Showing posts with label Koleksi Resepi MasterChef Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Koleksi Resepi MasterChef Malaysia. Show all posts

Puding Mangga dan Strawberi-Chef Anuar Deraman


 Bahan-bahan Kek Gulung Strawberi:
   3 biji Telur
   2 biji Kuning telur
   100gm Gula kastor
   100gm Tepung gandum
   1 sudu besar Ovalette
   1 sudu besar Susu tepung
   50gm Mentega cair
   200gm Jem strawberi

    Cara-cara penyediaan:
    1. Pukul kesemua bahan-bahan kecuali mentega cair sehingga gebu dan pekat dengan kelajuan tinggi.
    2. Perlahankan putaran dan masukkan mentega cair. Kacau rata.
    3. Masukkan adunan ke dalam dulang pembakar yang telah dialas dengan kertas kalis minyak.
    4. Bakar hingga masak dengan suhu 190ºc selama 10 minit dan sejukkan. Sapukan jem strawberi ke atas permukaan kek dan gulung.

    Bahan-bahan Isian Mangga Dan Strawberi:
    250 mlsusu segar
    120gm gula kastor
    50gm telur
    50gm kuning telur
    35gm tepung kastad
    50ml susu segar
    10gm serbuk gelatin halal
    450gm krim putar (whipping cream)
    30ml air
    1/2 biji buah mangga (di blend dan diambil jusnya)
    6 biji buah strawberi (di blend dan diambil jusnya)

    Cara-cara penyediaan:
    1. Larutkan gelatin dengan 30 ml air dan biarkan seketika.
    2. Didihkan 250ml susu segar dengan gula kastor, perlahankan api.
    3. Di dalam bekas yang berasingan, campurkan telur, kuning telur, tepung kastad dengan 50 ml susu segar dan kacau.
    4. Tuangkan ke dalam adunan susu tadi, kacau hingga pekat dan mendidih. Matikan api.
    5. Larutkan gelatin dengan air dan biarkan selama 2 minit. (nota: larutan gelatin akan menjadi keras). Cairkan semula dengan teknik double boiler sebelum dimasukkan ke dalam adunan di atas.
    6. Biarkan adunan suam sedikit sebelum dicampurkan dengan krim putar. Kacau rata.
    7. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan jus mangga dan satu bahagian lagi dicampurkan dengan jus strawberi.

    Penyudah:
    1. Potong nipis kek gulung dan susun dalam acuan separa bulat.
    2. Masukkan adunan puding berperisa mangga memenuhi separuh acuan. Keraskan seketika di dalam peti beku.
    3. Masukkan adunan puding berperisa strawberi sehingga memenuhi acuan dan tutup dengan lapsan kek gulung. Keraskan lagi di dalam peti beku.

    Bahan-bahan untuk Hiasan A:
    300 gm coklat masakan (coklat gelap)
    300 gm coklat putih
    2 biji buah kiwi
    5 biji buah strawberi

    Cara-cara penyediaan:
    1. Cairkan chocolate putih dan gelap, curahkan diatas kertas kalis minyak, ratakan dan gunakan kreativiti untuk jadikan chocolate beraneka corak.
    2. Biarkan keras seketika.

    Bahan-bahan untuk Hiasan B: Krim Putar (whip topping)
    300 gm krim putar

    Cara-cara penyediaan:
    Putarkan hingga kental

    Bahan-bahan untuk Hiasan C: Aprikot Gelfix
    300 gm aprikot gelfix
    250 ml air

    Cara-cara penyediaan:
    1. Campurkan air dan gelfix dalam periuk dan didihkan sambil dikacau.

    Bahan-bahan untuk Hiasan D: Kraf Gula
    120ml air
    300gm gula kastor
    50ml minyak
    Berus

    Cara-cara penyediaan:
    1. Didihkan gula dengan air hingga perang dan curahkan ke atas dulang pembakar yang telah dilengser dengan minyak.
    2. Biarkan keras seketika sebelum dibentuk.


Sumber resepi: Masterchef Malaysia



Cyber Dessert

Resepi Masterchef Selebriti-Angah


Bahan²
 
Kastad
Susu cair
Gula
Esen vanila
Jagung manis
Buah campur
Kacang pistachio
Kacang gajus


Cara penyediaan:


Campurkan kastad bersama kacang gajus, kacang pistachio, gula, susu cair dan jagung manis sampai menjadi puding.


Untuk penyediaan sos, susu cair dimasak dengan kastad sedikit, masukkan air buah-buahan, gula sehingga sos menjadi pekat sedikit




“Pengat Labu dan Pisang”.
(Resepi Dr.Ezani-Masterchef)

Kek pisang, gula Melaka dan labu terbalik, crumble macadamia gula Melaka, puri labu, kastard santan.

Kek pisang, gula Melaka dan labu terbalik:
Butterscotch gula Melaka:
¾ cawan gula Melaka yang dihiris halus.
50g mentega
½ cawan thickened cream.

Kek:
240g mentega di suhu bilik.
190g gula castor.
5 biji telur.
260g tepung naik sendiri.
1 ½ cawan labu lenyek (labu dikukus, tapis air dan dilenyek atau kisar dalam food processor).

1) Panaskan oven 180 darjah celcius. Lapikkan tin pembakar kek dengan kertas minyak dan sapu mentega.
2) Sediakan butterscotch gula Melaka. Masukkan semua bahan ke dalam periuk, kacau dan masak hingga mendidih. Biarkan mendidih 3 minit dan tutup api. Tuangkan ke dalam tin pembakar kek.
3) Belah pisang secara memanjang dan susunkan di dalam tin pembakar.
4) Sediakan adunan kek. Pukul mentega dan gula kastor menggunakan mixer sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati. Ayakkan tepung ke dalam adunan dan kacau hingga sebati. Kaup balikkan labu ke dalam adunan.
5) Tuang adunan ke dalam tin pembakar dan bakar selama 45minit atau sehingga keemasan dan masak sepenuhnya.
6) Biarkan sejuk seketika sebelum membalikkan kek ke atas pinggan hidangan.

Crumble macadamia gula Melaka:
100g cawan gula Melaka yang dihiris halus.
100g tepung gandum.
1 cawan kacang macadamia atau apa-apa kacang mengikutselera.
70g mentega dari peti sejuk.

1) Masukkan gula Melaka, tepung dan kacang dalam food processor dan kisar sedikit.
2) Potong mentega dan masukkan dalam food processor, kisar sehingga adunan menjadi seperti serbuk.
3) Tuang atas dulang pembakar dan bakar selama 15 minitdalam suhu 180 darjah celcius.
4) Bila masak, keluarkan dari ketuhar, biar sejuk dan kisar sekali lagi dalam food processor kalau mahu.

Kastard santan:
4 biji telur kuning.
3 sudu besar gula kastor.
200ml thickened cream.
200ml santan
Daun pandan

1) Panaskan krim, santan dan daun pandan. Jangan biar krim mendidih.
2) Pukul kuning telur bersama gula sehingga sebati.
3)Tuangkan krim panas ke dalam campuran telur dan kacau.
4) Masak di atas air mendidih (bain marie/ double boiler). Kacau sehingga pekat. Tapiskan dan hidang.

sumber

Daging Salai ala Wellington bersama Krim Lemak Cili Padi dan Compote Berry Merah


Resepi Masterchef2:Daging Salai ala Wellington bersama Krim Lemak Cili Padi dan Compote Berry Merah - Dato’ Fazley


    Bahan-bahan Daging Salai:

  • 300g-400g Beef Tenderloin
  • Puff pastry 1 piece
  • 8 keping cendawan butang putih
  • 2 ulas bawang putih
  • 15 biji bawang merah
  • 1 cawan santan
  • 2 batang serai
  • Kunyit
  • Cili padi
  • 2 sudu serbuk kunyit
  • 2 ulas asam keping
  • 1 sudu asam jawa
  • Gula dan Garam secukup rasa
  • Bahan-bahan Nasi Pesto:

  • 1 gugus berry merah
  • Kacang buncis
  • lobak merah kecil

    Cara-cara penyediaan Daging Salai:

  • 1. Daging disalut dgn serbuk kunyit dan garam kemudian disalai diatas api tanpa menggunakan minyak sehingga ada lapisan kehitam-hitaman di bahagian luar.
  • 2. Cendawan, bawang putih, bawang merah dipotong dadu. Kemudian sauté bersama minyak zaitun dan mentega. Masukkan juga hirisan serai. Gaul hingga sekata.
  • 3. Sementara bahan tadi disejukkan, hiris daging salai tadi menjadi sederhana halus.
  • 4. Uli puff pastry sehingga mencapai kenipisan yang sesuai. Susun daging salai tadi dan gulung, dan diselang seli dengan cendawan yg telah di sauté tadi. Ulang hingga selesai pastry tersebut untuk menutupi keseluruhan bahan.
  • 5. Bakar di dalam ketuhar selama 15 min, 150-160 darjah selsius.

    Cara-cara penyediaan Sos/Krim Lemak Cili Padi::

  • 1. Kisar / tumbuk kunyit hidup, cili padi, serai, bawang merah, bawang putih.
  • 2. Masukkan dalam periuk dgn sedikit air. Setelah naik bau, masukkan santan / cooking cream serta sedikit serbuk kunyit.
  • 3. Kemudian masukkan asam keping dan sedikit air asam jawa. Biarkan sehingga reduce.
  • 4. Sediakan berry compote, letakkan sedikit gula dan garam serta mentega.
  • 5. Semua bahan dihidangkan mengikut cita rasa sendiri.

Kek Cawan Pistachio Dan Anggur Hitam


Resepi Masterchef 2:Kek Cawan Pistachio Dan Anggur Hitam - Rosemah




Bahan-bahan
125gm mentega
115 tepung gandum
Baking powder
20gm pistachio
125 gula
2 biji telur
Susu

Topping
125gm mentega
100gm gula
2 sudu madu
3 sudu jus lemon


Cara-cara penyediaan:
1. Putar mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
2. Masukkan tepung pistachio berselang seli dengan susu.
3. Masukkan ¾ dalam mangkuk dan bakar pada 170c selama 15 minit.
4. Putar mentega dan gula,masukkan madu dan jus lemon. Letak di atas kek cawan.

Sumber

Nasi Cyber

Resepi Masterchef Selebriti:Nasi Cyber

Bahan-bahan: 
Beras 
Bawang putih
Mentega 
Kismis 
Rebusan stok ayam 
Daging 
Daun kunyit 
Asam jawa 
Bawang merah 
Udang kering 
Serai 

Cara penyediaan: 
Untuk memasak nasi, tumiskan bawang putih bersama mentega.
Masukkan beras dan rebusan stok ayam 
Cara memasak daging pula, panggang daging dengan daun kunyit dalam kuali 
Untuk penyediaan sos, kisar bawang merah, bawang putih, cili padi, perah air asam jawa dan sedikit garam dan gula 

Sumber

Nasi Kunyit




























Resepi Nasi Kunyit:MasterChef Malaysia

Bahan-bahan:
•5kg Beras Basmati
•300gm Serbuk Kunyit (dibancuh)
•1kg Ghee
•3 labu Bawang Merah Besar (dimayang)
•1 labu Bawang Putih (dimayang)
•2 tin Susu Sejat
•1 peket Maggi Cukup Rasa
•5 helai Daun Pandan
•1 set Rempah 3 Sekawan

Cara-cara penyediaan:
•Panaskan minyak di dalam periuk untuk menumis bawang, daun pandan, kacau hingga naik aroma. Masukkan pes kunyit hingga terbit minyak, masukkan beras digoreng hingga agak garing sedikit agar beras tidak cepat pecah bila masak.
•Masukkan air panas hingga menutupi beras tadi. Biar sampai mendidih, sekali-sekala hendaklah di kacau agar nasi masak rata.
•Bila nasi dah hampir nak masak masukkan ghee, Maggi Cukup Rasa untuk perasa akhir sekali susu sejat dan sedikit garam.
•Kecilkan api biarkan nasi masak dengan sempurna.

Sumber dari Astro

Lamb Cutlets dengan Medley Sayur-sayuran























Bahan-bahan Kambing:
Lamb Rack
Daun Rosemary Segar (dicincang halus)
Kulit Lemon (diparut)
Garam
Lada Hitam
Minyak

Bahan-bahan Leek Mentega:
2 batang Daun Leek
4 ulas Bawang Putih (ditumbuk kasar)
5 tangkai Daun Thyme
250g Mentega
Secukup Rasa Garam
Secukup Rasa Lada Hitam

Cara-cara penyediaan Kambing:
Sediakan rack of lamb dengan membuang lemak berlebihan, membersihkan tulangnya (French trim) dan memotong kepada porsi individu.
Perapkan bersama rosemary, kulit lemon, garam, lada hitam dan minyak selama 30 minit.
Sebelum menghidang, masakkan lamb cutlets di atas kuali leper panas selama 2 minit sebelah, dan 2 minit sebelah lagi.

Cara-cara penyediaan Leek Mentega:
Basuh daun leek. Ambil bahagian yang putih dan potong kepada silinder 2.5 inci panjang. Bahagian leek yang lebih hijau di hiris kasar.
Tumiskan daun leek yang dihiris dan bawang putih dengan sedikit minyak sehingga lembut di dalam kuali leper.
Susunkan leek yang dipotong silinder di dalam kuali yang sama, tambahkan daun thyme, mentega, garam dan lada hitam dan tutup dengan kertas minyak.
Masukkan ke dalam oven 130C selama 1 jam atau sehingga leek lembut.

Bahan-bahan Lobak madu dan Kayu Manis:
Sejambak Lobak Kecil (dibuang batang dan dibersihkan)
3 sudu besar Madu
2 batang Kulit Kayu Manis
1sudu kecil Biji Lada Hitam
Secukup Rasa Garam
Sedikit Air

Cara-cara penyediaan Lobak Madu dan Kayu Manis:
Rebuskan lobak kecil dalam air mendidih sehingga separuh masak.
Keluarkan dari air rebusan.
Dalam kuali leper, masak lobak kecil bersama madu, rempah dan sedikit air.
Kacaukan supaya menyaluti lobak kecil.
Masak sehingga lembut dan sirap masakan memekat.
Tambahkan garam secukup rasa.

Bahan-bahan Crumble Bawang Putih:
1 biji Bawang Kuning (dicincang halus)
4 ulas Bawang Putih (dicincang halus)
1 buku Roti (dikisar menjadi serbuk roti)
3 batang Daun Thyme
Secukup Rasa Garam
Secukup Rasa Lada Hitam

Cara-cara penyediaan Bawang Putih:
Tumiskan bawang dan bawang putih dengan sedikit minyak dalam kuali leper sehingga naik bau dan lembut.
Masukkan serbuk roti dan teruskan mengacau, tambahkan minyak jika terlalu kering.
Masukkan daun thyme, garam dan lada hitam secukupnya.
Masukkan kuali leper itu ke dalam oven 150C selama 30 minit atau sehingga serbuk roti kering dan garing menjadi crumble.
Kacaukan sekali sekala supaya crumble garing sekata.

Bahan-bahan Puree Ubi Bit dan Kacang Kuda:
3 biji Ubi Bit
1 tin Kacang Kuda (ditoskan airnya)
Jus Lemon
Secukup Rasa Garam

Cara-cara penyediaan Puree ubi bit dan kacang kuda :
Kupas dan potongkan ubi bit kepada potongan-potongan kasar.
Rebus ubi bit dalam air sehingga lembut. Keluarkan dari air rebusan.
Kisar ubi bit dalam food processor sehingga halus.
Masukkan kacang kuda dan kisar lagi sehingga halus.
Tambahkan jus lemon dan garam secukup rasa.

Resepi dari MasterChef Malaysia-Astro
Lamb Cutlets dengan Medley Sayur-sayuran - Ezani

Siakap Beromakan Sos Kantan dan Tuhau

Bahan-bahan Siakap:
350gm Isi Ikan Siakap
Secukup Rasa Garam
Secukup Rasa Lada Hitam

Cara-cara penyediaan Siakap:
Perapkan isi ikan dengan garam dan lada hitam dan ketepikannya selama 15minit.
Kemudian dipanggang dengan mengunakan kuali/nonstick pan selama 8 minit.
Panggangkan bahagian kulit dahulu.

Bahan-bahan Sampingan Siakap:
1 biji Ubi Kentang
2 biji Mentimun Hijau/Kuning
3 batang Asparagus
1 tangkai Daun Ketumbar

Cara-cara penyediaan Sampingan Siakap:
Terlebih dahulu kupas kulit ubi kentang kemudian dipotong bersama mentimun berbentuk bola ragbi atau turning.
Asparagus pula buang sedikit kulit luardan potongkannya berukur 4 inci.
Didihkan air untuk merebus dan mencelur ubi kentang dan juga sayuran tadi.

Bahan-bahan Sos:
1 labu Bawang Besar Kuning (dikisar)
2 ulas Bawang Putih (dikisar)
½ kuntum Kuntum Bunga Kantan/Tuhau (dikisar)
Air
150gm Mentega
Secukup Rasa Garam
Secukup Rasa Jus Limau
Secukup Rasa Lada Hitam

Cara-cara penyediaan Sos:
Panaskan minyak untuk menumis bahan kisar untuk menjadi sos.
Biarkan sehingga naik aroma, bila sudah agak masak masukkan sedikit air agar bahan tumis tidak hangit.
Kemudian tapis agar sos nampak lebih halus dan menarik.
Masak semula sos tadi untuk perasa.
Masukkan mentega, garam, jus limau dan juga lada hitam kacau sehingga pekat sedikit.

Siakap Beromakan Sos Kantan dan Tuhau-Wahidan
Resepi MasterChef Malaysia-Astro

Kek Ubi Bit Berempah-MasterChef























Bahan-bahan Kek Ubi Bit:

1 sudu kecil Garam Halus
4 biji Telur
1 1/3 cawan Gula
1 ½ cawan Minyak Masak
2 ¾ cawan Ubi Bit (dibuang kulit dan diparut)
1 cawan Nenas (dikisar kasar)
1 cawan Kismis Hitam

Bahan-bahan Kering:

2 cawan Tepung Gandum
2 sudu kecil Baking Powder
1 ½ sudu kecil Soda Bicarbonate
2 sudu kecil Serbuk Kayu Manis
½ sudu kecil 5 Spice Powder
½ sudu kecil Serbuk Buah Pala

Cara-cara penyediaan Kek Ubi Bit:

Panaskan oven 165C.
Sapukan minyak/mentega di dalam tin membakar kek dan alas bawahnya dengan kertas minyak.
Pukul telur, gula dan minyak masak sehingga sebati.
Ayakkan campuran bahan-bahan kering ke dalam campuran telur.
Masukkan semula tepung ke dalam adunan sehingga sebati.
Masukkan ubi bit, nanas dan kismis hitam, gaulkan sehingga sebati.
Bakar di dalam oven selama 40-50 minit.

Bahan-bahan Crumble Kacang Campuran:

150gm Tepung Gandum
150gm Mentega sejuk (dari peti sejuk, dikiubkan)
100gm Gula Castor
1 cawan Walnut (dibakar dalam oven sehingga perang muda dan garing)
1 cawan Biji Bunga Matahari (dibakar dalam oven sehingga perang muda dan garing)

Cara-cara penyediaan Crumble Kacang Campuran:

Kisar kasar kacang walnut dalam food processor.
Kisar bersama tepung, gula dan mentega sehingga menjadi crumble.
Gaulkan biji bunga matahari.
Taburkan crumble di atas dulang membakar dalam lapisan yang nipis.
Bakar di dalam ketuhar 160C selama 15-20 minit sehingga garing.
Untuk menghidang, pecah-pecahkan crumble menjadi serbuk kasar.

Bahan-bahan Sos Kastard:

500ml Krim
2 batang Kulit Kayu Manis
1 biji Kulit Lemon
5 biji Telur Kuning
¾ cawan Gula Castor
1 sudu kecil Esen Vanilla

Cara-cara penyediaan Sos Kastard:

Panaskan krim bersama kulit kayu manis dan kulit lemon, tetapi jangan sampai mendidih.
Pukul telur dan gula, dan tuangkan krim panas ke dalam adunan telur.
Kacau sehingga sebati.
Masakkan campuran adunan kastard dalam mangkuk di atas periuk air mereneh.
Teruskan mengacau sehingga kastard pekat.
Tambahkan esen vanilla.
Tapis kastard dan sedia untuk dihidang.

Kek Ubi Bit Berempah-Ezani Finalis MasterChef Malaysia

Kek Labu Berkeju Bersama Krim Karamel-Chef Johari






















Bahan²:
1 biji Oren
1 ¼ cawan Gula
225gm Krim Keju (yang lembut)
1 cawan Labu (puri)
6 biji Telur
1 tin Susu Sejat
½ cawan Krim Putar
¼ cawan Estrak Oren
1 sudu teh Estrak Vanilla
1 sudu teh Serbuk Kayu Manis
Secubit Serbuk Buah Keras


Cara-cara penyediaan:
1.Panaskan ketuhar (Microwave Convection Oven trigger) dengan suhu 150C. Pada masa yang sama, masukkan air ke dalam ‘saucepan’ dan panaskan sehingga mendidih.
2.Sementara itu, dengan menggunakan pengupas buah, kupaskan kulit buah oren sebanyak 6 jalur dengan ukuran 3 inci setiap 1 jalur.
3.Dengan menggunakan pisau, buangkan empulur putih dari kulit buah oren yang telah dijalurkan tadi.
4.Dengan menggunakan ‘saucepan’, panaskan kulit oren yang telah dikupaskan tadi bersama ¾ cawan gula dan ¼ cawan air panas yang dididihkan dengan api yang sederhana. Tutupkan periuk dan biarkan selama 5 minit.
5.Kemudian, buka penutup periuk dan masak selama 1-2 minit atau sehingga campuran gula tadi menjadi warna keperangan atau karamel.
6.Masukkan karamel panas tadi ke dalam acuan logam (metal loaf pan). Dengan menggunakan garfu, keluarkan jalur kulit oren. Ketepikan acuan.
7.Dengan menggunakan mangkuk yang besar , pukul krim keju dengan menggunakan pemutar dengan kelajuan sederhana bersama ½ cawan gula selama 2 minit.
8.Dari masa ke semasa, guna spatula getah untuk membersihkan tepi mangkuk dari krim keju supaya kesemua krim keju dapat diputar secara keseluruhan.
9.Selepas itu, masukkan labu dan telur satu per satu. Kurangkan kadar kelajuan dan campurkan susu sejat, krim, estrak oren, vanilla, serbuk kayu manis dan serbuk buah keras, bersama secubit garam. Putar sehingga kesemua bahan-bahan sebati.
10.Campurkan campuran labu yang di putar tadi ke dalam karamel. Ratakan ia dengan menggunakan spatula getah. Letakkan acuan logam (metal loaf pan) ke dalam Loyang membakar (baking pan) dan letakkan di dalam ketuhar (microwave convection oven trigger). Dengan berhati-hati, tuangkan air panas ke dalam Loyang membakar (baking pan) sebanyak ¾ daripada acuan logam (metal loaf pan).
11.Masakkan selama 1 jam 10–15 minit atau sehingga masak. Kemudian keluarkan acuan logam (metal loaf pan) dari Loyang membakar (baking pan) untuk sejukkan selama 1 jam. Tutup dan sejukkan krim karamel sekurang-kurangnya 8 jam atau semalaman.
12.Untuk mengeluarkan dari acuan, lalukan spatula logam yang kecil atau pisau di sekeliling acuan. Telangkupkan acuan di atas pinggan yang digunakan untuk menghidang selama beberapa minit supaya sirap karamel keluar daripada acuan.
13.Sedia untuk dihidangkan.

My Friends,My Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.my-resepi.blogspot.com. Powered by Blogger.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons