 ml susu segar
8 keping roti

Bahan B
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar butter
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung

Bahan C
2 sudu besar kismis hitam

Sos Kastad
1 tin susu cair
2 s/b tepungkastad
2 s/b gula

Cara membuatnya:
1.Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
2.Kacau dan gaul rata bahan B.
3.Masukkan kismis dan tuangkan kedalam loyang.
4.Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak.
5.Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
6.Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.

NOTA:
Sos Kastad boleh juga di gantikan dgn ais kerim coklat/vanilla dan sebagainya..
ataupun cream coklat.

Nak iPhone? Klik sini

Rainbow Marble Puding


























Bahan-bahan:
1 bungkus serbuk agar-agar (13gm per paket)
675ml air
225gm gula pasir
65gm mentega
4 biji telur
1/2 tin susu cair
1 sudu makan tepung kastad
1 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh vanilla
pewarna (merah/kuning)


Cara membuatnya:-
1.Masak agar-agar,air & gula hingga mendidih.
2.Sambil tu,pukul telur dan masukkan susu & tepung kastad & kacau rata & adunan hendaklah ditapis
3.Setelah ditapis,satukan adunan telur & agar2 & kacau hingga rata serta masak semula adunan sehingga mendidih.
4.Masukkan mentega & vanilla & kacau rata.
5.Bahagikan adunan kepada 3 bahagian (seperti gambar di bawah).Satu adunan dicampurkan koko (yang dicampurkan sedikit air),dan 2 lagi adunan diwarnakan mengikut kegemaran masing-masing.


From:Yatie's Cooking.
Kalau anda nak order dgn beliau boleh la.Sedap....

Puding Laici

Bahan-bahan:
2 tin laici
1 tin susu cair
5 ketul gula batu
1 bungkus agar-agar
3 biji kuning telur
2 susu tepung kastard sedikit esen vanilla gula secukup rasa


Cara-cara membuatnya:
Didihkan agar-agar sehingga cair.
Kuning telur dipukul hingga kembang bersama tepung kastard
Kemudian campurkan susu cair dan esen vanilla.
Akhir sekali masukkan kesemua bahan termasuk laici kedalam agar-agar.
Kacau perlahan-lahan hingga sebati.
Kemudian masukkan ke dalam bekas.
Setelah sejuk masukkan dalam peti ais.



Puding Jagung Kuah Cocktail



















Bahan-bahan:
Tepung Kastard 1 cawan
Air Masak 5 cawan
Susu Cair (Optional) 1 tin
Jagung Dalam Tin (Jenis Krim) 1 cawan
Gula Pasir ½ cawan
Garam 1 sudu kecil

Cara menyediakan:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk atau kuali.
2. Kacau bahan sehingga rata dan tidak berketul-ketul.
3. Siapkan dapur dan masak dengan api sederhana.
4. Sentiasa kacau hingga adunan menjadi likat dan berkilat.
5. Proses memasak memakan masa dari 30 hingga 60 minit bergantung kepada tahap kekuatan api.
6. Ingat, anda harus sentiasa mengacau adunan untuk memastikan tidak berketul dan hangus!
7. Setelah likat dan berkilat, tuangkan adunan ke dalam mangkuk atau bekas.
8. Biar ia sejuk dalam suhu bilik atau kalau tak sabar sangat, sila rendam bekas kedalam air.
9. Setelah itu masukkan ke peti sejuk.

Kuah Cocktail

Bahan-bahan:
Buah-Buahan Dalam Tin / Cocktail Fruit 1 tin
Susu Cair 1 tin
Gula Pasir 4 sudu besar
Garam ½ sudu kecil
Tepung Jagung (Optional) 1 sudu besar
Air Masak ikut kesesuaian

Cara menyediakan:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
2. Masak dengan api sederhana kecil.
3. Bila dah mendidih, sila tutup api dan sejukkan.
4. Jika anda dapati kuah terlalu pekat, sila tambahkan air masak mengikut kesesuaian yang anda perlukan.
5. Jika anda merasakan kurang manis, sila tambah gula pasir atau gunakan SUSU/KRIMER PEKAT MANIS.
6. Setelah selesai memasak, sila sejukkan kuah dengan suhu bilik.
7. Apabila kuah telah bersuhu normal, masukkan ke dalam peti sejuk.

Irexis (Sindafilate Citate) Male Enhancement - 60 Blue Tablets - Made in the USA by Lab88

Puding Ubi Kentang

Bahan-Bahan:
1 pek puding /agar-agar (perasa asli)
1 cawan ubi kentang
1 cawan susu cair/sejat F&N(warna biru)
2 cawan air
gula secukup rasa (1 sudu makan)
sedikit esen banana

Cara Membuatnya:
1.Ubi kentang direbus dan dilecek.
2.Masak agar-agar/puding bersama air hingga mendidih.
3.Kemudian masukkan gula secukupnya.
4.Bila mendidih, perlahankan api dan kemudian masukkan 1 cawan ubi kentang yang dilecek tadi.
5.Biar mendidih lagi dengan api sederhana.
6.Kemudian tapis supaya ubi kentang nampak halus dalam puding.
7.Masukkan dalam acuan dan sejukkan.
8.Lepas beku, bolehlah dihidangkan.

Puding Roti









Bahan-bahan:
10 keping roti sandwich
200gm gula
50gm mentega
30gm kismis
20gm kepingan badam
1 tin susu cair

Cara membuatnya:
Hanguskan separuh daripada gula tadi,Campurkan mentega dan kacau.
Kemidian masukkan susu dan sebahagian gula tadi.
Susun roti ke dalam acuan.Kemudian tuangkan cecair tadi ke dalam roti.
Taburkan kismis dan badam.
Bakar selama 45 minit-1 jam.

My Friends,My Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.my-resepi.blogspot.com. Powered by Blogger.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons