Popia Daging Segera





















Bahan-bahannya:
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 inci halia
2 ulas bawang besar
1 peket daging cincang
Sayur campur
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
1 sudu makan cili kering
1 sudu sos cili
1 ½ sudu makan sos tomato
1 ½ sudu makan sos tiram
Kulit popia


Cara membuatnya :-
1.Tumis bawang dan halia sampai wangi
2.Masukkan cili kering, sedikit air dan sos
3.Masukkan daging cincang,sayur campur,lada sulah,bawang besar,garam dan serbuk perasa. Tumis sehingga kering.
4.Ambil kulit popia dan balut dgn inti daging.

Boleh di simpan di dlm peti sejuk..Kalau nak makan,boleh terus goreng.
Sedap dicicah dengan sos.
Selamat mencuba ;)

Selamat Hari Raya Aidiladha


Selamat HariRaya Aidiladha buat semua pengunjung blog ini.Semoga anda semua dirahmati oleh Allah swt.Kalau memandu pulang ke kampung,pandulah dengan berhati-hati.Ingat keluarga tersayang.

Kek Koko Moisture Hitam Manis

Bahan-bahan:
2 biji telur ayam
1 cawan susu pekat
1 cawan gula
1 cawan minyak jagung
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 camca teh serbuk penaik
1 cawan air suam

Cara membuatnya:
1.Masukkan telur,susu pekat,gula dan minyak jagung
ke dalam pengisar selama 15 minit.
2.Kacau perlahan tepung gandum,serbuk koko dan serbuk
penaik sehingga sebati.
3.Masukkan air suam dan bahan yg dikisar tadi,
kemudian kacau lagi sehingga rata.
4.Masukkan ke dalam mangkuk kecil dan kukus selama 25 minit.


TIP:Gunakan air suam kala membancuh kek yg dikukus supaya
kek tidak bantat.Air sejuk akan menyebabkan bancuhan pekat
sehinggan akhirnya kek menjadi bantat.

Tauhu Sambal

















Bahan-bahan:
2-3 keping tauhu - goreng dan potong dadu
1 senduk cili kisar
3 biji bwg merah dikisar
2 ulas bwg putih dikisar
Sejemput udang kering - bleh ganti ikan bilis dikisar
1 biji bwg besar - hiris
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
Gula dan garam secukup rasa


Cara menyediakan:
1.Panaskan minyak,tumis bhn tumbuk dan juga cili kisar hingga pecah minyak dan cili masak.Masukkan bawang besar.
2.Masukkan pula sos tomato,sos cili,dan juga kicap manis.Masukkan air sedikit.Kacau.
3.Masukkan tauhu,gula@madu dan juga garam secukup rasa.Gaul sebati.
4.Angkat dan hidangkan dengan menaburkan daun bawang.

Ketam Bercili


Bahan-bahan:
6 ekor ketam
3 ulas bawang putih dikisar
15 tangkai cili kering dikisar
3 sudu besar sos cili
1/2 sudu besar sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit daun sup/bawang


Cara menyediakan:
1.Rebus atau kukus ketam hingga kulitnya bertukar warna kemerah-merahan.
2.Selepas itu,kopek kulitnya dan bersihkan.Sepit ketam pula harus diketuk agar isinya mudah dimakan.Ketepikan.
3.Tumis bawang putih yang telah dikisar hingga naik bau.Baru masukkan cili kering dan tumis hingga garing.
4.Kemudian masukkan pula sos cili dan sos tomato.Gaul rata.
5.Bila sudah agak garing,masukkan garam dan gula secukup rasa.
6.Kemudian,masukkan 1/2 cawan air bersama ketam.Masukan daun sup/bawang dan gaul rata.
7.Sedia untuk dihidangkan

Muruku


Bahan-bahannya:
Bahan A
1 bungkus tepung muruku (400g),digoreng tanpa minyak
2 sudu besar bijan, digoreng tanpa minyak
1 sudu besar jintan manis
1 sudu teh jemuju (jika suka – optional)
2 sudu besar serbuk rempah kari daging
½ sudu teh soda bicarbonate.
Garam mengikut rasa
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
3 sudu besar marjerin atau minyak sapi,cairkan
Santan – mengikut adunan doh,ketika menguli (adunan doh kental)

Cara membuatnya:
1.Campur semua bahan A di atas dan gaul hingga sebati.
2.Kemudian masukkan marjerin cair.Gaul adunan hingga menjadi seperti serbuk roti.
3.Buat lubang di tengah adunan dan masukkan santan sedikit demi sedikit.
4.Uli adunan hingga menjadi doh yang kental dan jadikan kepada beberapa ketul doh yang kecil.
5.Rehatkan doh selama ½ jam.
6.Masukkan doh ke dalam acuan maruku dan pusing di dalam minyak yang panas.Masukkan daun kari dan goreng terendam hingga kekuning-kuningan.
7.Akhir sekali,sejukkan muruku dan simpan dalam bekas kedap udara.

My Friends,My Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.my-resepi.blogspot.com. Powered by Blogger.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons