Showing posts with label Resepi Mee. Show all posts
Showing posts with label Resepi Mee. Show all posts

Mee Hailam

MEE HAILAM

BAHAN-BAHAN:

300gm udang sederhana besar
300gm daging ayam
3 ekor sotong saiz besar
1 paket fishball
1 bungkus mee
3-4 cawan air
1-2 sudu besar cili kisar
3-4 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos nampla
2 biji telur
Sedikit sayur sawi
Sedikit bunga kobis
1 batang carrot
2 biji tomato masak ranum
Sedikit tepung jagung dan air - dibancuh
Garam secukup rasa
Daun sup dan cili merah secukupnya

Cili kering yang direbus sampai lembut dan kemudian dikisar bersama bawang merah dan bawang putih secukupnya .

CARA-CARA MEMASAK:

- Bersihkan udang dan sotong kemudian tos dan ketepikan kemudian potong isi ayam menjadi ketulan kecil . Potong fish ball kemudian bersihkan semua sayur dan potong ketepikan semua bahan-bahan ni.

- Panaskan sedikit minyak dan tumis cili kisar sampai pecah minyak dan cili masak kemudian masukkan ketulan isi ayam tadi dan kacau sehingga isi ayam masak dan kemudian boleh la dimasukkan air . Masukkan carrot dan bunga kobis tadi biar sampai kuah hampir mendidih . Masukkan semua sos cili, sos tiram , minyak bijan , kicap manis n cair , sos nampla dan kacau semua bahan ni .

-Masukkan semua udang serta sotong dan kacau semua bahan kemudian rasa sama ada cukup semua perisa kalau tak cukup tambah ikut selera masing-masing . Masukkan telur sebiji demi sebiji biar sekejap sampai telur masak dan masukkan sayur sawi , buah tomato dan kacau . Masukkan bancuhan tepung jagung dengan sedikit air untuk bagi kuah pekat . Kacau semua bahan dan kalau kurang masin baru la ditambah garam .

- Akhir sekali masukkan mee dan kacau semua bahan dan biar kuah mendidih dan boleh la ditutup api dapur .

- Bila nak hidang boleh la ditabur daun sup , cili merah dan juga bawang goreng .





Sumber:FB

Mee Bandung Simple

Bahan-bahan:

10 ulas bawang merah*
10 ulas bawang putih*
2 sudu besar udang kering*
Belacan besar ibu jari*
10 tangkai cili kering-goreng garing-kisar
Segenggam kacang tanah-goreng garing -kisar
Minyak masak
Daging-potongg nipis dan rebus
Udang
Sayur sawi
Tomato
Kobis
Kiub pati ayam
Sos cili,tomato
Garam
Gula
Daun bawang
Daun sup
Bawang goreng

Cara membuatnya:

 
Goreng bahan bertanda* sampai layu&garing.
Angkat toskan.
Tumis bahan kisar sampai naik bau
Masukkn kacang tanah yang dikisar
Masak sampai pecah minyak
Masukkan cili kisar tadi
Masak dalam 5 minit
Masukkan air (mengikut kuah yang dimahukan)
Masukkan kiub ayam,daging & air rebusan daging,sos cilisos tomato,garam dan gula secukup rasa
Biarkan kuah mendidih
Pecahkan telur,biar telur masak
Masukkan sayur & udang
Kacau sekejap.Tutup api, dah siap untuk hidangan.

Sumber resepi: FB Resepi Orang Kampung

Mee Goreng Thai

Bahan - bahan:
1 kg Mee Thai Mah (Mee Chendol seakan-akan mee laksa tetapi pendek)
200gm isi ayam dipotong kecil
200gm udang sederhana (buang kulit)

Bahan Kisar
15 biji cili padi (dikisar halus)
4 ulas bawang putih (dikisar halus)
1 batang lobak dihiris halus
50 sen daun bawang (di potong 2")
30 sen daun kucai
3 kelopak kobis cina (Pek Chye) hiris
15 helai daun selasih
2 sudu makan kicap
2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan sos ikan thai
garam & serbuk perasa secukupnya
sedikit air jika perlu
sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya:
• Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga garing & masukkan isi ayam & udang.
• Setelah setengah masak, masukkan semua sos, garam & serbuk perasa dan kacau rata.
• Masukkan sayur & mee, sedikit air jika perlu dan gaul rata. Hidangkan semasa panas.

Mee Udang


Bahan²
1) mee)
2) udang (200 g )
3) air rebusan udang
4) tauhu goreng (2 keping)
5) bawang putih dicincang (4 ulas )
6) bawang besar dicincang (1 biji )
7) taugeh (1 cawan)
8) sawi ( 1 cawan )
9) daun bawang ( 1 tangkai )
10) limau nipis (1 biji)
11) cili padi (6 biji )
12) belacan bakar (1 sudu kecil)
13) pes cili (2 sudu besar )
14) sos cili ( 2 sudu besar )
15) sos tomato (2 sudu besar )
16) minyak (sedikit)
17) sos ikan (1 sudu besar)

Cara² membuatnya:
1) Mula-mula panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau
2) Masukkan udang dan pes cili. Goreng seketika hingga udang bertukar warna
3) Masukkan cili padi, belacan dan garam secukup rasa. Hancurkan ketulan belacan dan tumis bahan- bahan ini hingga pecah minyak
4) Curahkan sos ikan, sos tomato, sos cili dan air rebusan udang. Kacau rata, biarkan hingga mereneh dan pekat.
5) Masukkan mee ke dalam mangkuk dan curahkan kuah tadi. Aturkan tauhu goreng, sawi dan taugeh yang telah dicelur dan limau.
6) Taburkan pula daun bawang dan hidang ketika panas.

Sumber: carian internet


Mee Bandung
























Bahan-bahan:
1 kg mee kuning
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan Secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)
½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
¾ - 1 cawan gula pasir
3 - 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut citarasa sendiri.
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)


Cara membuatnya:
Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
Pijarkan minyak dalam kuali
Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
Masukkan sos tiram
Masukkan udang, daging rebus
Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat


Cara hidangan:
Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak dlm kuantiti yg banyak,jadi, kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)
Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
Panaskan dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
Masukkan kedalam mangkuk leper, telur diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.Hidangkan.



ZaiFa:Gambar mee bandung tu,saya ambil kat salah sebuah restoran yg terkenal dgn mee bandungnya,semasa jalan-jalan kat Muar hari tu.Siap beli kuah mee bandung segera.Boleh simpan dlm peti sejuk.

Mee Kuah Sanglang

















Bahan-bahan:
daging ½ kilo
minyak masak
mee kuning-direbus
garam
ajinomoto
carrot
daun sup-dihiris halus
daun bawang-dihiris halus
tauhu 4 ketul ( digoreng & dipotong dadu kecil)
bawang goreng
5 biji telur rebus


Bahan direbus & dilenyek
ubi merah 4 biji
ubi kentang 2 biji


Bahan dikisar
bawang besar 2 biji
bawang putih 2 biji
bawang merah 10 biji
cili kering


Cara menyedikannya:
1.Rebus daging sehingga empuk.Sudah masak,asingkan daging dari airnya
2.Tumiskan bahan2 yg telah dikisar.Masukkan air daging.Kacau hingga mendidih
3.Masukkan ubi2 yg telah dilenyek tadi.Kacau.Masukkan carrot yg telah dipotong
4.Tambahkan garam,ajinomoto secukup rasa.
5.Biarkan mendidih sehingga masak.
6.Hidangankan mee bersama daun sup,daun bawang,daging yg dihiris dan juga bawang goreng.Untuk lebih sedap,perahkan sedikit limau nipis.

Mee Rebus


Bahan-bahan:
1 paket mee kuning - celur
Bahan sayuran:
50 sen Taugeh - celur
Sedikit daun sup - hiris nipis
Sedikit daun bawang - hiris nipis
Bawang goreng
4 keping tahu di goreng dan dihiris nipis.
5 biji Cili hijau - dihiris nipis
Limau nipis/limau kasturi - di belah dua
Telur rebus - belah dua

Bahan-bahan kuah:
Sedikit minyak untuk menumis
4 sudu cili kering yang di kisar
3 biji bawang merah - kisar
3 sudu lengkuas yang di kisar
4 batang serai dikisar halus
2 biji bawang putih - kisar
RM 3 udang kering - kisar - lagi banyak lagi sedap.
300gm udang hidup - direbus dan kisar halus
1kg ubi keledek merah - direbus dan blender halus
3 sudu gula atau secukup rasa
garam secukup rasa
Sedikit ajinomoto
4 sudu sos tomato
Air - agak-agaklah

Cara memasak:
Tumiskan bawang merah, bawang putih,lengkuas,serai,cili kering dan udang kering yang telah di kisar hingga naik minyak dan berbau wangi.
Masukkan udang hidup yang dikisar dan air rebusannya sekali.
Masukkan keledek yang telah dikisar dan tambahkan air secukupnya.masukkan garam,gula,aji,sos tomato.
Biarkan mendidih dan siap untuk di hidang dan dimakan.

Claypot Yee Mee

Bahan-bahan:
Daging ayam
1 ketul yee mee
Fish cake
fish ball
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
Beberapa helai daun sawi
1 biji telur ayam (utk seorang makan)
3 sudu makan minyak bijan (minyak bijan ni penting utk menentukan claypot yee mee kita sedap)
1 atau 2 kiub ayam ikut suka
Cili api
Kicap cair
Sayuran lain boleh juga dimasukkan spt lobak merah,cendawan kering (direndam dahulu sampai lembut) dan bunga kobis.

Cara-cara membuatnya:
1.Dalam bekas lain tumiskan bawang putih sampai wangi.
2.Lepas tu masukkan minyak bijan,sayuran,segala fish dan Yee mee serta telur tadi kedalam kuali.
3.Jangan lama-lama sangat agak-agak Yee mee dah lembut dan telur dah masak.
4.Kalau gunakan claypot lagi sedap caranya sama aje cuma calypot digantikan dgn kuali itu aje.
5.Dah siap bolehlah dihidangkan dengan cili api yang dipotong-potong ikut suka dicampurkan dgn kicap cair(sambal cili ni buat dalam bekas lain tau)

Mee Hailam

Bahan-bahan:
½ kilo mee kuning
3 ulas bawang putih, ditumbuk
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar sos tiram
1 sudu teh serbuk pati ayam
2 ½ cawan air
200 gm ayam
6 ekor udang sederhana besar
2 ekor sotong, dipotong bulat
½ batang carrot
1 pokok sawi
5 biji cendawan butang,dipotong dua
4 biji cili padi diketuk
½ sudu teh serbuk lada putih
Garam dan gula secukup rasa


Cara menyediakan:
1.Panaskan minyak.Tumis bawang putih sehingga kekuningan.Masukkan tepung jagung. Kacau sebentar.
2. Kemudian masukkan air,sos tiram dan serbuk pati ayam.
Apabila kuah mendidih,masukkan daging,ayam,udang dan sotong.
3.Kemudian,masukkan garam, gula dan serbuk lada putih secukup rasa.
Apabila sudah empuk,masukkan lobak merah,sawi,cendawan butang dan cili padi.Kacau selama 2 minit.

Mee Kuah Daging



















Bahan-bahan:

Kuah Mee:
1kg tulang dan daging lembu
300g udang basah
1 ketul ubi keledek
4 sudu besar cili kering kisar
1 labu bawang besar,dikisar
1 inci halia,di ketuk
1 cawan serbuk kuah kacang (kuah pecal)

Lain-lain bahan:
2 bungkus mee kuning
1 ikat sawi
2 cawan taugeh
Tahu,digoreng dan potong nipis
Kueh cucur udang,potong kecil-kecil
Telur rebus,dibelah dua
Cili hijau jeruk
Hirisan daun sup dan daun bawang
Bawang goreng
Hirisan limau nipis

Cara menyediakan:
1)Rebus tulang dan daging lembu dengan air yang banyak selama satu jam. Masukkan cili kisar,bawang dan  halia dan rebus lagi.

2)Basuh udang dan rebus (tak perlu buang kepala,kulit dan ekornya). Setelah udang masak toskan airnya dan campurkan kedalam air rebusan tulang tadi.Ketepikan udang.

3)Masukkan ubi keledek yang dipotong kecil-kecil dan rebuslah hingga ubi hancur dan daging benar-benar empuk.Masukkan kuah kacang.Tambahkan garam,gula dan serbuk perisa.

4)Jika anda ingin kuah pekat,tambahkan serbuk kuah kacang.

5)Panaskan air dalam periok hingga mendidih.

Masukkan mee,sawi dan taugeh.
Celur sebentar selama dua minit.
Angkat dan hidangkan dalam mangkuk mee.
Masukkan lain-lain bahan dan tuangkan kuah yang masih panas.


Malaysian Noodles: Char Kway Teow, Wonton Noodles, Mee Pok, Mie Goreng, Ban Mian, Mee Rebus, Mee Siam, Lor Mee, Curry Mee, Duck Soup Noodles

Mee Bandung Muar

Bahan-bahan:

1 kg mee kuning
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan Secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)
½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)

¾ - 1 cawan gula pasir
3 - 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)

Cara membuatnya:

Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
Pijarkan minyak dalam kuali
Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
Masukkan sos tiram
Masukkan udang, daging rebus
Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat

Cara hidangan:

Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak dlm kuantiti yg banyak,so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)
Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
Panaskan dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
Masukkan kedalam mangkuk leper, telur diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.

Hidangkan.

Mee Kuah 3 Rasa









Bahan-bahan:
1kg mee kuning di celur

Bahan Tumis – A
2 tbsp bawang putih kisar
2 tbsp cili kering kisar (cili boh) lebihkan kalo nak pedas
1 biji bawang besar mayam halus
3 @ 4 tbsp minyak masak

Bahan Perasa – B
1 1/2 cawan kicap manis1
1/2 cawan tomato sos
1/2 cawan sos tiram
1 ketul kiub ayam maggi
1 tsp serbuk lada sulah
1/2 tsp gula
Garam secukup rasa
Air 2 liter
1 cwn Stok udang (ambil kulit & kepala udang rebus dgn 1 cawan air, kisar & tapis)

Perencah – C
1 ketul dada ayam potong dadu
10 ekor udang siap kupas & belah 2 (size L )
6 biji bebola daging belah 4
6 biji bebola ikan belah 4
6 filmen stick / crab meat potong serong
5 btg frankftr ayam-ayamas potong serong
10 biji cendawan butang belah 2

Sayur-sayuran - D
Sawi hijau potong mcm biasa
Hiasan bawang goreng & hirisan daun sup dan cili jeruk

Cara-cara membuatnya :-
1. Tumis bahan A hingga terbit minyak atau garing .
2. Masukkan daging ayam, kacau-kacau hingga agak kecut & masukkan bahan perasa B
3. Tambah air 2 ltr & air stok udang. Biar didih.
4. Masukkan udang & perencah C dan yang lain-lain. Didih sekali lagi .
5. Setelah mendidih masukkan sayur-sayuran.Didih kejap sahaja dan matikan api.

Cara hidang
Letak mee yang dah dicelur tu ke dalam mangkuk.
Curahkan kuah yang telah dimasak .
Taburkan bawang goreng @ daun sup & cili jeruk .

Mee Kari








Bahan-Bahan:
300 kg mee kuning
30 gm udang kering & 1 batang serai
2 camca besar cili boh atau cili kering & 1 camca besar serbuk kunyit
1 cawan santan pekat & garam secukup rasa
½ cawan air & ½ ekor ayam 50 gm udang hidup & 30 gm sawi
20 gm tauhu & ½ cawan minyak
5 ulas bawang putih (dimayang halus)
5 ulas bawang merah atau 2 labu bawang besar (dimayang halus)

Cara:

Panaskan minyak, tumiskan udang kering yang sudah ditumbuk bersama bawang merah dan bawang putih.
Masukkan cili boh, serbuk kunyit, ayam, udang, sawi dan tauhu, kacau hingga rata.
Setelah itu masukkan air, santan dan garam dan masaklah hingga sebati dan pekat.
Hidangkan bersama daun pudina dan cili potong.

My Friends,My Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.my-resepi.blogspot.com. Powered by Blogger.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons