Mee Kuah 3 Rasa









Bahan-bahan:
1kg mee kuning di celur

Bahan Tumis – A
2 tbsp bawang putih kisar
2 tbsp cili kering kisar (cili boh) lebihkan kalo nak pedas
1 biji bawang besar mayam halus
3 @ 4 tbsp minyak masak

Bahan Perasa – B
1 1/2 cawan kicap manis1
1/2 cawan tomato sos
1/2 cawan sos tiram
1 ketul kiub ayam maggi
1 tsp serbuk lada sulah
1/2 tsp gula
Garam secukup rasa
Air 2 liter
1 cwn Stok udang (ambil kulit & kepala udang rebus dgn 1 cawan air, kisar & tapis)

Perencah – C
1 ketul dada ayam potong dadu
10 ekor udang siap kupas & belah 2 (size L )
6 biji bebola daging belah 4
6 biji bebola ikan belah 4
6 filmen stick / crab meat potong serong
5 btg frankftr ayam-ayamas potong serong
10 biji cendawan butang belah 2

Sayur-sayuran - D
Sawi hijau potong mcm biasa
Hiasan bawang goreng & hirisan daun sup dan cili jeruk

Cara-cara membuatnya :-
1. Tumis bahan A hingga terbit minyak atau garing .
2. Masukkan daging ayam, kacau-kacau hingga agak kecut & masukkan bahan perasa B
3. Tambah air 2 ltr & air stok udang. Biar didih.
4. Masukkan udang & perencah C dan yang lain-lain. Didih sekali lagi .
5. Setelah mendidih masukkan sayur-sayuran.Didih kejap sahaja dan matikan api.

Cara hidang
Letak mee yang dah dicelur tu ke dalam mangkuk.
Curahkan kuah yang telah dimasak .
Taburkan bawang goreng @ daun sup & cili jeruk .

Kerabu Taugeh

Bahan-bahan:
300 g taugeh
1/2 biji kelapa
2 ulas bawang merah
4 biji cila merah
1 biji bawang besar
1 biji asam limau
Udang kering
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya :-
1. Taugeh disiang ekor dan dicelur sehingga masak.
2. Kelapa digoreng tanpa minyak hingga kuning.
3. Cili merah, bawang merah dan udang kering ditumbuk hingga lumat bersama kelapa goreng tadi.
4. Bawang besar dimayang halus.
5. Gaulkan bahan yang telah ditumbuk tadi bersama taugeh serta bawang yang telah dimayang.
6. Kemudian perahkan asam limau serta tambahkan garam dan serbuk perasa.

Kerabu Mangga


Bahan-bahan
1kg mangga
1 batang lobak merah dihiris memanjang
3 tangkai daun ketumbar (ambil daunnya sahaja)
10 ulas bawang merah dihiris
10 tangkai cili padi siam dihiris
50 gm udang kering

Untuk sosnya
2 sudu besar sos nampla
3 sudu besar madu
3 sudu besar jus limau nipis
2 sudu besar stok pekat ayam maggigaram dan gula secukup rasa

Cara-cara nembuat:
1. Dalam bekas bancuhan salad, gaul sebati bahan sos.
2. Masukkan bahan-bahan yang lain gaul dengan ratanya.
3. Pastikan rasanya secukupnya.

Kerabu Kaki Ayam

Bahan-Bahan
200 gm kaki ayam
5 ulas bawang merah hiris halus
2 batang serai-hiris halus
1 tangkai bunga kantan hiris halus
½ cawan perahan limau nipis
5 tangkai cili api hiris nipis
5 tangkai cili merah
1 sudu besar sos ikan
1 pokok daun ketumbar hiris kasar
Garam dan Gula

Cara membuatnya :-
Rebus kaki ayam beserta sedikit garam hingga lembut.
Buangkan tulangnya dan hiris kasar.
Masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk dan gaul sebati.
Sejukkan dalam peti sejuk sebentar sebelum dihidang

Kuah Kacang/Satay

Bahan-bahan
5 cawan kacang tanah, goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar
15 tangkai cili kering, direbus dan bersihkan
10 ulas bawang merah, hiris kasar
5 ulas bawang putih, ketuk dengan pisau
1 inci lengkuas, hiris kasar
5 batang serai
Setengah cawan minyak masak
2-3 sudu teh garam
1 inci persegi belacan Melaka, dibakar
1 cawan gula merah (atau gula pasir)
Air , cukup untuk kepekatan yang dikehendaki
Optional - sotong rendam yang dipotong kecil/sotong kering yang dah direndam dan dipotong kecil/daging yang disiat - anggaran 2 cawan. -
asam gelugor (5-6 keping)

Cara Membuatnya :-
Blend bahan-bahan no. 2, 3, 4, 5 & 9.
Panaskan minyak dalam kuali yang tebal dan agak dalam
Tumiskan bahan yang dah di blend, kacau selalu, goreng hingga garing.
Masukkan air dan serai, kacau, biar sampai menggelegak
Masukkan kacang dan gaul rata.
Masukkan sotong(kalau guna) dan asam gelugor (jika guna)
Kecilkan api dan biar masak hingga keluar minyak.
Masukkan daging siat (kalau guna)
Masukkan gula, kacau rata dan biarkan lagi atas api selama lebih kurang 15 minit.
Adjust rasa garam dan gulanya.
Sejukkan sebelum menghidang.

Kek Batik Sarawak

Bahan-bahan ( untuk 3 loaf tin )
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan milo
1 suduteh serbuk kopi
1 cawan air panas
1 tin susu pekat manis
1 tin susu sejat (bukan susu cair)
250g mentega
1 1/2 paket biskut Marie (berperisa biasa atau kopi atau kedua-duanya sekali)
1 1/2 cawan nestum

Cara-cara membuatnya :-
1). Cairkan mentega dalam periuk. Jangan biarkannya bertukar warna ke coklat atau terbakar. Padamkan api.
2). Masukkan serbuk koko, milo, kopi, air panas, susu pekat manis dan susu sejat. Gaul sehingga sebati.
3). Campurkan nestum dan buka api sehingga ia mendidih.
4). Biarkan ia menyejuk. Sementara itu, patah-patahkan biskut marie menjadi kepingan besar.
5). Masukkan biskut marie ke dlm campuran di atas dan gaul. Tapi jangan terlalu kuat sampai biskut tu pecah-pecah.
6). Lapik tin dengan plastic (clingfilm) dan masukkan campuran tadi kedalamnya. Mampatkan dengan sudu.
7). Letakkan dalam peti sejuk (bukan freezer) selama beberapa jam. Lagi lama lagi bagus. Setelah ia mengeras, potong dan hidangkan

My Friends,My Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.my-resepi.blogspot.com. Powered by Blogger.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons