Agar-agar Pelangi














 

Lapis Transparent:
2 sudu mkn agar-agar powder
1200ml air
200gm gula pasir
Colorings - green is a must & the rest ikut citarasa sendiri

Lapis Santan:
2 sudu mkn agar-agar powder
400ml santan pekat
800ml air
200 gm gula pasir
1/2 sudu teh garam

Cara memasak:
1.Masak semua bahan transparent except colorings hingga hancur
2.Tapis & letak semula atas api kecil/double boiler sehingga lapis santan siap.
3.Masak bahan lapis santan except santan & garam sehingga hancur
4.Setelah hancur, kecil api & masukkan santan & garam & dikacau
5.Tapis & letak semula atas api kecil/double boiler

Cara-cara melapis:

1.Sukat 250ml agar-agar transparent, bubuh pewarna & tuang ke dlm loyang
2.Biar keras seketika sebelum memulakan proses yg sama untuk lapis kedua iaitu lapis santan
3.Buatlah begitu sehingga habis
 

Sirap Bandung Bersoda

Bahan-bahan:
2 gelas air
2 sudu kecil sirap ros
4 sudu besar susu penuh krim
1/2 cawan aiskrim soda
Sedikit selasih direndam
Ketulan ais secukupnya


Cara Menyediakan:
Bancuhkan air berserta sirap ros,kacau sehingga rata.
Kemudian masukkan susu serta aiskrim soda,seterusnya masukkan selasih.
Sejukkan minuman dengan ketulan ais.

Kuah Rojak S'pore















Bahan-bahan:
450 gm keledek-direbus empuk
2.5 liter air
2 sudu mkn serbuk cili
3 sudu mkn gula merah + gula pasir (ikut citarasa masing2)
1/2 sudu mkn asam jawa + 2 sudu mkn air (pekat)
2-3 sudu mkn kacang tanah-digoreng & dikisar halus (guna sikit utk dptkan rasa)
Sedikit bijan goreng tanpa minyak

Cara membuat:
1.Kisar keledek dengan air rebusan keledek tadi hingga halus.
2.Serbuk cili direbus dengan sedikit air didlm mangkuk yg berasingan sehingga sebati.
masukkan keledek yg telah dikisar dan dimasukkan di dalam mangkuk dan tuangkan cili serbuk yg
telah di rebus tadi ke dlm mangkuk keledek dan masak dgn api yg perlahan.
3.Selepas tu masukkan gula merah dan air asam jawa yg pekat.
4.Kalau ada jem nenas bolehlah diletak sikit utk tambahkan pekat kalau tak ada bolehlah.
ditambahkan gula.
5.Masukkan sedikit pewarna merah utk menaikkan warna.
6.Kalau kuah dah pekat masukkan kacang tanah yg telah dikisar (letak sikit utk dptkan rasa).
7.Akhir sekali bolehlah dimasukkan bijan goreng dan dikacau sehingga sebati.

Bahan Sampingan:


Sengkuang
Timun
Tauhu goreng
Kentang,direbus,dihiris,digoreng keperangan
Telur,direbus,dihiris

Popia Daging Segera





















Bahan-bahannya:
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 inci halia
2 ulas bawang besar
1 peket daging cincang
Sayur campur
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
1 sudu makan cili kering
1 sudu sos cili
1 ½ sudu makan sos tomato
1 ½ sudu makan sos tiram
Kulit popia


Cara membuatnya :-
1.Tumis bawang dan halia sampai wangi
2.Masukkan cili kering, sedikit air dan sos
3.Masukkan daging cincang,sayur campur,lada sulah,bawang besar,garam dan serbuk perasa. Tumis sehingga kering.
4.Ambil kulit popia dan balut dgn inti daging.

Boleh di simpan di dlm peti sejuk..Kalau nak makan,boleh terus goreng.
Sedap dicicah dengan sos.
Selamat mencuba ;)

Selamat Hari Raya Aidiladha


Selamat HariRaya Aidiladha buat semua pengunjung blog ini.Semoga anda semua dirahmati oleh Allah swt.Kalau memandu pulang ke kampung,pandulah dengan berhati-hati.Ingat keluarga tersayang.

Kek Koko Moisture Hitam Manis

Bahan-bahan:
2 biji telur ayam
1 cawan susu pekat
1 cawan gula
1 cawan minyak jagung
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 camca teh serbuk penaik
1 cawan air suam

Cara membuatnya:
1.Masukkan telur,susu pekat,gula dan minyak jagung
ke dalam pengisar selama 15 minit.
2.Kacau perlahan tepung gandum,serbuk koko dan serbuk
penaik sehingga sebati.
3.Masukkan air suam dan bahan yg dikisar tadi,
kemudian kacau lagi sehingga rata.
4.Masukkan ke dalam mangkuk kecil dan kukus selama 25 minit.


TIP:Gunakan air suam kala membancuh kek yg dikukus supaya
kek tidak bantat.Air sejuk akan menyebabkan bancuhan pekat
sehinggan akhirnya kek menjadi bantat.

My Friends,My Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.my-resepi.blogspot.com. Powered by Blogger.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons