Showing posts with label Resepi Apam. Show all posts
Showing posts with label Resepi Apam. Show all posts

Apam Polkadot Kukus


Bahan-bahan untuk masak apam polkadot ( 50 biji papercup medium )

3 biji telur dari peti sejuk (gred A)
275 gm tepung gandum (anggaran 2 1/2 cawan)
220 gm gula halus (anggaran 1 cawan)
150 ml susu segar/ susu cair (anggaran 3/4 cawan)
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette**
1 sudu kecil esen vanilla
filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai
pewarna

**Nama panggilan lain bagi ovelette adalah quick 75. Ia berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti gel.Ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek.

**sudu kecil = sudu teh
**filling ialah inti bagi apam.

Cara-cara penyediaan apam polkadot
1. Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih
.
2. Selepas tue, baru campur bahan2 lain seperti masukkan susu, tepung+baking powder (yang telah diayak) dan esen vanilla dan mix lagi dengan kelajuan minimun sehingga sebati.

3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna water based mengikut pilihan.

4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.

5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).

6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).

7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.

8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.

Sumber dari CikTom dot com.Credit utk beliau.

Apam Mekar.Untuk tempahan,lawati blog ZaiFa Shoppe

Apam Indon


















Bahan-bahan:
5 biji telur 
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
300 gm tepung gandum
300 gm gula halus
250 ml susu segar atau santan
1/2 sudu kecil baking powder
sedikit garam pewarna

Cara membuatnya:
Panaskan kukusan.Untuk mengelakkan air menitik ke atas kek, balut penutup dgn sehelai kain.
Sediakan loyang ukuran 9 inci. Oleskan dengan minyak dan alas dasar loyang dengan baking paper Ayakkan tepung bersama baking powder.
Campurkan garam ke dalam susu. Putar telur dan ovalette pd kelajuan tinggi hingga kembang. Masukkan gula sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan esen vanilla.
Kurangkan kelajuan mixer. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit berselang seli dgn susu. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian.
Masukkan perwarna yg disukai. Masukkan adunan adunan pertama ke dlm acuan. Kukus selama lebih kurang 10 minit atau smpai bhgn atas tu tak melekat.
Ulangi kaedah yang sama untuk lapisan yang ke2 dan ke 3 Adunan yang terakhir hendaklah dikukus selama 30 ~ 40 minit atau sehingga apam masak sempurna .

Dah siap Apam Indon utk dinikmati bersama keluarga

Apam Mekar


Bahan-bahan:
200 gm gula castor
2 biji telur gred A
1 sudu teh ovellete
1 tsp esen vanilla
250 gm tepung gandum
1 cawan aiskrim soda

Cara membuatnya:
1. Pukul telur,gula dan ovellet hingga kembang
2. Masukkan esen vanilla.
3. Masukkan tepung berselang seli dengan aiskrim soda.
4.Bahagikan kepade beberape bahagian.Letak warna yg disukai.
5. Kukus selama 7 hingga 10 minit.Siap!

Untuk tempahan klik Disini

Tripple Muffin Coklat

Bahan-bahan:
1) butter (110gm )
2) susu segar (200ml )
3) telur (1 biji )
4) esen vanila ( 1 tsp )
5) tepung gandum ( 150gm )
6) coco powder (35gm )
7) baking powder ( 1tsp )
8) soda bikarbonat ( 1/2tsp )
9) coklat masakan ( 60gm)
10) gula perang (100gm )
11) coklat chips (½ cawan )
12) Coklat chip hitam putih untuk hiasan (secukupnya)


Cara membuatnya:
1. Campurkan tepung, baking powder, soda bikarbonat dan coco powder. Ayakkan.
2. Satukan susu segar dan coklat masakan. Cairkan atas double boiler.
3. Cairkan butter
4. Kocok telur dan gula, masukkan esen vanila
5. Masukkan bahan no 2 dan no 3
6.Masukkan coklat chips
7. Masukkan ke dalam bekas muffin dan baker selama 30minit pada suhu 180 darjah


Rujukan:Online Cooking

Apam Polkadot


Bahan-bahannya:
3 biji telur gred A (sejukkan dalam peti ais)
225 gram tepung gandum
220 gram gula halus (dikisar dan diayak)
150 ml susu segar/ susu cair
3 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil ovallete
Pewarna
Jam blueberry/strawberry/peanut butter (boleh tukar ikut kegemaran)


Cara membuatnya:
1.Masukkan tepung gandum, gula halus, serbuk penaik, susu, ovallete dan telur ke dalam mangkuk.
2.Putar dengan halaju paling tinggi selama lebih kurang 5 minit atau adunan mengembang.
3.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letak pewarna mengikut kegemaran.
4.Masukkan adunan ke dalam mangkuk kertas sehingga separuh mangkuk.
5.Masukkan filling mengikut kegemaran masing-masing dan tambah lagi adunan sehingga hampir penuh.
6.Kemudian lukis dot-dot di atas adunan tadi dengan menggunakan warna yang lain.



7.Didihkan air utk mengukus.Kukus lebih kurang 10 ke 15 minit.
8.Apam Polkadot dah siap untuk dihidangkan.

Apam Aiskrim Soda

Bahan-bahan:
3 cawang tepung gandum
2 cawan gula
4 biji telur
1 cawan air asikrim soda
1 sudu teh ovalette
perasa strawberry atau ikutcitarasa
pewarna pilihan

Cara membuatnya:
1.Pukul telur dan gula hingga kembang.
2.Campurkan tepung. Pukul sebati.
3.Masukkan air aiskrim soda, esen vanila, ovalette. Pukul sebati.
4.Bahagikan adunan dan letakkan pewarna pilihan.
5.Sendukkan secara berselang seli ke dalam loyang hingga habis.
6.Kukuskan selama lebih kurang 20 minit.
7.Balut tutup pengukus dengan kain bagi mengelakkan air menitis ke dalam loyang.




Kredit to:Cuba Try Masak
Resepi ni pun saya ambil dari BLOG beliau.Terima kasih Sya my BFF :-)

My Friends,My Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.my-resepi.blogspot.com. Powered by Blogger.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons