Dalca Ayam

















Bahan-bahan:

300 g isi ayam atau daging ( dipotong kecil)
4-5 biji kentang ( potong 4-6 bahagian)
2 batang terung panjang ( potong kecik)
6 batang kacang panjang ( potong memanjang 1 inci)
1 batang karot ( potong memanjang)
2 cawan santan pekat
air secukupnya ( anggaran 4-5 cawan air )
1 cawan kacang dhal ( rendam dan rebus hingga empuk)
1 labu bawang besar ( di tumbuk)
3 ulas bawang putih ( ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
3 sudu besar serbuk kari
daun kari secukupnya ( bancuh dengan sedikit air)
daun ketumbar
minyak untuk menumis
garam, perasa


Cara membuatnya

1. Tumis daun kari,bahan tumbuk, bunga cengkih, kayu manis, pelaga dan bunga lawang hingga wangi kemudian masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air.
2. Masukkan daging/isi ayam dan kentang, masak hingga kecut dan empuk .
3. Kemudian masukkan air, santan, dhal, sayur-sayuran. Bila sayur sudah masak, sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
4. Taburkan dengan bawang goreng dan daun ketumbar.


Sumber asal resepi & gambar ini dari Blog Potret Kasih. :-)
Untuk membaca original LINK resepi klik SINI.

Info:Makanan Pertama Bayi


Makanan yang pertama

Kementerian Kesihatan menyarankan supaya anda menyusukan bayi anda sehingga usianya enam bulan. Selepas enam bulan, susu badan sahaja tidak mencukupi untuk memberikan bayi anda nutrien yang secukupnya terutamanya zat besi; jadi makanan lain diperlukan juga.

Menunggu selama enam bulan untuk memperkenalkan makanan pejal ke dalam diet bayi anda adalah baik sebab akan meminimakan risiko tindak balas berlawanan terhadap makanan dan alergi. Ini menjadi amat penting jika terdapat peristiwa alergi dalam sejarah keluarga anda, sebab kebanyakan tindak balas berlawanan terhadap makanan, dan alergi dan penyakit seliak akan berkurangan jika anda menangguhkan cerai susu sehingga waktu tersebut.

Jika anda merasakan bayi anda sudah memerlukan makanan pejal sebelum enam bulan, berbincanglah dahulu dengan pakar pediatrik anda. Ini penting terutamanya jika bayi anda dilahirkan pramatang. Pakar-pakar menegaskan bahawa makanan pejal tidak perlu diperkenalkan sebelum bayi anda berusia empat bulan (20 minggu).

Salah satu perkara pertama yang bayi anda perlu pelajari apabila tiba waktu bercerai susu ialah bagaimana menelan bahan "bukan cecair". Justeru, untuk memastikan bayi anda tidak perlu terus menerima perisa baru dan juga menggunakan otot yang berbeza bagi menelan, maka makanan pertama paling biasa diberikan ialah nasi bayi yang tawar dicampur dengan susu bayi. Apabila bayi anda telah selesa dengan nasi dan susu, berikannya pula sedikit puri buah atau sayur.

 Kebanyakan panduan am menasihatkan supaya anda memperkenalkan satu jenis makanan pada satu-satu masa dan menunggu sekurang-kurangnya tiga hari sebelum memperkenalkan makanan lain supaya anda dapat mengetahui sama ada sesuatu makanan itu sesuai atau tidak bagi bayi anda.

Cubalah:
• puri sayur-sayuran seperti lobak, labu dan keledek;
• puri buah-buahan seperti mangga, betik atau pisang lenyek dan juga buah epal dan pir yang sudah dimasak;
• bijiran bayi yang bebas gluten seperti nasi bayi diperkaya dengan zat besi dan dicampur dengan susu bayi biasa;
• bubur nasi kosong yang dimasak di rumah.





Peringkat seterusnya

Apabila bayi anda nampak gembira disuap dengan sudu, tambahkan jenis makanan, seperti:
• puri lentil atau legum seperti sweet pea;
• puri sayur-sayuran campuran dengan ubi kentang atau nasi;
• puri yang terdiri daripada sayur-sayuran berdaun hijau seperti kobis, bayam, siew pak choy atau kailan.

Cuba berikan hanya satu hidangan puri manis atau bijiran dalam sehari dan berilah puri sayur-sayuran setiap masa. Jadikan makanan tersebut semakin pekat secara perlahan-lahan.

Pakar pediatrik anda mungkin akan menyarankan supaya anda menunggu sekurang-kurangnya enam bulan untuk memperkenalkan kacang soya, ikan dan buah-buahan sitrus; satu tahun untuk memperkenalkan telur dan susu lembu atau produk susu (keju dan yogurt); dan, dua tahun untuk memperkenalkan kerang-kerangan. Jika keluarga anda mempunyai sejarah alergi seperti ekzema, asma atau alergi makanan; bayi anda perlu elak dari mengambil kacang tanah dan bijan sehingga usianya tiga tahun.

Risiko untuk mendapat penyakit seliak boleh dikurangkan dengan mengelakkan pengambilan makanan yang mengandungi gluten, seperti gandum, rai dan makanan berasaskan barli. Ini termasuklah roti, tepung, pasta, sesetengah bijiran sarapan dan biskut rusk sehingga usia enam bulan. Sebaik-baiknya elakkan pengambilan oat sehingga usia bayi enam bulan sebab mungkin ia mengandungi serpihan gluten.

Elakkan susu untuk bayi yang lebih matang (susu tumbesaran) sehingga bayi anda sudah melepasi enam bulan.

Jangan masukkan garam atau gula, madu atau pemanis lain ke dalam makanan bayi anda.

**gambar² hasil carian internet.

Apam Polkadot Kukus


Bahan-bahan untuk masak apam polkadot ( 50 biji papercup medium )

3 biji telur dari peti sejuk (gred A)
275 gm tepung gandum (anggaran 2 1/2 cawan)
220 gm gula halus (anggaran 1 cawan)
150 ml susu segar/ susu cair (anggaran 3/4 cawan)
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette**
1 sudu kecil esen vanilla
filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai
pewarna

**Nama panggilan lain bagi ovelette adalah quick 75. Ia berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti gel.Ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek.

**sudu kecil = sudu teh
**filling ialah inti bagi apam.

Cara-cara penyediaan apam polkadot
1. Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih
.
2. Selepas tue, baru campur bahan2 lain seperti masukkan susu, tepung+baking powder (yang telah diayak) dan esen vanilla dan mix lagi dengan kelajuan minimun sehingga sebati.

3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna water based mengikut pilihan.

4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.

5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).

6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).

7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.

8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.

Sumber dari CikTom dot com.Credit utk beliau.

Apam Mekar.Untuk tempahan,lawati blog ZaiFa Shoppe

Kek Lapis Cheese Watermelon
















Bahan-bahan
Bahan A
10 biji telur (gred A)
150gm gula halus
180 gram tepung hong kong
30 gram ovalet


Bahan B
100gm horlick


Bahan C
450gm mentega (biar lembut)
250gm cream cheese (biar lembut)

400 gram susu pekat manis

Bahan D
chocolate chips


Cara membuatnya
1.Pukul Bahan A - pukul laju maksimum selama 4 minit
2.Masukkan Bahan B,ke dalam Bahan A,sedikit demi sedikit hingga habis.Teruskan
memukul Bahan A + B dengan kelajuan tinggi selama 1 minit lagi.
3. Bahan C - Butter & cream cheese,dipukul menggunakan "K" Beater dengan kelajuan
maksimum selama 3 minit. Masukkan susu pekat manis,pukul rata.
4.Masukkan Bahan C ke dalam Bahan A & B tadi.Gaul sebati ya.
5.Bahagikan adunan kepada 3 warna - hijau,asal dan merah.
6.Bakar menggunakan api atas sahaja.
7.Coklat nanti ditabur bagi lapisan yang berwarna merah(nak bagi nampak mcm biji
tembikai)
8. Bakar sehingga selesai.

p/s:Kek ini menggunakan method Sponge Cake Method.
Menggunakan mixer berkuasa kuda sederhana.

Sumber resepi ini dari TryMasak.Credit kepada pemberi resepi.

Mousse Strawberi















Bahan-bahan:
100 gm gula
50 gm gelatin - dicairkan
700 gm krim putar
6 biji kuning telur
250 gm buah strawberi - kisar halus untuk dijadikan puri
1 biji kek swiss roll
(atau sebarang jenis kek gulung perasa strawberi)

Cara Menyediakan:
1. Kuning telur dipukul hingga putih di dalam mangkuk yang beralas air panas.
2. Bila sudah elok kembang, alihkan bekas air panas kemudian masukkan gelatin dan
puri strawberi ke dalam adunan telur dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan krim putar (yang sudah diputar) dan kacau lagi hingga sebati.
4. Kek swiss roll dipotong bulat setebal 1 cm kemudian disusun di tengah mangkuk
dan juga kelilingnya sebelum dituangkan adunan mousse hingga penuh. Dinginkan
dalam peti sejuk sehingga beku sebelum hidang.

Info:
* Telur dipukul menggunakan kaedah double boiler, ia itu di dalam mangkuk beralas
bekas berisi air panas yang baru mendidih.
* Krim putar yang digunakan dalam resipi ini adalah jenis manis. Putar dahulu
krim sebelum di masukkan ke dalam adunan.

KFC Coleslaw
















KFC Coleslaw:
8 1/8 cups cabbage
1/3 cup carrot
1 teaspoon onion chopped fine
1/3 cup sugar
1/2 teaspoon salt
1/8 teaspoon pepper
1/8 cup milk
3/4 cup buttermilk
2 tablespoons lemon juice
1/2 cup mayonnaise

First core the cabbage and shred the cabbage fine using the fine disk
for the shredder attachment to the mixer. Then shred the cabbage.
In a bowl combine with a whisk combine the buttermilk, mayonnaise,
milk and lemon juice mix till well combined. Then add the seasoning.
The last step is to add the sugar add the sugar to the sauce until
well mixed in. Add the sauce to the cabbage and carrot mixture and
mix well and allow the mixture to marinate for 13 hrs.

My Friends,My Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.my-resepi.blogspot.com. Powered by Blogger.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons