Bahan-bahan:
•4 keping roti putih- dipotong 3 segi
•¼ cawan cendawan straw}
•¼ cawan cendawan butang}
•2 keping cendawan hitam dicincang halus
•5 keping cendawan oyster}
•2 ulas bawang putih}
•2 tangkai daun ketumbar
•2 sudu besar bijan
•1 sudu besar pes kari merah Thai
•1 sudu kecil sos Maggi seasoning
•1 sudu kecil kicap cair
•1 sudu kecil gula
•1 sudu besar sos tiram
•2 ulas bawang putih- dimayang dan digoreng hingga garing
•1 biji kuning telur
•¼ cawan tepung gandum
•½ sudu kecil serbuk lada hitam
•1 cawan minyak sayuran
•½ cawan sos cili Thai
Cara memasak:
•Campurkan pes kari merah Thai, cendawan cincang, bawang putih, daun ketumbar, Maggi seasoning, kicap cair, sos tiram, bawang putih goreng, lada hitam, kuning telur dan digaul hingga sebati.
•Sapukan adunan cendawan diatas permukaan roti serata mungkin dan tekapkan diatas bijan.
•Panaskan minyak masak dan goreng diatas api sederhana hingga kuning keemasaan sebelum diangkat.
•Susun diatas pinggan, hiaskan dengan hirisan daun ketumbar dan taburkan sedikit bijan panggang.
•Hidangkan panas bersama sos cili Thai
Deep Fried Mushrooms on Toast
My Friends,My Followers
www.my-resepi.blogspot.com. Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment