1001 Khasiat Ulam


MAKAN ulam baik untuk kesihatan. Ayat itu sudah biasa didengar, tetapi tidak semua mengetahui akan khasiat sebenar yang terselindung di sebalik ulam-ulaman yang banyak dijual di Pasar Malam Sayur Kampung, Chow Kit, Kuala Lumpur ini.


Dahulu, ulam mungkin hanya terkenal di kalangan masyarakat Melayu di kampung-kampung. Tetapi, kini hidangan ulam-ulaman semakin digemari warga kota termasuk masyarakat bukan Melayu, malah turut menjadi antara hidangan wajib di hotel-hotel terkemuka.


Ulam adalah sayuran atau tumbuhan yang dimakan mentah atau sekadar dicelur iaitu direndam sekejap di dalam air panas. Ada juga sesetengah ulam perlu direbus terlebih dahulu, baru sedap dimakan seperti ulam pucuk ubi. Biasanya ulam dijamu bersama sambal belacan, budu atau cencaluk untuk dimakan bersama nasi.


Ulam diambil daripada pelbagai bahagian sesuatu pokok atau tumbuhan yang boleh dimakan, antaranya pucuk, daun, biji, buah, ubi dan kadang-kadang bunganya.


Ada antara ulam cukup popular dan mudah didapati di pasaran seperti rebung, cekur manis, jering, petai, ulam raja dan sebagainya.


Sementara ulam beluntas, pucuk betik, pucuk kadok dan pucuk gajus antara ulam yang sukar dicari, malah ia juga kurang dikenali walaupun dalam masyarakat Melayu itu sendiri.


Ulam dikatakan mempunyai banyak khasiat sebab ia dimakan secara mentah atau tidak dimasak terlalu lama. Justeru, kandungan galian seperti mineral dan vitamin utama iaitu kalsium, fosforus, zat besi, natrium, kalium yang terdapat dalam ulam tidak dimusnahkan oleh haba.


Selain itu, ulam juga dikatakan membekalkan serat yang amat diperlukan oleh sistem penghadaman manusia. Serat memainkan peranan sebagai pengisi pada bahan buangan dan memudahkan perkumuhan.


Antaranya, ulam pegaga yang telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba menjana kecerdasan berfikir di kalangan kanak-kanak serta dikatakan dapat membantu peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit.


Kangkung pula sejenis sayuran yang murah dan mudah diperoleh kerana tumbuh secara meliar di tepi-tepi sumber air, dikatakan dapat membantu mengurangkan kesakitan penyakit buasir, sakit kepala dan boleh digunakan untuk melebatkan rambut.


Jering pula didapati mengandungi banyak zat, antaranya protein, lemak, karbohidrat, kalsium, fosforus, vitamin A, B dan C. Biarpun rasanya pahit dan berbau, ia juga dikatakan menjadi penawar kepada pesakit kencing manis.


Sementara petai juga mempunyai khasiatnya tersendiri. Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus. Kandungan lain yang ada dalam petai adalah karbohidrat, air, kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.


Khasiat petai bergantung kepada umur dan kesegaran biji petai tersebut. Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat, dikatakan kurang mempunyai kandungan khasiat yang tinggi. Biji petai dikatakan berkesan merawat penyakit jantung, kencing manis, mencuci buah pinggang dan untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.


Disebabkan khasiat yang terselindung, ulam-ulaman diminati ramai biarpun rasanya pahit dan baunya busuk.


Sebolehnya, jadikanlah ulam sebagai makanan wajib dalam hidangan kerana selain ia mampu membuka selera, turut 'dijamu' khasiatnya yang tinggi tidak kira dari segi pemakanan mahupun perubatan.


Untuk itu, para petani perlu memainkan peranan menanam pokok-pokok ulam secara komersial bukan hanya mengharapkan ia tumbuh melata di hutan atau kebun mereka.

Sumber:Utusan Malaysia

Dangai Sagu

Bahan-bahan:
2 cawan sagu biji halus - siram air dan tuskan
1/2 biji kelapa
Garam secukup rasa


Cara Menyediakan:
1.Gaulkan sagu yang telah dituskan dengan garam dan kelapa. Biarkan setengah jam.
2.Panaskan kuali tidak melekat,lengserkan sedikit minyak
dan taburkan adunan,tetapi jangan terlalu tebal.
3.Tutup kuali lima hingga tujuh minit atau sehingga masak.
4.Lipat dua dangai sebelum diangkat.
4.Hidangkan semasa masih panas.

Sumber:Sajionline

ZaiFa:Mesti cuba ni,lagipun bahan² ringkas jerr.Nanti kalau jadi,saya share kat sini.  :-)

Sup Sayur Sempoi

Bahan-bahan:
Bawang merah kecil
Bawang putih
1 cawan air masak
1 biji telur
Garam secukup rasa
Sedikit tepung jagung
Sayur Brocoli
Carrot
Kobis
Cendawan
Kacang panjang
**ataupun sayur-sayur lain mengikut citarasa anda.

Cara memasak:
1.Tumiskan bawang puting & bawang kecil.
2.Kacau sehingga naik bau.
3.Masukkan air.Biarkan mendidih seketika.
4.Masukkan kesemua sayuran tadi.
5.Pecahkan telur,gaul hingga hancur.
6.Tambahkan garam secukup rasa.Serta tepung jagung bagi kuah nampak pekat.
 Sudah siap...memang mudah dan sedap.

Blueberry Muffin

Bahan-bahannya:
2 cawan Tepung Gandum*
2 s/t Baking Powder*
1 cawan Gula Kastor
2 Biji Telur
1 cawan Susu (Dutch Lady Full Cream)
1/2 cawan Minyak Sayuran
1/2 cawan Oat
Blueberry filling secukupnya


Cara membuatnya:
1.Ayakkan bahan bertanda *
2.Satukan gula,telur,susu,dan minyak hingga sebati
3.Masukkan tepung,baking powder.Kacau hingga sebati
4.Masukkan Oat dan kacau lagi biar sebati
5.Sudukan dalam muffin cup,letak blueberry dan sudukan sedikit lagi adunan muffin biar menutupi blueberry.
6.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 celcius lebih kurang 35 minit.

Click N Share


Udang Goreng Kasturi


Bahan-bahan:
10 ekor udang besar
5 biji cili merah
5 biji cili hijau
2 tomato merah
2 biji bawang besar
2 biji limau kasturi diambil airnya.
2 tomato hijau
Secawan minyak masak
Garam secukup rasa



Cara memasaknya:
1.Udang digaul dengan air limau dan garam, cili hijau, cili merah ditumbuk kasar,
bawang dihiris tomato dibelah empat,
2.Panaskan minyak masukkan udang.
3.Setelah masak angkat udang.
4.Tumis bawang besar, agak masak kemudian masukan cili ditumbuk, gaul rata dengan api sederhana. 5.Apabila naik minyak masukan udang yang sudah digoreng tadi.
6.Gaul rata sebelum diangkat masukkan tomato dan hidangkan.

Kek Moist Coklat


Bahan-bahan:
• 2 cawan tepung gandum } diayak
• 2 sk baking powder
• 2 cawan gula halus
• 4 biji telur gred A
• 250 gm butter
• 2 sk esen vanila

Bancuhan koko (Pes Coklat):
• 1 cawan serbuk koko
• 1/2 cawan gula halus
• 1 cawan air panas
• 1/2 cawan susu cair
• 1/2 sudu teh nescafe dan sedikit coffee emulco

Cara membuatnya:-
1. Untuk bancuhan koko, masukkan serbuk koko, gula halus dan air panas dalam periuk. Jerang atas api perlahan, kacau rata sebentar hingga berkilat. Tutup api dan biarkan sejuk dalam suhu bilik sekejap. Tuangkan susu cair, kacau dan ketepikan.
2. Sementara itu, pukul rata gula dan butter hingga kembang.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi.
4. Masukkan esen vanila dan gaul rata.
5. Masukkan tepung yang diayak tadi berselang seli dengan bancuhan koko tadi. Gaul rata dengan spatula.
6. Masukkan dalam loyang dan bakar selama 1 jam pada suhu 180C.

Untuk topping
Bahan-bahan:
• 1tin susu pekat(boleh kurangkan)
• 1 sudu teh esen vanila
• 1/2 cawan minyak jagung
• 1/3 cawan serbuk koko
• secubit garam

Cara membuatnya:
1. Campurkan susu,serbuk koko dan minyak.
Masak atas api perlahan saja hingga pekat,kacau selalu dengan whisker.
2. Masukkan garam dan esen,kacau.
Bila telah pekat dan berkilat (dalam 10 minit),tutup api dan biarkan sejuk.
Sapukan atas kek.
3.Taburkan sedikit coklat rice.
Dah siap Moist Coklat Kek.  :-)

Apam Aiskrim Soda

Bahan-bahan:
3 cawang tepung gandum
2 cawan gula
4 biji telur
1 cawan air asikrim soda
1 sudu teh ovalette
perasa strawberry atau ikutcitarasa
pewarna pilihan

Cara membuatnya:
1.Pukul telur dan gula hingga kembang.
2.Campurkan tepung. Pukul sebati.
3.Masukkan air aiskrim soda, esen vanila, ovalette. Pukul sebati.
4.Bahagikan adunan dan letakkan pewarna pilihan.
5.Sendukkan secara berselang seli ke dalam loyang hingga habis.
6.Kukuskan selama lebih kurang 20 minit.
7.Balut tutup pengukus dengan kain bagi mengelakkan air menitis ke dalam loyang.




Kredit to:Cuba Try Masak
Resepi ni pun saya ambil dari BLOG beliau.Terima kasih Sya my BFF :-)

Kuih Ketayap

Bahan-bahan:
2 cawan tepung
1 biji telur
Sedikit garam
1 cawan air
1 cawan air daun pandan
Sedikit pewrna pandan


Semua bahan dikisar halus.
Panaskan kuali dan sapu sedikit minyak.
Masukkan adunan.
Bila masak masukkan inti kelapa dan gulung.


Bahan inti:
1 biji kelapa parut putih
1/2 buku gula melaka
Gula ikut kemanisan
2 sudu makan tepung ubi
Sedikit garam
2 helai daun pandan


Satukan semua bahan kedalam kuali.
Masak hingga sebati dan kering.
Biarkan sejuk.

Ikan Siakap Sos Thai





















Bahan-Bahan:
1 ekor ikan siakap (sederhana besar)
5 ulas bawang putih
3 cm halia
2 batang serai (hiris)
2 helai daun limau purut (hiris)
1 sudu kecil serbuk kari
5 tangkai padi (ketuk)
1 sudu besar sos ikan
1 labu bawang besar (hiris)
100 gm tepung jagung


Cara Menyediakan:
1.Kukuskan ikan siakap selama 15 hingga 20 minit.
2.Sementara menunggu ikan masak.
Tumis bawang putih, halia dan serai,daun limau,serbuk kari,cili padi dan bawang besar
3.Setelah naik bau, tuangkan dua cawan air dan juga sos ikan.
4.Kemudian campurkan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Tuangkan ke atas ikan kukus tadi.
5.Siap utk dihidangkan.Ikan siakap sos thai.

My Friends,My Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.my-resepi.blogspot.com. Powered by Blogger.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons