Showing posts with label Resepi Agar-agar. Show all posts
Showing posts with label Resepi Agar-agar. Show all posts

Puding Lapis Kacang Merah


Bahan A:
10 gm agar-agar serbuk
600 ml santan
130 gm gula pasir
2 sudu besar krim putar
Pewarna kuningSedikit garam


Bahan B
10 gm agar-agar serbuk
600 ml santan
120 gm gula pasir
3 sudu besar kacang merah - direbus dan dikisar
Sedikit pewarna merah


Cara Menyediakan:
1.Masak bahan A hingga larut dan masukkan ke dalam acuan bersesuaian yang berlubang di tengah. Biarkan hingga hampir beku barulah dituang bahan B.

2.Sebelum dituang ke dalam bahan A,kesemua bahan B hendaklah dimasak hampir pekat.

Sumber

Talam Seri Delima




Bahan-bahan untuk lapisan bawah:


300 ml santan pekat
900 ml air
130 gm tepung beras
50 gm tepung kacang pis
1 cawan gula pasir
6 biji sengkuang cina - dibuang kulit dan dipotong dadu
Sedikit garam


Bahan-bahan untuk lapisan atas:


1 1/4 cawan santan pekat
2 cawan air
2 biji telur gred A
1 cawan gula pasir
1/2 cawan tepung gandum
1/3 cawan tepung jagung
Sedikit pewarna merah
Sedikit garam


Cara menyediakan:


1. Untuk lapisan bawah, masukkan campuran santan bersama air.
2. Masukkan juga gula dan garam ke dalam periuk.
3. Kacau tanpa henti di atas api yang kecil sehingga pekat.
4. Masukkan sengkuang cina dan dikacau hingga rata sebelum dituangkan ke dalam loyang.
5. Ratakan dengan plastik, kemudian kukus selama 10 hingga 15 minit.
6. Untuk lapisan atas, masukkan kesemua bahan, kecuali garam dan gula ke dalam pengisar.
7. Kisar kesemua bahan hingga sebati.
8. Tuangkan ke dalam periuk. Masukkan garam dan gula.
9. Kemudian kacau tanpa henti di atas api kecil sehingga naik wap.
10. Tuangkan ke atas lapisan putih dan kukus selama 10 hingga 15 minit atau sehingga masak.
11. Sejukkan sebelum dipotong untuk dihidangkan.

Sumber Resepi dari SajiOnline  :-)

Agar-agar Cendol
















Bahan-Bahan:
1 peket agar-agar
1 cawan air
4 cawan cendul
1 cawan gula pasir
¾ gula merah 4 biji telur
1 biji santan kelapa (ambil 3 cawan santan)

Cara membuatnya:

Agar-agar direbus bersama 1 cawan air campurkan sekali gula pasir.
Cairkan gula merah bersama sedikit air.
Kemudian campurkan ke dalam santan.
Telur dipukul kemudian campurkan ke dalam santan, kacau rata.
Akhir sekali masukkan santan ke dalam rebusan agar-agar.
Setelah agar mendidih tuangkan ke dalam acuan.
Biarkan sehingga beku.

Agar-agar Pelangi














 

Lapis Transparent:
2 sudu mkn agar-agar powder
1200ml air
200gm gula pasir
Colorings - green is a must & the rest ikut citarasa sendiri

Lapis Santan:
2 sudu mkn agar-agar powder
400ml santan pekat
800ml air
200 gm gula pasir
1/2 sudu teh garam

Cara memasak:
1.Masak semua bahan transparent except colorings hingga hancur
2.Tapis & letak semula atas api kecil/double boiler sehingga lapis santan siap.
3.Masak bahan lapis santan except santan & garam sehingga hancur
4.Setelah hancur, kecil api & masukkan santan & garam & dikacau
5.Tapis & letak semula atas api kecil/double boiler

Cara-cara melapis:

1.Sukat 250ml agar-agar transparent, bubuh pewarna & tuang ke dlm loyang
2.Biar keras seketika sebelum memulakan proses yg sama untuk lapis kedua iaitu lapis santan
3.Buatlah begitu sehingga habis
 

Puding Cendol


















Bahan-bahan:
1/2 paket agar2 (20 gm)
3 gelas air
1 cawan gula
1 cawan susu cair
2 cawan cendul
1 cawan gula merah

Cara menyediakan:
1. Rebuskan agar dengan air sehingga mendidih.
2. Masukkan gula dan biarkan mendidih lagi,tapiskan.
3. Bahagikan adunan pada 3 bahagian.
4. Bahagian 1/3 itu dipanaskan dan masukkan gula merah.
5. Kacau rata dan biarkan mendidih dan tapis.
6. Masukkan sedikit dalam acuan dan biarkan agak keras tetapi jangan keras sangat nanti adunan tidak melekat.
7. 2 bahagian lagi dipanaskan dan masukkan susu cair dan cendul.
8. Kacau rata dan tuangkan perlahan2 atas adunan gula merah dan sejukkan dan hidangkan

Sweet Corn and Cincau Jelly















Ingredients:
•20g agar-agar powder
•150g castor sugar
•1 litre water
•3 pandan leaves, shredded and knotted

Portion (A)
•120g canned sweet corn, cream style

Portion (B)
•50g black jelly (cincau), shredded
•100ml thick coconut milk
•1/4 tsp salt

Method:
Put agar-agar and water in a saucepan, stir to dissolve the agar-agar. Add sugar and pandan leaves and bring to a boil, stirring occasionally.
Discard pandan leaves.
Divide agar-agar mixture into 2 equal portions. Stir in cream style sweet corn to one portion.
Pour one ladleful of the mixture into a wet fluted mould.
Leave aside to set.
To the other portion of boiling agar-agar, add coconut milk and stir well to mix.
Add cincau. When the sweet corn layer has just set, use a fork to lightly scrape the surface and gradually pour in a ladleful of cincau portion.
Leave to set.
Alternate the layers until all the agar-agar mixture have been used up.
Leave to cool to room temperature then chill well in the refrigerator before cutting.

Agar-agar Coklat

Bahan-bahan:
7 g agar-agar (direndam dan ditoskan)
5 cawan air mendidih
1 cawan gula pasir
1 cawan susu sejat 1 camca teh esen vanilla
2 camca sederhana serbuk koko
½ cawan air panas
4 butir putih telur (dipukul hingga kental)

Cara membuatnya:
Masukkan agar-agar ke dalam air mendidih.
Didihkan terus hingga agar-agar itu hancur, sambil mengacaukan selalu.
Masukkan gula dan kacau hingga hancur.
Masukkan susu dan didihkan sambil mengacaunya.
Masukkan pula esen vanilla, kacau hingga rata.
Angkat periuk dari api.
Tapiskan campuran itu dengan kain kasa.
Masukkan bancuhan koko dan kacau hingga rata.
Masukkan pula putih telur,kacau rata-rata dan tuangkan agar-agar ke dalam acuan. Biarkan hingga sejuk, kemudian masukkan ke dalam peti sejuk supaya beku dan sejuk. Hidangkan sejuk bersama sos kastad.

Agar-Agar Gula Melaka


















Bahan A
10/11 gm serbuk agar-agar
150 gm gula melaka + 1 sudu makan gula pasir
870 ml air
2-3 helai daun pandan (simpul)

Bahan B
10/11 gm serbuk agar-agar
150 gm gula pasir
870 ml santan (dari 2 biji kelapa parut putih)
1 sudu teh garam

Bahan C
Loyang berukuran 8"x 8"x 3"
sedikit pewarna cokelat (optional)

Cara-Cara Membuatnya :-
1) Masak Bahan A sehingga mendidih. Masak pula Bahan B sehingga mendidih.
2) Tuang ke dalam loyang sebanyak 200ml agar-agar plain (Bahan A).

Biarkan sebentar sehingga ia hampir keras, baru dituangkan lapisan kedua
iaitu 200ml agar2 dan santan (Bahan B).
Biarkan sehingga lapisan kedua ini hampir keras juga.
3) Kemudian tuangkan lapisan seterusnya berselang-seli, plain dan coklat.

Ulangi melapis sehingga agar-agarnya habis digunakan.
4) Agar-agar yg hendak digunakan itu haruslah berada di atas api yg kecil, supaya ia

senantiasa cair dan mudah bila dibancuh dgn pewarna.
5) Setelah selesai melapisnya, tunggu hingga ia sejuk, barulah didinginkan dalam peti sejuk.

Enak dihidangkan dalam keadaan dingin.

Agar-Agar Kek Coklat

Bahan-Bahan:
1 paket agar-agar 30g
3/4 cawan gula
6 cawan air
1 tudung esen vanila
1 tin susu carnation (bahagikan dua)
secubit garam1/2 tupperware saki baki kek coklat

Cara Membuatnya:
Masakkan agar2 dengan air.
Bila dah larut masukkan gula, masak hingga hancur.
Masukkan separuh susu.
Masukkan esen.
Masak sampai mendidih.
Sementara itu mesinkan baki separuh susu dengan kek coklat.
Keluarkan sebahagian agar2 susu, masukkan dalam acuan separuh. Biarkan sejuk. Bila sejuk lorekkan sediki - tujuan untuk mencantumkan putih dan coklat.
Baki separuh lagi agar2 susu, campurkan dengan campuran 6. (susu dan kek).
Tuangkan separuh lagi bahagian acuan dengan agar2 campuran coklat.
Sejukkan dalam peti ais.

Agar-agar Batik

Agar-agar Batik

Bahan:
1 paket agar agar
1200ml air
1 cawan susu pekat manis
gula merah masak bersama 2 cawan air campurkan gula putih secukup rasa
daun pandan

Cara:
Rebus agar agar hingga hancur bersama daun pandan.
Asingkan suku bahagian ke dalam periuk lain dan campurkan susu.
Biar mendidih sambil dikacau.Tutup api dan tuang dalam acuan 4 segi.Biar beku.
Lebihan agar-agar dicampurkan dengan air gula merah.
Hiris memanjang agar-agar susu tadi dan susun selang seli dalam bekas lain sehingga habis.
Tuang agar-agar gula merah perlahan lahan kedalam susunan agar-agar susu.
Biarkan beku sebelum dihidangkan.

My Friends,My Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.my-resepi.blogspot.com. Powered by Blogger.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons