4 Sumber Makanan Elak Perut Buncit

Perut yang buncit pastinya akan menjejaskan penampilan dan mengurangkan keyakinan
diri tidak kira samada lelaki ataupun perempuan. Malah, beberapa jenis penyakit
juga mungkin dihidapi akibat memiliki banyak lemak pada bahagian perut. Oleh itu,
kita disarankan untuk mengambil makanan mengikut pola pemakanan yang sihat dan
diet rendah lemak agar dapat mengecilkan perut yang terlalu gemuk. Berikut
beberapa jenis makanan yang dapat membantu kita mengempiskan perut sekaligus
mengurangi ukuran pinggang kita.

Serat
Makanan yang kaya dengan kandungan serat seperti bijirin dan biji gandum dapat
membantu mengecilkan perut kita. Hal ini kerana makanan yang mengandungi serat
boleh membuat perut berasa cepat kenyang berbanding dengan makanan yang kurang
mengandungi serat. Disebabkan makanan berserat memerlukan waktu yang lama untuk
dicerna, ia boleh membantu kita berasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama
sekaligus mengelakkan perut menjadi buncit.

Protein

Protein mempunyai fungsi yang setara pentingnya dengan serat iaitu dapat menahan
rasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama. Hal ini disebabkan makanan berprotein
memerlukan kalori yang lebih banyak untuk menjalankan proses pencernaan
berbanding sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan berprotien adalah seperti
telur, ikan, daging dan kekacang. Namun, berhati-hati apabila menikmati kekacang
kerana kacang yang digoreng mengandungi lemak jauh lebih banyak, manakala kacang
panggang pula mengandungi banyak gula.

Enzim

Enzim adalah molekul protein bertenaga yang penting untuk mencernakan makanan
yang dimakan dan membebaskan nutrien di dalamnya. Makanan yang kaya dengan enzim
seperti betik dan nenas juga dapat membantu melancarkan proses pencernaan. Selain
itu, semua makanan yang mengandungi enzim sayur dan buah mentah memberikan
peluang kepada hati dan pankreas untuk mengeluarkan racun dari dalam tubuh serta
mengubah lemak pada perut yang menjadi sumber tenaga kepada tubuh.

Lemak Sihat

Makanan berlemak tidak selalunya menjadi punca buncit pada perut. Ia sebenarnya
bergantung kepada jenis lemak yang kita makan. Lemak tak tepu sebenarnya dapat
membantu meningkatkan metabolisme tubuh dan mengubah lemak pada perut menjadi
tenaga.

Lemak baik boleh didapati dari beberapa jenis makanan seperti avokado dan minyak
zaitun. Bukan sahaja mampu membakar lemak, malah minyak zaitun juga boleh
membantu menjaga kadar kolesterol dalam tubuh. Selain itu, ada juga badam yang
bukan hanya kaya dengan lemak tepu tetapi turut mengandungi protein untuk memberi
kesan pembakaran lemak sinergi dan membantu menahan rasa lapar. Seeloknya elakkan
pengambilan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi kerana secara semulajadi
pengambilan lemak sudah sedia ada di dalam kekacang atau biji-bijian.

Kek Karamel


Bahan-bahan:
(A)- 2 sudu besar gula (utk buat gula hangus)


(B) - Bahagian atas
1/2 tin susu cair(boleh tambah kalau nak karamel tebal)
70gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 biji kuning telur


(C) - Lapisan Kek
140gm tepung gandum
70gm gula kastor
3 biji kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder
45ml minyak masak


(D)- Merinque
6 biji putih telur
70gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar


Cara membuatnya:
1.Kacau semua bahan (B) perlahan².
2.Masukkan bahan (B)ke dalam loyang gula hangus tadi.
3.Pukul bahan (C)
4.Pukul sampai bahan (D) sampai jadi kembang.
5.Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul hingga sebati.
6.Bahagikan kepada beberapa bahagian.Letakkan pewarna ikut citarasa.
7.Masukkan kedalam loyang.
8.Bakar cara double boiling - selama 1jam suhu 160-180C
9.Bila masak angkat dan biarkan 10 minit.Kemudian terbalikkannya.
10.Dah siap.Masukkan kedalam peti sejuk.Kek Karamel sedap dimakan sejuk².


Untuk Tempahan klik  DISINI

Kuah Rojak Buah





















Bahan-bahan:
Cili padi segenggam(ikut citarasa,kalau mau pedas,letak banyak)
1kg gula perang
1 botol kicap pekat masin(saiz kecil)
1 botol sos cili(saiz kecil)
1 cawan cuka
Sedikit belacan (sebesar 2 ibu jari)
Segelas air
Kacang yg telah digoreng & ditumbuk halus
Bijan


Cara membuatnya:
1.Kisar cili api bersama kicap dan cuka
2.Bahan2 yg dikisar tadi,masukkan ke dalam periuk.
Masukkan sos cili,gula perang dan air.Panaskan diatas api yg kecil.
Sentiasa kacau sehingga pekat.
3.Bila sudah pekat,matikan api.Masukkan kacang tumbuk beserta bijan utk menyedapkan rasa.
4.Dah siap utk dimakan bersama buah-buahan.
Selamat mencuba!

Tripple Muffin Coklat

Bahan-bahan:
1) butter (110gm )
2) susu segar (200ml )
3) telur (1 biji )
4) esen vanila ( 1 tsp )
5) tepung gandum ( 150gm )
6) coco powder (35gm )
7) baking powder ( 1tsp )
8) soda bikarbonat ( 1/2tsp )
9) coklat masakan ( 60gm)
10) gula perang (100gm )
11) coklat chips (½ cawan )
12) Coklat chip hitam putih untuk hiasan (secukupnya)


Cara membuatnya:
1. Campurkan tepung, baking powder, soda bikarbonat dan coco powder. Ayakkan.
2. Satukan susu segar dan coklat masakan. Cairkan atas double boiler.
3. Cairkan butter
4. Kocok telur dan gula, masukkan esen vanila
5. Masukkan bahan no 2 dan no 3
6.Masukkan coklat chips
7. Masukkan ke dalam bekas muffin dan baker selama 30minit pada suhu 180 darjah


Rujukan:Online Cooking

Epal Kasturi Asam Boi

Bahan²
1) Epal - dipotong empat (4 biji)
2) Serbuk Asam Boi (2 sudu besar)
3) Asam Boi (4 biji)
4) Limau Kasturi - dipotong dua (2 biji)
5) Gula (1 sudu besar)
6) Air (2 liter)
7) Ais (sedikit)

Cara menyedikannya:
Kisar hancur buah epal.
Apabila siap, toskan airnya.
Curahkan ke dalam bekas berlainan. Masukkan gula dan serbuk asam boi.
Perasakannya dengan curahan air limau dan kemudian masukkan ketulan asam boi. Kacau sebati.
Masukkan beberapa ketulan ais dan hidang.

Ayam Halia


Bahan-bahan
1) ayam (peha), dibuang kulit & lemak ( 600 g (5 ketul) )
2) asam jawa, diperah dengan 1/2 cawan air (10 g (1 sudu makan) )
3) serbuk kunyit ( 5 g (1 sudu teh) )
4) lada sulah (5 g (1 sudu teh) )
5) garam (3 g (1/2 sudu teh) )

Dikisar
1) halia ( 30 g (6 sm) )
2) bawang putih (30 g (6 ulas) )
3) bawang besar ( 125 g (2 biji saiz sederhana) )

Bahan hiasan
1) bawang besar, dipotong bulat (2 sederhana )
2) halia, dihiris nipis (10 g (2 sm) )
3) lobak merah, dipotong panjang (1 batang)
4) cili merah, dipotong panjang (1 biji)
5) cili hijau, dipotong panjang (1 biji)

Cara memasak
1. Perap ayam dengan bahan yang telah dikisar, serbuk kunyit, halia dan lada sulah selama 15 minit.
2. Kemudian masukkan kesemua bahan tersebut ke dalam periuk yang bertutup dan masak selama 20 minit dengan api yang sederhana.
3. Masukkan air asam jawa dan masak sehingga pekat.
4. Hias dan hidangkan.

Rujukan

My Friends,My Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.my-resepi.blogspot.com. Powered by Blogger.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons