Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

7 Tips lebih sihat di restoran makanan segera



Suka makan di restoran makanan segera? Rasanya yang sedap dan mudah didapati antara faktor kita lebih cenderung untuk makan di restoran makanan segera. Terutama ketika sibuk dan tiada masa untuk memasak di rumah. Burger, kentang goreng, ayam goreng dan air bikarbonat pastinya menjadi pilihan utama walaupun kita tahu ia mengandungi hanya sedikit khasiat makanan.

Namun, kebanyakan restoran kini semakin prihatin dengan keperluan orang ramai terhadap pemakanan sihat. Kita diberi pilihan untuk memilih menu yang lain mengikut citarasa masing-masing contohnya seperti salad, kentang bakar, sup dan sebagainya. Berikut adalah beberapa cadangan agar hidangan makanan segera kita lebih berkhasiat dan mengandungi nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan.

1. Hindarkan daripada memesan makanan bergoreng yang pastinya berminyak, seeloknya pilih hidangan yang dibakar atau dipanggang

2. Pesan pizza yang mengandungi cendawan, bawang dan lada hitam berbanding dengan sosej ataupun daging.

3. Pilih sayur dan buah-buahan segar di dalam salad, sebaiknya elakkan pengambilan salad yang mengandungi banyak mayonis ataupun lemak sayuran yang lain.

4. Jangan sekali-kali menambah garam pada makanan kerana kebanyakan hidangan yang disediakan telah mengikut kadar garam yang ditetapkan.


5. Elakkan dari memesan minuman bikarbonat tetapi gantikan dengan jus buah-buahan atau seeloknya air putih.

6. Tambahkan susu rendah lemak sebagai penambah perisa di dalam kopi yang dipesan, bukannya menambah krimmer ataupun gula.

7. Elakkan daripada makan kek, pastri dan pencuci mulut yang ternyata tinggi dari segi kalori dan kadar lemak sebagai pencuci mulut.

Sumber

4 Sumber Makanan Elak Perut Buncit

Perut yang buncit pastinya akan menjejaskan penampilan dan mengurangkan keyakinan
diri tidak kira samada lelaki ataupun perempuan. Malah, beberapa jenis penyakit
juga mungkin dihidapi akibat memiliki banyak lemak pada bahagian perut. Oleh itu,
kita disarankan untuk mengambil makanan mengikut pola pemakanan yang sihat dan
diet rendah lemak agar dapat mengecilkan perut yang terlalu gemuk. Berikut
beberapa jenis makanan yang dapat membantu kita mengempiskan perut sekaligus
mengurangi ukuran pinggang kita.

Serat
Makanan yang kaya dengan kandungan serat seperti bijirin dan biji gandum dapat
membantu mengecilkan perut kita. Hal ini kerana makanan yang mengandungi serat
boleh membuat perut berasa cepat kenyang berbanding dengan makanan yang kurang
mengandungi serat. Disebabkan makanan berserat memerlukan waktu yang lama untuk
dicerna, ia boleh membantu kita berasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama
sekaligus mengelakkan perut menjadi buncit.

Protein

Protein mempunyai fungsi yang setara pentingnya dengan serat iaitu dapat menahan
rasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama. Hal ini disebabkan makanan berprotein
memerlukan kalori yang lebih banyak untuk menjalankan proses pencernaan
berbanding sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan berprotien adalah seperti
telur, ikan, daging dan kekacang. Namun, berhati-hati apabila menikmati kekacang
kerana kacang yang digoreng mengandungi lemak jauh lebih banyak, manakala kacang
panggang pula mengandungi banyak gula.

Enzim

Enzim adalah molekul protein bertenaga yang penting untuk mencernakan makanan
yang dimakan dan membebaskan nutrien di dalamnya. Makanan yang kaya dengan enzim
seperti betik dan nenas juga dapat membantu melancarkan proses pencernaan. Selain
itu, semua makanan yang mengandungi enzim sayur dan buah mentah memberikan
peluang kepada hati dan pankreas untuk mengeluarkan racun dari dalam tubuh serta
mengubah lemak pada perut yang menjadi sumber tenaga kepada tubuh.

Lemak Sihat

Makanan berlemak tidak selalunya menjadi punca buncit pada perut. Ia sebenarnya
bergantung kepada jenis lemak yang kita makan. Lemak tak tepu sebenarnya dapat
membantu meningkatkan metabolisme tubuh dan mengubah lemak pada perut menjadi
tenaga.

Lemak baik boleh didapati dari beberapa jenis makanan seperti avokado dan minyak
zaitun. Bukan sahaja mampu membakar lemak, malah minyak zaitun juga boleh
membantu menjaga kadar kolesterol dalam tubuh. Selain itu, ada juga badam yang
bukan hanya kaya dengan lemak tepu tetapi turut mengandungi protein untuk memberi
kesan pembakaran lemak sinergi dan membantu menahan rasa lapar. Seeloknya elakkan
pengambilan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi kerana secara semulajadi
pengambilan lemak sudah sedia ada di dalam kekacang atau biji-bijian.

Tips:Perkara Asas Utk Membakar Kek


Baca dan fahamkan resepi sebelum mula. Sediakan semua bahan-bahan yang diperlukan.

Tanamkan sikap ’buat yang betul’. Jika berbaloi dibuat, maka berbaloilah dibuat dengan betul. Membakar kek memerlukan penjagaan dan ketepatan. Tidak seperti masakan lain seperti sup atau stew, anda tidak boleh mengubah atau mengganti bahannya.

Jangan membuat aktiviti lain ketika mengadun resepi. Tidak kira sekecil mana gangguan, ia boleh membuatkan kesilapan.

Gunakan alatan yang elok. Kumpulkan semua mangkuk, acuan, dan peralatan yang diperlukan sebelum mula. Gunakan pengukur cawan dan sudu.

Gunakan acuan saiz yang sesuai, seperti di dalam resepi. Jika acuan ditukar, suhu membakar dan masa juga sepatutnya ditukar. Acuan yang besar dan dalam memerlukan suhu yang tinggi manakala acuan yang kecil dan rendah memerlukan suhu yang kurang. Letakkan acuan di tengah-tengah ketuhar. Jangan letakkan acuan di atas acuan yang lain dan jangan penuhkan oven dengan acuan (ini akan membuatkan pembakaran tidak sekata).

Gunakan bahan yang berkualiti dan kumpulkan bahan sebelum mula. Bahan berkualiti memberikan hasil berkualiti. Pastikan bahan segar dan berkualiti terbaik.

Ukur kuantiti dengan tepat. Ini adalah wajib untuk membakar kek. Kesilapan mengukur adalah salah satu penyebab utama kegagalan membakar kek. Walaupun menggunakan bahan berkualiti terbaik, tetapi jika tidak mengukur dengan tepat, resepi tidak akan berhasil seperti sepatutnya.

Mengukur cecair: Guna cawan pengukur kaca. Ia membolehkan anda melihat tahap cecair yang diukur. Cawan pengukur mempunyai sedikit ruang tambahan untuk membolehkan anda mengukur tanpa cecair tumpah. Periksa ukuran pada tahap mata.
•Mengukur bahan kering: Guna cawan pengukur. Perlahan-lahan ceduk bahan kering dan ratakan dengan spatula. Gunakan kaedah yang sama juga untuk pengukur sudu. Tepung tidak wajib ditapis, kecuali jika ditentukan pada resepi.

Setiap resepi memerlukan cara berbeza untuk mengadun. Ikut arahan pada resepi.

Guna suhu yang betul pada ketuhar. Jangan naikkan suhu ketuhar kerana mahu mempercepatkan masa memasak. Letakkan rak sebelum memanaskan ketuhar.

Jika resepi memerlukan ketuhar yang telah dipanaskan, maka panaskan dulu ketuhar sekurang-kurangnya 15 minit sebelum memasukkan adunan. Jangan buka pintu ketuhar ketika kek sedang dibakar, ini akan membuatkan kek ”turun”. Kek yang dibakar dalam ketuhar yang tidak dipanaskan juga akan rosak kerana kek akan ”naik” terlalu cepat dan ”turun” apabila ketuhar memanas.

Jom kongsi tips bersama rakan²  :-)

Kongsi Tips:Cara memotong daging



Cara hiris daging dgn betul:
Daging harus dipotong mengikut cara yang betul kerana cara pemotongannya memberi kesan kepada kelembutannya.


Langkah pertama dalam memotong daging ialah menentukan arah uratnya. Ini boleh dilihat di permukaan daging itu sendiri. Menentukan urat pada potongan daging yang besar adalah sedikit sukar, memandangkan setiap bahagian terdiri daripada beberapa otot, yang mempunyai urat tersendiri.


Potong daging merentas uratnya untuk menambah kelembutan daging. Memotong daging secara merentas akan memendekkan otot kepada segmen lebih kecil, menjadikan ia lebih senang untuk dikunyah.


Selain itu, untuk memotong daging dengan senang, separa-bekukan terlebih dahulu. Kemudian daging akan lebih mudah dipotong.


Petua daging cepat empuk
1)Semasa merebus atau memasak daging,masukkan sebatang camca kecil ke dalam periuk. Dipercayai camca ini menyerap lebih haba / kepanasan yang membantu proses melembutkan daging.


2)Anda juga boleh menggunakan satu tin air coca-cola. Perap bersama air coca-cola selama 1 jam.Kebiasaannya perap menggunakan air coca-cola ini di gunakan oleh penjual satey. Sejauhmana kebenaran daging tersebut lembut, saya tidak ketahuinya.


3)Masukkan panadol ke dalam rebusan daging. Petua ini biasa saya dengar diamalkan di majlis kenduri yang biasanya memasak daging dalam jumlah yang banyak. Namun sejauhmana keberkesanannya tidaklah dapat saya pastikan.


4)Selain itu,anda juga boleh masukkan beberapa tangkai daun betik ke dalam masakan untuk melembutkan daging.


5)Jika tiada tangkainyanya,anda juga boleh menggantikannya dengan betik muda.Pastikan anda kupas kulitnya,buang biji serta bersihkannya terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam mana-mana masakan berasaskan daging.


6)Kepingan tempe juga selalu digunakan untuk melembutkan gulai daging. Hanya masukkannya ke dalam masakan dan biarkan.


7)Perap daging yang telah dipotong dengan sedikit cuka makan selama lebih kurang 15 minit.Selepas itu toskannya hingga kering,lalu masak seperti biasa. Anda hanya perlu memastikan api dapur berada pada tahap sederhana ketika masakan daging itu hampir menggelegak. Hasilnya daging lebih cepat empuk dan rasanya juga amat sedap.


8 )Anda juga boleh cuba menggunakan keratan batang ubi kayu.Pastikan batang ubi kayu itu dibersihkan terlebih dahulu.Masukkan ke dalam periuk ketika ia sedang mendidih sahaja. Biarkan selama 10 – 15 minit,lalu angkat serta asingkan batang ubi kayu tersebut.


9)Gaul daging bersama tepung dan perapkan dengan kicap selama 30 minit sebelum dimasak.


10)Tumbuk lumat buah keras,lalu masukkan ke dalam ramuan gulai daging. Daging akan lebih cepat empuk.

My Friends,My Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.my-resepi.blogspot.com. Powered by Blogger.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons