Ketam Lada Hitam





















BAHAN-BAHAN:
2 ekor ketam
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
40 gm halia
1 tangkai cili merah
50 gm sos lada hitam
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1 biji telur
1 sudu lada hitam (tumbuk)
1 sudu kecil minyak bijan

CARA MENYEDIAKAN:
1)Rebuskan ketam dan ketepikan.
2)Panaskan minyak, tumiskan bawang putih,bawang besar,halia dan cili yang dihiris halus.
3)Kemudian masukkan sos lada hitam, kicap cair, kicap pekat dan lada hitam.
Kacau rata.
4)Masukkan ketam, minyak bijan dan minyak bawang putih.
5)Masukkan garam secukup rasa dan telur yang telah dipukul.
Gaul rata dan biarkan mereneh.

Chicken Chop

Bahan-bahan:

1 ekor ayam (diambil peha dan dada)
1 biji telur
1 biji tomato
1 helai daun salad
Sedikit daun pasli
Sedikit lada sulah
20 gm potato chip (digoreng)
20 keping biskut tawar (dikisar halus
Sedikit Lea & Perrin atau tepung ubi (untuk disapu pada ayam)

Bahan sos:
1 biji lada buah
1 biji bawang besar
2 sudu besar sos cili
½ batang lobak merah
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos lea & perrin
2 ulas bawang putih (dicincang halus)

Cara membuatnya:
Gaulkan ayam bersama lada sulah, lea & perrin.
Kemudian gaul rata menggunakan tepung ubi.
Pecahkan sebiji telur dan celupkan ayam.
Salutkan biskut tawar yang telah dikisar ke ayam.
Goreng ayam hingga kekuningan dan angkat.
Masakkan sos selama satu minit.
Hidangkan.

Sambal Ikan Bakar

Bahan-bahan:
100g bawang merah
50g bawang putih
50g cili kering
2 batang serai
1 tin sambal Udang(Yeo's brand)
3 - 4 keping asam keping/asam gelugor
100-200g gula pasir
Garam & Ajinomoto

Cara membuatnya:
Panaskan minyak makan & masukkan bawang merah/putih
yg sudah di kisar sampai kuning @ bau angkat
Masukkan cili kering yg sudah dikisar gaul sehingga rata
Masukkan 1 tin sambal udang Yeo's
Ketukkan/masukkan 2 bawang serai dan 4 keping asam gelugor.
Akhir sekali masukkan gula,gram & perisa(ajinomoto)secukup rasa

Sesuai utk pelbagai jenis ikan dan ianya hendaklah di panggang menggunakan daun pisang.
Letakkan sambal ikan tadi diatas badan ikan yg sudah dipanggang dan perahkan sebiji limau kasturi.

Sardin Rolls





















Bahan
Roti sandwich biasa
3 biji telur
sedikit garam
bread crumb
minyak untuk mengoreng

Bahan Inti
1 tin kecil sardin
2 biji limau kasturi [ambil jus ]
1 biji cili merah cincang
1 labu kecil bawang besar cincang

Cara membuatnya:-
1. Masukkan bahan inti dalam mangkuk dan hancurkan dengan garfu.
2. Sapukan inti diatas roti dan gulungkan. Gamkan dengan sedikit telur yg dipukul.
3. Celupkan roti dalam telur yg telah dipukul dengan sikit garam.
4. Golekkan gulungan roti diatas bread-crumb.
5. Gorengkan dalam kuali leper sehingga kuning keemasan.
6. Angkat dan toskan dalam tapisan supaya minyak menitis.
7. Hidangkan dengan cili sos.

Pizza







Bahan-bahan ( saiz L )
Tepung gandum 175gm
Yis kering 1 sudu besar
minyak 1 sudu besar
secubit garam, air
mozarella cheese, sos pizza/sos tomato/sos cili
topping kesukaan (tuna, cendawan, ayam, sausage, bawang dll)

Cara-cara
1.Campurkan semua bahan bersama air dan uli semua bahan sehingga lembut. (sukatan air bergantung agar doh tidak melekat pada tangan dan bekas)
2.Letak kertas minyak ke atas dulang bakar dan leperkan doh di atas dulang menggunakan tangan. Biarkan sehingga doh naik sekali ganda. Tekan2 dengan garfu supaya angin keluar.
3.Sapukan sos pizza di tengah2 atau campuran sos tomato dan sos cili.

Letakkan topping apa2 yang disukai. Akhir sekali taburkan mozarella cheese.







4.Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan dahulu pada suhu 180C selama 22minit.

Pizza Simple












Bahan-bahan:
Kulit Pizza
500gm tepung gandum (Cap Sauh)
1/2 bungkus yis mauripan
1 Cawan air suam
1/2 cawan minyak masak
Garam secukup rasa

Inti Pizza
6 Keping Daging burger(Dilenyek)
1 Tin Tomato puree
1 Tin Marshroom (Dihiris Nipis2)
2 Biji bawang besar( Potong Dadu)
6 hot dog (Dihiris)
Lada hitam serbuk,Oregano,garam, gula secukupnya.
Cheese Morzella ikut suka byk mana

Cara membuatnya:
1.Utk kulit. Gaul Tepung b'sama yis + garam + air suam uli hingga m'jad doh.
2.Masuk minyak dan uli lg hingga sebati dan tak melekat di tangan biarkan doh naik sedikit uli lg dan canaikan di atas dulang yg tlah griskan dgn butter.
3.Inti Pizza:- Daging buger + Tomato puree + Marshroom +bawang besar+ lada hitam+garam+gula + Oregano Gaul sebati.
4.Letakkan inti diatas kulit pizza dan ratakan tbur hot dog dan cheese kalu nak letak nenas ke lada bangala ke...letk jer atas 2...bila kulit dah naik sket blehlah bakar dgn suhu 190"c 20 min
5.Pizza dah siap untuk dimakan!

My Friends,My Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.my-resepi.blogspot.com. Powered by Blogger.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons