Showing posts with label Resepi Sotong. Show all posts
Showing posts with label Resepi Sotong. Show all posts

Sotong Goreng TomYam











Bahan-bahan:
5-6 ekor sotong sederhana besar
1 labu bawang besar - mayang
1 inci halia - mayang
5 biji bawang putih - mayang
3 batang serai - ketuk
daun limau purut
cili api
sos tiram
kunyit & garam
minyak masak

Cara memasak:
Sotong dibersihkan, dipotong ikut suka kemudian diperap
dengan sedikit garam dan kunyit.
Bawang besar, bawang putih halia dan serai ditumis dalam kuali hingga layu dan naik bau.
Masukkan sotong yang diperap tadi.Kacau sekejap,tutup kuali dan perlahankan api.
Setelah dibiarkan selama 3 minit,kacau lagi.
Masukkan daun limau purut,cili api dan sos tiram.
Kacau lagi.Apabila kelihatan agak masak,bolehlah diangkat dan dihidangkan.Kadang2 saya masukkan sayuran seperti tomato & carrot dlm masakan ini.
Dan guna daun bawang utk hiasan.Terpulang pada citarasa masing2.

Nasi Beriani Sotong


Bahan-bahan:
1/2 cawan minyak masak Daisy Blend
1 sudu besar rempah beriani
1 kilogram sotong basah (dicuci bersih)
1 helai daun pandan
4 cawan beras basmati (rendam 1/2 jam)
4 cawan air
1 cawan susu cair
Garam secukup rasa
50 gram kismis kuning
2 labu bawang besar (hiris dan goreng)
2 tangkai daun ketumbar
1 sudu besar pewarna kuning

Bahan Dikisar Halus:
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 sentimeter halia

Cara menyediakan masakan:
1.Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis bahan kisar bersama rempah beriani sehingga garing.
2.Kemudian, masukkan sotong dan biarkan ia masak.Keluarkan sotong dan ketepikan. Biarkan baki rempah di dalam kuali.
3.Masukkan daun pandan dan beras basmati ke dalam kuali tadi. Gaul hingga sebati.
4.Masukkan air dan susu cair. Masak sehingga mendidih. Masukkan garam secukup rasa dan sebatikan.
5.Masukkan kismis kuning, bawang besar yang sudah digoreng, daun ketumbar dan pewarna kuning. Biar kering dan boleh diangkat apabila bahan kelihatan layu.
6.Siap untuk dihidang.(Hidangan untuk enam orang)

Petua: Gunakan periuk kukus untuk mengukus nasi beriani selepas dimasak kering di dalam kuali untuk mendapatkan nasi yang lebih lembut dan tidak berkerak.

Sambal Sotong

Bahan-bahan
1 kg sotong
1 labu bawang besar
1/2 cawan jus asam jawa
3 s/b sos tomato
garam
gula minyak

Bahan kisar
20 biji cili kering
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm belacan

Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga garing dan naik minyak.
2. Masukkan jus asam jawa dan sos tomato. Kacau rata.
3. Masukkan gula dan garam, dan masakkan sehingga naik minyak dan pekat.
4. Masukkan sotong dan bawang besar. Kacau rata.
5. Biarkan sebentar supaya sotong masak dan bawang agak layu. Tutup api.
6. Hidangkan dengan nasi biasa atau nasi lemak.

Sotong Goreng Tepung

Bahan-bahan:
300 gm sotong
1 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 biji telur
sedikit garam
lada sulah

Cara-cara:
1.Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.
2.Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah.
3.Pukul telur setakat nak satukan yg kuning dgn yg putih jer. Masukkan sotong ke dalam telur. Ketepikan
4.Gaul tepung dgn baking powder.Masukkan sotong yg telah digaul dgn telur dalam tepung, salutkan habis sotong dgn tepung.Kalau nak pedas boleh letak sikit serbuk kari dalam tepung.
5.Goreng deep fry sampai kekuningan.
Goreng sotong kejap jer dalam 4-5 minit kalau tak nanti sotong keras and liat pulak.

My Friends,My Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.my-resepi.blogspot.com. Powered by Blogger.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons