Puding Laici

Bahan-bahan:
2 tin laici
1 tin susu cair
5 ketul gula batu
1 bungkus agar-agar
3 biji kuning telur
2 susu tepung kastard sedikit esen vanilla gula secukup rasa


Cara-cara membuatnya:
Didihkan agar-agar sehingga cair.
Kuning telur dipukul hingga kembang bersama tepung kastard
Kemudian campurkan susu cair dan esen vanilla.
Akhir sekali masukkan kesemua bahan termasuk laici kedalam agar-agar.
Kacau perlahan-lahan hingga sebati.
Kemudian masukkan ke dalam bekas.
Setelah sejuk masukkan dalam peti ais.



Puding Jagung Kuah Cocktail



















Bahan-bahan:
Tepung Kastard 1 cawan
Air Masak 5 cawan
Susu Cair (Optional) 1 tin
Jagung Dalam Tin (Jenis Krim) 1 cawan
Gula Pasir ½ cawan
Garam 1 sudu kecil

Cara menyediakan:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk atau kuali.
2. Kacau bahan sehingga rata dan tidak berketul-ketul.
3. Siapkan dapur dan masak dengan api sederhana.
4. Sentiasa kacau hingga adunan menjadi likat dan berkilat.
5. Proses memasak memakan masa dari 30 hingga 60 minit bergantung kepada tahap kekuatan api.
6. Ingat, anda harus sentiasa mengacau adunan untuk memastikan tidak berketul dan hangus!
7. Setelah likat dan berkilat, tuangkan adunan ke dalam mangkuk atau bekas.
8. Biar ia sejuk dalam suhu bilik atau kalau tak sabar sangat, sila rendam bekas kedalam air.
9. Setelah itu masukkan ke peti sejuk.

Kuah Cocktail

Bahan-bahan:
Buah-Buahan Dalam Tin / Cocktail Fruit 1 tin
Susu Cair 1 tin
Gula Pasir 4 sudu besar
Garam ½ sudu kecil
Tepung Jagung (Optional) 1 sudu besar
Air Masak ikut kesesuaian

Cara menyediakan:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
2. Masak dengan api sederhana kecil.
3. Bila dah mendidih, sila tutup api dan sejukkan.
4. Jika anda dapati kuah terlalu pekat, sila tambahkan air masak mengikut kesesuaian yang anda perlukan.
5. Jika anda merasakan kurang manis, sila tambah gula pasir atau gunakan SUSU/KRIMER PEKAT MANIS.
6. Setelah selesai memasak, sila sejukkan kuah dengan suhu bilik.
7. Apabila kuah telah bersuhu normal, masukkan ke dalam peti sejuk.

Irexis (Sindafilate Citate) Male Enhancement - 60 Blue Tablets - Made in the USA by Lab88

Bahulu Gulung
























Bahan-bahan:
20 biji telur
600 gram gula halus
200 gram minyak masak
1 kg tepung gandum
Jem nenas

Cara menyediakan:
1. Pukul gula bersama telur hingga kembang.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau rata.
3. Sapu acuan bahulu gulung (acuan yang besar dan lebar) dengan minyak dengan menggunakan daun pandan.
4. Tuang sedikit adunan di dalam acuan. Ratakan sehingga tebalnya 1.5 cm tinggi.
5. Bakar dengan menggunakan api atas dan bawah. Setelah kekuningan, angkat.
6. Kemudian sapukan jem di atasnya dan gulung.
7. Balut bahulu gulung dengan kertas surih/kertas minyak dan simpan.

California Gurls (feat. Snoop Dogg)

Ayam Masak Merah



















Bahan-bahan:
1 ekor ayam dipotong 10 bahagian

Bahan dikisar:
100 gm cili Merah
30 gm halia
20 gm bawang putih
90 gm serai
200 gm bawang besar
300 gm tomato
200 gm minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

Cara menyediakan:
1) Goreng dulu ayam sehingga setengah masak.
2) Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing.
3) Setelah itu masukkan ayam, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
     Gaulkan hingga sebati dan rata. Apabila telah kering bolehlah diangkat.

Ayam Masak Hitam



Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam,potong kecil
1 labu bawang besar,dicincang
10 ulas bawang merah,dihiris
3 sudu besar cili kisar
Kicap masin dan kicap manis

Cara Menyediakan:
1) Ayam dilumur kunyit dan garam dan digoreng sehingga masak.
2) Goreng bawang sehingga kekuningan dan kemudian dikisar dengan sedikit air.
3) Panaskan 2 sudu besar minyak dan tumis cili kisar sehingga wangi.
     Masukkan bawang yang dikisar tadi dan sedikit air dan
     masak sebentar atas api sederhana.
4) Masukkan ayam tadi dan juga kicap (banyak) sehingga
     kuah bertukar kepada warna hitam.
5) Goreng sebentar (5 minit), angkat dan terus dihidang.

Tomyam Seafood Bersantan






















Bahan-bahan:
2 ekor ketam - potong 4
2 ekor sotong
20 ekor lala
3 batang jagung muda
Cendawan tiram
1 bawang besar - potong 6
3 batang serai
Lengkuas 1 cm
Pes tom yam 2 camca besar
3 camca besar perahan limau nipis
5 helai daun limau purut
½ cawan santan segar
1 camca besar nampla(sos ikan)
2 camca serbuk udang cili
Garam + gula secukup rasa
8 cili api dipecahkan


Cara menyediakan:
1) Rebuskan 3 cawan air bersama pes tomyam,serai,lengkuas,ciliapi,nampla,
     serbuk udang cili,bawang besar dan daun limau purut.

2) Kemudian masukkan ketam dikuti sotong dan lala serta sayuran.

3) Masukkan santan dan perahan limau nipis serta garam dan gula,
     biarkan mendidih seketika sebelum dihidangkan.

My Friends,My Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.my-resepi.blogspot.com. Powered by Blogger.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons