Kuih Seri Muka


Resepi Kuih Seri Muka


Bahan² lapisan bawah:

500gram beras pulut
300gram air
180gram santan pekat
3/4 sudu besar garam
4 sudu besar minyak

Cara² membuat lapisan bawah:

Basuh beras pulut terlebih dahulu.
Campur semua bahan² lapisan bawah ke dlm loyang dan kacau hingga sama rata dgn sudu.
Masukkan kedalam periuk pengukus.Kukus selama 30 minit dgn api yg kecil.
Balut tudung pengukus bagi mengelakkan air menitis ke dlm loyang.

Bahan² lapisan atas:

150gram tepung gandum
4 sudu besar tepung ubi
4 biji telur
450 gram santan pekat
350gram air
garam
pewarna hijau

Cara² membuatnya:

Campur kesemua bahan² lapisan atas kedlam bekas.Pukul sehingga gula hancur dan sebati.

Letakkan pewarna sedikit demi sedikit,sehingga warnanya menarik.Boleh gunakan pes pandan utk lebih menarik.

Apabila lapisan bawah (pulut) masak,keluarkan loyang dan tekan dgn belakang sudu atau senduk sehingga ia mampat dan padat.

Tuang adunan lapisan atas ke dlam loyang yg berisi pulut yg telah dipadatkan.
Kemudian kukus sekali lagi dalam masa 1 jam.

Selepas 1 jam masak,boleh keluarkan dari pengukus.Seri Muka yg baru dimasak akan kelihatan seperti lembik dan berair.Biarkan sejuk seketika.

Dah siap untuk dimakan.Selamat mencuba!

Jualan Hari Raya 2012:Kuih Siput







Jualan Hari Raya 2012,Kuih Siput resepi utara.
Dijadikan jamuan untuk hari raya atau sebarang majlis.Juga sesuai dijadikan 'snek' ketika menonton tv bersama keluarga.

Harga untuk satu balang hanya RM10.00 (500gram) dan RM18.00 (1kg).Tidak termasuk kos penghantaran.

Untuk tempahan boleh hubungi ZaiFa Shoppe di talian 018-326 5832 /018- 399 5376 (SMS) ataupun emailkan ke

Lokasi penghantaran sekitar Sungai Buloh & Petaling Jaya,Selangor.
Penghantaran melalui Poslaju disediakan.

Resepi Raya:Biskut Arab

Resepi Biskut Arab


Bahan-bahan ( 100 biji )

Minyak sapi 500 g
tepung gandum 1 kg
gula halus 200 g
Sedikit ceri untuk hiasan
Papercup

Cara-caranya:

1.Ramas minyak sapi bersama tepung gandum sehingga menjadi doh.
2.Uli doh bulat- bulat dan goyangkan dalam bekas gula halus.
3.Kemudian ambil doh tersebut dan masukkan dalam papercup dan hias  dengan ceri diatasnya.
4.Akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 20 minit.

Biskut Cornflakes Madu


Bahan-bahan :2 kotak kellogs cornflakes
1 1/2 cawan madu
1 cawan butter
Sedikit gula - jika perlu
Sedikit bijan

Sedikit ceri
Paper cup

Cara² membuatnya :
Panaskan butter.
Masukkan madu dan gula.
Kacau perlahan hingga gula larut.
Masukkan conflakes ke dalam bekas.
Kacau bahan-bahan yang dimasak ke dalam cornflakes.
Masukkan consflakes yang telah sebati ke dalam paper cup.
Tabur bijan dan ceri ke atas cornflakes.
Bakar dalam masa 2-3 minit.

Jualan Hari Raya:Kerepek Popia Pedas





Jualan Hari Raya 2012,Kerepek Popia Pedas bersira,resepi ZaiFa.
Dijadikan jamuan untuk hari raya atau sebarang majlis.Juga sesuai dijadikan 'snek' ketika menonton tv bersama keluarga.

Harga untuk satu balang hanya RM10.00 sahaja.Tidak termasuk kos penghantaran.Ianya juga boleh ditempah dalam kuantiti 1kg.

Untuk tempahan boleh hubungi ZaiFa Shoppe di talian 018-326 5832 /018- 399 5376 ataupun emailkan ke

Lokasi penghantaran sekitar Sungai Buloh & Petaling Jaya,Selangor.

Tempeyek Ranggup























Bahan-bahan:

2 cawan tepung beras
100 gm kacang tanah
Sesudu teh jintan putih
Sesudu teh jintan manis
Sesudu teh ketumbar
2 cawan santan
Sesudu teh kapur makan
2 sudu teh gula
Sesudu teh garam
60 gm ikan bilis
Minyak untuk menggoreng


Cara menyediakan:

1.Bersihkan dan toskan kacang tanah.
Bancuh tepung beras dan masukkan semua bahan.
2.Panaskan minyak atas api yang sederhana besar.
Dengan menggunakan acuan tuangkan adunan tadi ke atasnya
dan taburkan beberapa biji kacang tanah dan ikan bilis.
3.Apabila agak keperangan, angkat dan toskan.
 Siap!
Selamat mencuba.Resepi mudah utk jamuan hariraya

My Friends,My Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.my-resepi.blogspot.com. Powered by Blogger.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons