Showing posts with label Apam Polkadot. Show all posts
Showing posts with label Apam Polkadot. Show all posts

Apam Polkadot Kukus


Bahan-bahan untuk masak apam polkadot ( 50 biji papercup medium )

3 biji telur dari peti sejuk (gred A)
275 gm tepung gandum (anggaran 2 1/2 cawan)
220 gm gula halus (anggaran 1 cawan)
150 ml susu segar/ susu cair (anggaran 3/4 cawan)
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette**
1 sudu kecil esen vanilla
filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai
pewarna

**Nama panggilan lain bagi ovelette adalah quick 75. Ia berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti gel.Ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek.

**sudu kecil = sudu teh
**filling ialah inti bagi apam.

Cara-cara penyediaan apam polkadot
1. Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih
.
2. Selepas tue, baru campur bahan2 lain seperti masukkan susu, tepung+baking powder (yang telah diayak) dan esen vanilla dan mix lagi dengan kelajuan minimun sehingga sebati.

3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna water based mengikut pilihan.

4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.

5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).

6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).

7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.

8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.

Sumber dari CikTom dot com.Credit utk beliau.

Apam Mekar.Untuk tempahan,lawati blog ZaiFa Shoppe

Apam Polkadot


Bahan-bahannya:
3 biji telur gred A (sejukkan dalam peti ais)
225 gram tepung gandum
220 gram gula halus (dikisar dan diayak)
150 ml susu segar/ susu cair
3 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil ovallete
Pewarna
Jam blueberry/strawberry/peanut butter (boleh tukar ikut kegemaran)


Cara membuatnya:
1.Masukkan tepung gandum, gula halus, serbuk penaik, susu, ovallete dan telur ke dalam mangkuk.
2.Putar dengan halaju paling tinggi selama lebih kurang 5 minit atau adunan mengembang.
3.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letak pewarna mengikut kegemaran.
4.Masukkan adunan ke dalam mangkuk kertas sehingga separuh mangkuk.
5.Masukkan filling mengikut kegemaran masing-masing dan tambah lagi adunan sehingga hampir penuh.
6.Kemudian lukis dot-dot di atas adunan tadi dengan menggunakan warna yang lain.



7.Didihkan air utk mengukus.Kukus lebih kurang 10 ke 15 minit.
8.Apam Polkadot dah siap untuk dihidangkan.

My Friends,My Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.my-resepi.blogspot.com. Powered by Blogger.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons