Resepi Kuih Lapis Pelangi

Kuih Lapis Pelangi



Bahan-bahan :

2 cawan tepung beras

1 cawan tepung gandum

1 cawan gula

5 cawan santan


Cara-cara membuatnya :

1. Campurkan semua, blander bahagi dua adunan. Letak pewarna yang kita suka.

2. Masukkan garam secukup rasa untuk rasa lemak.

3. Kukus 1 lapisan dalam masa 10 minit.

Perlu sukat utk bagi sama rata saiz lapisan. Gunakan senduk yg sama.


Kerepek Popia Pedas

Kerepek Popia Pedas

Ranggup, Manis dan Pedas
Homemade : HALAL
Rasa sekali pasti nak lagi!


600grams/balang
Harga : RM18.00
--------------------------250grams/balang
Harga : RM10.00

Lokasi : Tasik Biru Kundang / Kuang / Sg Buloh / Petaling Jaya / Subang Jaya (tempat-tempat lain,wasap dahulu)
Penghantaran percuma untuk pembelian 5 balang ke atas.

Untuk tempahan sila Whatsapp ke 018-326 5832 /017-603 2293

Boleh follow di Instagram kerepek_popia_pedas




Kek Marble

Kek Marble Gebu

Bahan-bahan:

    8 oz mentega
    6 oz tepung gandum
    6 oz gula castor
    5 biji telur
    3 sudu besar susu pekat
    1 sudu teh baking powder
    1 sudu teh esen vanilla
    1 sudu makan ovalette
    3-4 sudu makan serbuk koko yang sudah diayak
    Tepung diayak bersama baking powder.

Cara membuatnya :

  •     Masukkan mentega, susu dan esen vanilla dalam satu bekas dan pukul sampai kembang.
  •     Di dalam bekas lain, pukul putih telur sampai ringan lalu masukkan gula sedikit-sedikit sampai adunan rata.
  •     Masukkan telur kuning ke dalam bekas tu sebiji-sebiji dan pukul hingga rata.
  •     Masukkan Ovalette ke dalam adunan mentega dan pukul lagi sampai rata.
  •     Lepas tu, masukkan sedikit-sedikit tepung yang sudah diayak ke dalam adunan mentega dan gaul dengan satu arah.
  •     Bila sudah rata, bahagikan adunan ke beberapa bahagian dan masukkan serbuk koko.
  •     Masukkan adunan ke dalam loyang 8 in persegi secara selang seli dimula dengan adunan asal.
  •     Masukkan ke oven dan bakar pada suhu 180 derajat celcius selama 45 minit sampai masak. Bila suhu oven tak sampai, boleh bakar dengan suhu 170 derajat celcius selama 50 menit. Atur-atur sorang lah sesuau dengan oven masing-masing.
  •     Angkat loyang dari oven dan biarkan sekejap hingga sejuk.
  •     Alihkan kek ke atas piring pelan-pelan, jangan sampai hancur.
  •     Kek marble siap dihidangkan.

AYAM GORENG BEREMPAH

Resepi Ayam Goreng Berempah
 
Bahan-bahan:
1 ekor ayam ~ potong kecil, bersih dan toskan
5 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
5 batang serai
1 sudu besar ketumbar
1 sb jintan manis
1 sb jintan putih
**ditumbuk/kisar kering

1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1-2 tangkai daun kari
Garam
Minyak untuk menggoreng.

Cara cara:

Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan bahan yang telah dikisar/ditumbuk dan daun kari, lalu diperap.
Perap selama 30 minit.Jika diperap semalaman pun boleh.
Dah ready untuk menggoreng.

BISKUT COKLAT ALMOND SQUARE

BISKUT COKLAT ALMOND SQUARE
=============================

BAHAN-BAHAN

Bahan A
-220 gram mentega
-210 gram gula kastor
-100 shortening
-1 sudu teh ising vanila

Bahan B
-350 gram tepung gandum
-135 gram tepung beras
-25 gram serbuk koko
90 gram badam kisar
-1 sudu teh emplex

-Coklat ball dan coklat masakan untuk hiasan

Cara membuatnya :

1.Campurkan semua bahan A dan pukul hingga sebati.
2.Masukkan pula kesemua bahan B dan pukul sehingga menjadi adunan.
3.Canai dan terapkan dengan acuan empat segi.
4.Bakar pada suhu 150 darjah celsius, selama 25 minit. Sejukkan seketika.
5.Lorekkan dengan coklat masakan serta tabur coklat ball di atasnya.
6.Simpan dalam bekas kedap udara.

Kandungan untuk 20 biji coklat almond square

BISKUT SARANG SEMUT

BISKUT SARANG SEMUT

Bahan-bahan:

150gm mentega
50gm gula aising
1 sudu teh esen vanila
150gm tepung gandum
100gm tepung kastard
30gm tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
Paper cup secukupnya
Chocolate rice - hiasan

Cara membuatnya:

1. Satukan tepung, tepung kastard, tepung jagung dan baking powder. Ayak
2. Pukul mentega, gula dan esen vanila hingga sebati. Masukkan campuran tepung dan uli menjadi doh.
3. Masukkan ke dalam acuan berlubang (alat penekan ubi kentang), dan tekan doh keluar atau menggunakan pemarut.
4. Ambil doh menggunakan garpu dan masukkan ke dalam acuan kertas. Tabur chocolate rice dan manik hundred thousand.
5. Bakar di dalam oven yang dipanaskan dahulu pada suhu 160c selama 20-25 minit.

Sumber :Facebook
Kredit kepada pemberi resepi.

My Friends,My Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.my-resepi.blogspot.com. Powered by Blogger.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons