Sup Cendawan


(Resipi ini menggunakan ketuhar gelombang mikro)
Bahan-bahan:
250 gm cendawan tiram - dikisar
250 ml susu rendah lemak
100 gm tepung gandum - dicampur sedikit air menjadi pes
3 sudu besar minyak jagung
1 labu bawang besar - dikisar
1/2 sudu besar lada sulah
1/2 sudu teh garam

Cara Menyediakan:
1. Campurkan minyak, bawang dan cendaran di dalam kaserol, biarkan 1 1/2 minit (medium high).
2. Masukkan pes tepung, susu dan lada sulah, kacau hingga rata dan tidak berketul-ketul. Masak kembali dalam ketuhar gelombang mikro selama 5 minit (medium high).


Info Sihat-Istimewanya Epal Hijau

Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.


Epal hijau boleh membantu mencegah:

•Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
•Mengurangkan risiko penyakit jantung.
•Membantu kesihatan membran paru-paru.
•Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
•Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
•Membantu mengekalkan berat badan.
•Mengurangkan tekanan penyakit asma.
•Mengurangkan risiko barah.

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

Span Cheese Cake



















Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung kek
1 cawan gula
1/2 cawan susu segar
3 keping cheese cheedar(kraf)
5 biji telur
1 sudu besar ovallate
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanilla
3/4 cawan minyak

Cara membuatnya:
Masakkan susu ngan cheese sampai larut ~api jgn besar sangat.
Dah larut cheese,ketepikan.
Pukul kesemua bahan untuk buat kek kecuali minyak.Pukul sampai betul2 gebu.
Masukkan susu dengan cheese tadi pukul lagi
Kemudian masukkan minyak
Pukul lagi 3minit
Panaskan oven 170c bakar selama 45minit atau sampai masak.

Untuk Ising
1 cawan krim well
1 cawan shortening
1 sudu kecil esen vanilla
3/4 tin susu pekat manis
sedikit filling blueberry dengan buahnyer~hias mengikut citarasa.
Selamat mencuba.

Muffin Pandan Choc Chips


















Bahan-bahan:
2 biji telur
3/4 cawan gula kastor
1 cawan minyak
1 cawan susu cair
1 3/4 cawan tepung
1/2 cawan oats
2 sudu kecil baking powder
1/2 cawan choc chips
sedikit almond flakes

Cara membuatnya:
1.Pukul telur dengan gula
2.Masukkan minyak dan susu
3.Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder
4.Masukkan oats dan choc chips
5.Taburkan almond flakes
6.Bakar pada suhu 180 c selama 30 minit

*Resepi ini dikongsi dari Blog Puan Linda<<<klik sini
*Credit untuk beliau yg sudi berkongsi resepi ini.

Buah Rotan



















Bahan-bahan:
4 sudu besar gula
1 bungkus tepung pulut
5 biji telur
½ biji santan kelapa
bijan secukupnya
1 cawan air


Cara penyediaan pertama:
Tepung pulut digaul dengan telur.
Masukkan santan dan uli hingga sebati.
Apabila sudah sederhana lembut,bulat-bulatkan sebesar guli.
Golek-golek atas bijan.
Goreng hingga kekuningan

Cara penyediaan kedua:
1.Masukkan tepung dan gula ke dalam mangkuk,buat lubang di tengah kemudian letak air,
telur (dipukul terlebih dahulu) dan pati santan sekit demi sedikit dan kacau.
Setelah dicampurkan semua,uli sehingga sebati dan lembut.
2.Ambil doh yang dah siap tadi,uli kecil-kecil kemudian letak bijan.
Semasa menguli,uli sekali dengan bijan.Bijan akan melekat pada tepung.
3.Ulangi sehingga habis.Goreng sehingga kekuningan pada api yang sederhana panas

p/s:Disertakan dgn pelbagai cara penyediaan,supaya mudah difahami.

Blueberry Muffin















Bahan-bahan:
(Untuk 25 biji muffin)

2 cawan tepung gandum*
2 sudu teh baking powder*
1 cawan gula kastor
2 biji telur
1 cawan susu (dutch lady full cream)
1/2 cawan minyak sayuran
1/2 cawan oat
blueberry filling secukupnya

Cara membuatnya:
1.Ayak bahan bertanda *
2.Satukan gula,telur,susu dan minyak dan whisk hingga sebati
3.Masukkan tepung,kacau sebati
4.Masukkan oat dan kacau lagi biar sebati
5.Sudukan dalam muffin cup,letak blueberry dan sudukan sedikit lagi adunan muffin biar menutupi blueberry
6.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 celcius lebih kurang 35 minit.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ini adalah resepi Muffin dari Blog Puan Linda.Sedap2 muffin & kek yg dibuat oleh Puan Linda.
Beliau juga menerima tempahan sekitar Lembah Klang.Lawati blog beliau untuk segala jenis kek yg sedap.Ni laman blog Puan Linda Baking + Cooking

Kepada sesiapa yg berminat untuk membuat pesanan,boleh email atau call Puan Linda
Email - linmustaffa@yahoo.com
Handphone - 0174720424

p/s:Linda,abang dah promote blog Linda ni...nanti belanja cup cake yerrr..hehehe

My Friends,My Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.my-resepi.blogspot.com. Powered by Blogger.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons