Lontong@Lodeh

















Bahan-bahan:
1/2 biji kobis [potong kecil]
5 batang kacang panjang [potong pendek]
1 biji carrot [potong kecil dan pendek]
Tahu [gorengkan dan potong dadu]
Tempe [potong kecil dan gorengkan]
Sengkuang [potong pendek dan kecil]
Cili merah [hiriskan]
Bawang besar [mayangkan]
Suhun dan fucuk [rendamkan supaya lembut]

Bahan dikisar:
5 biji cili merah + ciliapi sikit
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 tangkai serai
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup

Bahan lain:
1 biji kelapa [amik 5 cawan santan]
250 gm udang basah
minyak [tumis]
garam

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi.
2. Masukkan udang, santan dan sayuran yg keras dan biarkan sehingga lembut.
3. Bila dah lembut masukkan sayuran lain dan garam.
4. Bila dah lembut dan rasakan garamnya.
5. Hidangkan dengan serunding daging atau sambal sotong.

Sup Ekor


















Bahan-bahan:
600 gm ekor lembu
300 gm kentang
300 gm carrot
1.5 cm kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
½ sudu teh jintan manis
20 biji lada hitam
2 sudu makan rempah sup
4 biji buah pelaga
1 pokok daun saderi
1 pokok daun bawang
Garam secukup rasa

Bahan dikisar:
4 sm halia
6 labu bawang merah
2 labu bawang besar
1 btg serai

Cara menyediakan:
1.Tumis bahan yg dikisar bersama rempah sup,buah pelaga,
kayu manis,cengkih,lada hitam dan jintan manis.
2.Kemudian setelah naik bau,masukkan air,ekor dan rebus sehingga agak empuk.
3.Belah empat ubi kentang,carrot dan masukkan sehingga empuk.
4.Masukkan garam dan daun saderi serta daun bawang.
5.Kacau dan tutup periuk supaya bau tidak hilang.

Ayam Sos Madu Istimewa

Bahan utk ayam:
250 gram ayam (buang tulang & dipotong kecil)
3 gram perasa ayam
1 gram garam
1 gram gula
30 gram tepung jagung

Perap ayam menggunakan semua bahan diatas
Bahan utk halia:
200 gram halia
100 gram gula
2 gram garam

*Hiris halia dlm ukuran kecil
*Sediakan mangkuk berisi air,kemudian campurkan
Dengan soda dan rendamkan hirisan halia selama tiga jam.
*Selepas semua hirisan halia menyerap air,angkat dan keringkan.
Selepas itu campurkan garam dan gula,kemudian biarkan sebati.
*Kemudian masukkan kedalam peti sejuk sebelum digunakan.

Bahan utk sos madu:
300 gram gula
150 gram sos soya
80 gram cuka Cina
100 gram cuka putih

*Campurkan semua bahan diatas dan masak dlm api yg kecil
Selama setengah jam.

Cara memasak:
1.Panaskan kuali bersama sedikit minyak.
Setelah minyak panas,masukkan isi ayam yg sudah dipotong halus.
Kacau sehingga warna kekuningan.
Letak disebelah.

2.Campurkan sos madu kemudian panaskan.
Masukkan ayam kemudian kacau sehingga sebati dgn sos madu.

3.Letakkan ayam diatas pinggan,kemudian tabur dgn hirisan halia.
Sedia utk dimakan.

Udang Mentega Oat

Bahan-bahan
300 gram udang harimau
120 gram susu cair
80 gram marjerin
5 gram oat
200 gram minyak masak (untuk menggoreng udang hingga separuh masak)
2 gram daun kari-diracik halus
10 gram cili padi-dipotong
30 gram gula
20 gram tepung-untuk disalut pada udang sebelum dimasak

Cara menyediakanya
Panaskan kuali dan cairkan marjerin
Masukkan daun kari yg diracik bersama cili padi ke dalam marjerin
Tuangkan susu cair dan kemudian masukkan gula.Kacau seketika
Biarkan kuah mendidih sebelum masukkan udang yg digoreng separuh masak.
Kemudian angkat udang tadi.Jangan masak udang terlalu lama.
Hiaskan udang tadi dengan taburan oat.

Sedia untuk dihidangkan.

Mee Bandung Muar

Bahan-bahan:

1 kg mee kuning
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan Secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)
½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)

¾ - 1 cawan gula pasir
3 - 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)

Cara membuatnya:

Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
Pijarkan minyak dalam kuali
Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
Masukkan sos tiram
Masukkan udang, daging rebus
Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat

Cara hidangan:

Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak dlm kuantiti yg banyak,so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)
Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
Panaskan dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
Masukkan kedalam mangkuk leper, telur diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.

Hidangkan.

Kerabu Mangga

Bahan-bahan:
1 biji mangga muda
1 batang carrot parut/sagat
1 biji timun
5 biji limau kasturi [ambil jus]
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
ikan bilis garing dan kacang goreng [ikut suka]

Bahan hiris
5 tangkai lada merah
1 bunga kantan
10 tangkai cili api
2 pokok daun ketumbar

Cara menyediakan:
1.Gaulkan rata semua bahan kecuali ikan bilis dan kacang.
2.Masukkan dalam pinggan hidangan.
3.Bila nak makan baru taburkan ikan bilis dan kacang goreng.

My Friends,My Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.my-resepi.blogspot.com. Powered by Blogger.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons