Showing posts with label Resepi Telur. Show all posts
Showing posts with label Resepi Telur. Show all posts

Kentang Bertelur













Bahan-bahan:
3 biji kentang saiz sederhana
3 biji telur
Daun kucai ikut suka
sedikit serbuk lada hitam
garam n gula
1 cawan daging cincang
1 biji bawang besar
sedikit minyak untuk menumis
Cara-caranya:
Rebus kentang tapi jangan sampai lembik
Toskan kentang dan buang kulitnya.Potong nipis-nipis.
Bawang besar dicincang.Kemudian tumiskan.
Masukkan daging cincang sampai daging masak.
Masukkan kentang tadi.kacau sebentar dan masukkan telur yang telah dipukul.Taburkan daun kucai yang telah dipotong dan oregano (tujuan nak menaikkan aroma)
Kemudian bakar didalam oven selama mana yang suka.
Siap untuk dihidangkan.

Telur goreng serunding


















Bahan-bahan:
2 biji telur
3 sudu besar serunding daging
secubit garam
minyak utk menggoreng
sos cili
mayonis

Cara membuatnya:
Pukul telur seketika.
Kemudian masukkan serunding dan garam
Goreng telur tersebut dgn api yg perlahan.
Setelah masak,angkat telur tersebut dan boleh dimakan bersama sos cili dan mayonis

Resepi ni simple jerr.Sekali-sekala nak mencuba kelainan.:-)

Telur Berempah




















Bahan-bahan :
8 biji telur rebus | dikupas kulit
1 paket Rempah Kari Ayam Adabi
1/2 paket Rempah Kurma Adabi
1 Sub Bunjut Adabi  
2 paket Santan Segera Adabi (bancuh dengan 500 ml air suam)
3 sm halia 
5 biji bawang merah- dihiris
4 ulas bawang putih -dihiris
1 batang serai - dititik
1 sudu besar kerisik 
2 sudu besar minyak
1/2 sudu besar Asam Jawa Adabi
1 tangkai daun kari
Garam, gula dan Serbuk Perasa MSG Adabi secukupnya
3 sudu minyak masak

Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Tumiskan bahan hirisan bersama sup bunjut dan daun kari.
3. Masukkan rempah kari dan kurma bersama sedikit air, kacau rata hingga pecah minyak.
4. Masukkan santan yang dibancuh dengan 2 cawan air suam.
5. Biarkan mendidih, masukkan serai, kerisik, asam jawa, garam, gula dan perasa secukupnya.
6. Setelah kuah pekat masukkan telur, biarkan seketika sehingga kuah pekat dan berminyak sebelum diangkat.

Gulai Lemak Telur Itik


Bahan-bahan :
10 biji telur itik
50 gm cili padi | ditumbuk
1/2 sudu besar Serbuk Kunyit Adabi
2 helai daun kunyit | dihiris halus
4 batang serai | dititik
2 paket Serbuk Santan Segera Adabi
500 ml air suam
10 biji belimbing
1 sudu besar Asam Jawa Adabi
Garam dan Serbuk Perasa MSG Adabi secukupnya
Cara Memasak :
1.Didihkan air setengah periuk bersama asamjawa.
2.Setelah mendidih, pecahkan telur itik,satu-persatu ke dalam periuk dan biarkan ia masak separuh masak dan angkat,ketepikan.
3.Untuk membuat kuahnya,jerang bahan tumbuk bersama sentan dan air,anggaran air 1 cawan. 4.Setelah mendidih masukkan telur tadi.
5.Kemudian masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
Sumber dari:Adabi

Resepi Telur Bungkus






















Bahan-bahan:
2 biji telur + 1 sudu makan air
100gm udang - buang kulit
100gm isi ayam - dicincang kecil
2 ulas bawang putih (di hiris nipis)
1 ulas bawang merah (dihiris nipis)
50gm sayur campur (peas,jagung,lobak)
Garam dan lada sulah
1 sudu makan sos tiram
daun sup - hiris halus

Cara menyedikannya:
1.Panaskan minyak.Tumis bawang merah dan bawang putih.
2.Kemudian masukkan isi ayam.Selepas itu masuk udang.-gaul rata.
Masukkan mix veggie,sos tiram lada sulah dan garam secukup rasa.
3.Gaulkan sekejap,masukkan daun ketumbar.angkat.
4.Campur air kedalam telur kemudian pukul hingga kembang.-panaskan kuali.
Tuang sedikit minyak.Masuk telur dan golek2 macam buat kuih dadar.
5.Biarkan sekejap hingga bhg bwh telur nampak hangus sedikit.
Tutup api.Masukkan bahan yang di tumis tadi.
Kemudian boleh la melipat atau membungkus.
6.Pindahkan ke dalam pinggan

Telur Bistik

Bahan-bahan:
Garam
Gula
Serbuk perasa
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sayur campur
2 sudu besar pes bawang putif
Sedikt isi ayam
2 sudu besar pes cili
1 sudu besar sos tiram
2 sudu teh jus limau
Telur

Cara membuatnya:

Masukkan isi ayam ke dalam mangkuk telur
Pukul sehingga sebati dan masukkan secubit garam
Goreng sehingga garing

Untuk menyediakan sos:

Tumis pes bawang putih hingganaik aroma
Masukkan pes cili,sos tiram,jus limau nipis,sos tomato dan sayur campur.
Kacau hingga sebati.
Anda boleh memasukkan sedikit air jika mahukan sos cair
Apabila sudah masak,tuangkan keatas telur tadi.

My Friends,My Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.my-resepi.blogspot.com. Powered by Blogger.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons