Bendi Goreng Berlada


















Bahan-bahan
300 gm kacang bendi
cili merah hiris
ikan bilis
garam
minyak

Bahan tumbuk
5 biji cili merah
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

Cara Memasak
1. Bendi dibasuh dan potong serung.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumbuk dan ikan bilis sehingga wangi.
3. Masukkan bendi dan sedikit air dan garam. Kacau rata dan tutup kuali.
4. Rasakan garam dan bila bendi dah agak lembut tutup api.
5. Angkat dan hidangkan

Sambal Sotong

Bahan-bahan
1 kg sotong
1 labu bawang besar
1/2 cawan jus asam jawa
3 s/b sos tomato
garam
gula minyak

Bahan kisar
20 biji cili kering
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm belacan

Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga garing dan naik minyak.
2. Masukkan jus asam jawa dan sos tomato. Kacau rata.
3. Masukkan gula dan garam, dan masakkan sehingga naik minyak dan pekat.
4. Masukkan sotong dan bawang besar. Kacau rata.
5. Biarkan sebentar supaya sotong masak dan bawang agak layu. Tutup api.
6. Hidangkan dengan nasi biasa atau nasi lemak.

Ayam Rampai



















Bahan-bahan
1/2 ekor ayam (buangkan kulit dan potong kecil)
5 biji kentang( potong kecil dan gorengkan)
1 batang carrot (potong kecil)
20 tangkai kacang sepat/buncis
1 bij capsicum merah
2 biji tomato (belah 6)
1 labu bawang besar (potong bulat)
3 biji cili merah (hiriskan kasar)
10 biji cili api ([hiriskan kasar)(kalau nak pedas,ikut citarasa masing2)
garam
kunyit serbuk
minyak

Bahan tumis
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 cm halia

Cara Memasak
1. Gaulkan garam dan kunyit pada ayam dan gorengkan sampai masak [gunakan minyak bekas goreng kentang]. Jangan terlalu garing [nanti keras isi aayam tu]
2. Keluarkan minyak dan tinggalkan untuk tumis bahan tumis.
3. Tumiskan abhan tumis sehingga wangi dan masukkan ayam semula. Gaulkan rata.
4. Masukkan sayuran kacang dan carrot dan cili semua. Gaulkan rata.
5. Masukkan semua bahan lain dan kacau rata. Rasakan garamnya.
6. Angkat dan hidangkan

Ayam Masak Halia


















Bahan-bahan
500 gm ayam (potong kecil dan basuh bersih)
3 s/b sos tiram
1/2 cawan air
1 s/k tepung jagung
1 s/k serbuk lada hitam
1 pokok daun bawang (potong pendek)
1 biji buah tomato (belah 4)
minyak
garam

Bahan Hiris
5 cm halia
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah

Cara Memasak
1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu.
2.Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkna sikit air dan tutup
3.Masakkan ayam sehingga lembut.
4.Masukkan bancuhan tepung jagung dan sos tiram. Biarkan sehingga pekat.
5.Masukkan tomato buah dan daun bawang. Kacau rata.
6.Hidangkan.

BBQ Dinner












mmmm....kali ni cuma nak kongsi gambar semasa BBQ Dinner kat Berjaya Hills,Bukit Tinggi.Company Offsite meeting.1 hari jerr.Makanan semua sedap2 belaka.Apa lagi...layan sampai kekenyangan.
Nantikan resepi2 yg terbaru dari saya.

Cucur Udang












Bahan-Bahan:
300 g udang basah (dicincang)
1 cawan serbuk roti
4 sudu besar susu cair
1 sudu teh baking powder 1 sudu teh serbuk jintan
1 sudu teh serbuk rempah kari
1 biji telur (dipukul)
Sedikit garam

Cara membuatnya:
Panaskan minyak dan goreng bawang, kemudian masukkan udang gaul sebentar dan diangkat.
Gaulkan udang dengan serbuk roti, baking powder, serbuk rempah dan garam.
Masukkan telur dan cucu cair uli hingga rata kemudian bentuk bulat-bulat kecil. Goreng hingga masak.
Cucur ini sedap dimakan dengan cili sos.

Biskut Chocolate Pretzel

Bahan-Bahan:
250 gm mentega
120 gm gula aising
100 gm telur
50 gm susu UHT 10 gm gula castor yang telah digaulkan dengan vanila
450 gm tepung
10 gm serbuk koko

Cara membuatnya:
Pukul mentega, gula aising dan telur hingga kembang.
Gaulkan susu UHT, gula castor, tepung dan serbuk koko.
Dengan menggunakan beg aising, bentukkan seperti dalam gambar. Bakar dalam ketuhar sehingga masak.
Sejukkan di dalam peti sejuk seketika dan celupkan dalam coklat yang telah dicairkan.

Bihun Sup Utara




































Bahan-Bahan:
600 gm tulang daging
300 gm tauge
600 gm bihun
150 gm kacang tanah
6 labu bawang merah
4 sudu besar minyak
3 sudu besar cili mesin
1 sudu besar lobak masin 1 pokok daun saderi
1 pokok daun bawang
2 biji asam limau
2 biji cili merah
4 keping tauhu
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara membuatnya:
Potong daun saderi dan daun bawang sepanjang 1.5 cm.
Bersihkan tulang dan rebus bersama garam.
Masukkan 1 sudu besar daun bawang dan daun saderi.
Masak selama 1 jam.

Celur bihun dan ketepikan.
Celur tauge dan lobak masin.Ketepikan.
Mayang bawang merah dan goreng.
Goreng tauhu dan apabila masak hiris nipis-nipis.
Goreng kacang tanah tanpa minyak.
Tumbuk atau mesin hingga halus.
Panaskan 1 sudu teh minyak dalam kuali dan tumis cili mesin.
Masukkan garam dan gula.
Angkat dan ketepikan.
Apabila menghidang elok disediakan mangkuk berasingan bagi setiap orang.
Masukkan bihun, taburkan daun saderi, daun bawang, bawang goreng, tauhu, lobak masin dan tauge.
Tuangkan kuah ke atas bihun.
Taburkan kacang tanah dan satu sudu teh cili tumis.
Perah limau nipis dan tabur cili potong, jika suka.

Belanja DFacebook

















































Ini sebahagian diantara gambar-gambar makanan yang kawan2 belanja diFacebook.
mmmm....nampak best jerr.Bila la dia orang nak belanja betul-betul.haa..haaa

Senangkan,zaman sekarang ni kalau kita nak belanja orang makan.

Putu Ayu













Bahan-Bahan:
2 ½ cawan gula halus
2 ½ cawan pati santan
10 helai daun pandan
pewarna coklat
6 biji telur ayam
2 sudu besar baking powder
1 sudu teh ovalette (dibancuh dengan 1 sudu besar air suam)
5 cawan tepung gandum
kelapa parut (digaul dengan sedikit garam)

Cara Membuatnya:
Pukul gula, telur dan ovalette hingga kembang.
Daun pandan dikisar, ambil patinya sahaja.
Masukkan santan, air daun pandan, tepung dan baking powder ke dalam adunan gula sambil dikacau hingga sebati.
Sapukan acuan dengan sedikit minyak dan panaskan.
Setelah itu, masukkan kelapa parut ke dalam acuan dan tekankan hingga sebati. Kemudian tuang adunan tepung ke dalamnya.
Buat hingga selesai dan kemudian bolehlah dikukus hingga masak.

Puding Ubi Kentang

Bahan-Bahan:
1 pek puding /agar-agar (perasa asli)
1 cawan ubi kentang
1 cawan susu cair/sejat F&N(warna biru)
2 cawan air
gula secukup rasa (1 sudu makan)
sedikit esen banana

Cara Membuatnya:
1.Ubi kentang direbus dan dilecek.
2.Masak agar-agar/puding bersama air hingga mendidih.
3.Kemudian masukkan gula secukupnya.
4.Bila mendidih, perlahankan api dan kemudian masukkan 1 cawan ubi kentang yang dilecek tadi.
5.Biar mendidih lagi dengan api sederhana.
6.Kemudian tapis supaya ubi kentang nampak halus dalam puding.
7.Masukkan dalam acuan dan sejukkan.
8.Lepas beku, bolehlah dihidangkan.

Cheese Kek











Bahan-Bahan:
500 gram keju
3 sudu besar jus oren
¾ cawan coklet
250 gram buter
6 oz gula halus
100 gram tepung gandum
4 sudu besar air
3 sudu susu tepung
4 biji telur

Cara membuatnya:
Pukul keju dengan gula selama 5 minit.
Masukkan butter pukul sampai berkrim, masukkan telur satu persatu ,selepas itu masukkan tepung gandum berserta dengan susu tepung.
Diikuti dengan air berserta sekali dengan jus oren.
Selepas adunan dicampurkan semua pukul hingga sebati.
Masukkan dalam ketuhar dan bakar hingga masak dalam suhu sederhana.

Bubur Labu

Bahan-Bahan:
1.Labu manis-separuh
2.500gm tepung pulut
3.400gm gula
4.100gm sagu putih
5.Serbuk pewarna(hijau)-secubit
6.Daun pandan-empat helai
7.Santan cair
8.santan pekat
9.sedikit garam
10.air secukupnya

Cara:
1.Bersihkan labu manis kemudian potong dadu(ikut cita-rasa)kemudian masak bersama air dan daun pandan(biarkan mendidi),
2.Adun tepung pulut dengan sedikit sedikit air dan pewarna(seperti adunan donat)buatkan bentuk bulat sekecil ibu jari kemudian masukan ke dalam labu yang telah mendidih tadi sehingga habis.gaulkan sentiasa.
3.Masukan butiran sagu,gaulkan sehingga masak.
4.Masukan sedikit garam dan gula secukup rasa.
5.Masukan santan cair.
Perlahankan api,gaul dan akhir sekali masukan santan pekat.
Masak sehingga mendidih.

Lurve

“I remembered the first time when I met you in the shopping complex, it was love at first sight. You might not be as presentable as everyone else nor as famous as they are, but to me, you’re the most handsome one of all. Every single part of you spelled “yummy” in my head. I couldn’t resist myself from drooling every time I see you.

Then one day I brought you home with me. I couldn’t stop myself from stripping you bare naked and tasting you inside me. It was heaven! Never have I been so satisfied and it was pleasuring in every single way. After that day I just needed more and more of you. You were like a drug to me, and I was a very serious drug addict and I just can’t live a day without you.”

That sounds scandalous and lurvely at the same time, isn’t it? The 2 paragraphs above were taken from a Nuffnanger’s blog where he confessed his lurve affair. It was no doubt a lurve affair that caught our attention and one of our clients, LURVE. That’s why LURVE is throwing a contest just for Nuffnangers to tell them about your LURVE affair.



























All you gotta do is just make your LURVE Affair public by blogging about it. It could be with anyone or anything! After all, we’re all free to lurve. ;)

Tell them how much you lurve your iPod, hamsters, Transformers toys, politicians or whatever that you fancy in your blog posts. If you can relate your story to LURVE multigrain chips, you’ll be given more points!

Wanna know what’s your motivation? How does a 13” MacBook Pro and a chance of a lifetime to be interviewed on national TV during 8TV Quickie sound? Interested?

Bubur Caca










Bahan-Bahan:
1 ketul keledek
1 ketul keladi
2 biji pisang raja
1 cawan gula
1 mangkuk santan pekat dan 3 mangkuk santan cair, daripada sebiji kelapa
½ camca teh garam
3-4 helai daun pandan
Air untuk merebus

Cara memasak:
Kupas keledek dan keladi lalu dipotong dadu kecil.
Pisang dipotong serong.
Rebus keladi, apabila hampit empuk masukkan keledek.
Setelah kedua-duanya empuk masukkan santan cair bersama gula,garam dan daun pandan. Apabila mendidih masukkan pisang dan santan pekat.
Didihkan lagi dan angkat.

Bubur Asyura Sik Kedah











Bahan-Bahan:
1kg tepung beras
1kg gula pasir
½kg gula merah (masak dan ditapis)
½kg kacang kuda (direbus)
1kg kacang hijau (direbus)
½kg kacangtanah(digoreng tanpa minyak)
2kg ubi keledek (dipotong kecil dan direbus separuh masak)
2kg pisang
200g sagu
3 tongkol jagung segar
1kg pati santan
Garam secukup rasa
2 helai daun pandan

Cara:
1.Bancuh tepung beras bersama 7 liter
air,kacau di atas api.
2.Masukkan pati santan dan daun
pandan.Kacau lagi sehingga pekat.
3.Masukkan gula pasir,gula merah dan
garam.
4.Masukkan kacang hijau,kacang kuda,
jagung dan keledek.
5.Masukkan kesemua bahan yang lain dan
kacau sehingga masak.
6.Bila sudah masak tuang ke dalam acuan
dan sejukkan sebelum dipotong.

Bubur ni,kalau buat secara bergotong-royong memang best.Dapat mengeratkan ikatan
silaturahim sesama kita.Kalau masak dalam kawah,warna dan rasanya pun berbeza.

Bubur Lambuk Segera






















Bahan-Bahan:
Beras 1 pot
Secubit halba
Segenggam udang kering
Garam secukup rasa
Daun kunyit
Bawang putih hiris
Kobak merah potong dadu (jika rajin dan suka)
Bawang goreng (jika suka)
Secubit serbuk lada putih
Santan
Daun sup

Cara:
1.Masukkan beras, bawang, udang kering, haba, daun kunyit, lobak merah ke dalam
periuk yang berisi air dan rebus sehingga mendidih
2.Masukkan santan, bawang goreng, serbuk lada putih, daun sup
3.Masak dalam lima minit, tutup api

Hiaskan dengan bawang goreng & cili merah dihiris halus.

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Kek Coklat Kukus Keju Coctail






















Bahan A
2 cawan tepung gandum ]
1 cawan serbuk koko ]
1 s/k baking powder ] ayakkan
1 s/k soda bikarbonat ]

Bahan B
1 cawan susu pekat
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang

Bahan C
4 biji telur ]
1 s/k esen vanilla ] kacau rata

Cara-caranya:
1.Panaskan kukusan dan lapikkan loyang dengan kertas minyak.
2.Masukkan semua bahan yg diayakkan dalam mangkuk.
3.Masukkan butter cair, air panas, gula dan susu pekat dalam mangkuk yg berisi bahan yg telah diayakkan.
4.Masukkan telur dan kacau adunan sehingga sebati.
5.Masukkan dalam loyang dan kukus selama 1 jam atau lebih sikit.
6.Sejukkan dan hiaskan dengan kerim keju dan buah2an koktel

Bahan krim keju:
250 gm keju cream philidephia
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan air agar-agar
1 cawan yogurt perisa mangga
1 tin buah2 koktel
1/2 cawan air dalam buah2 koktel

Cara:
1, Pukul keju cream dan gula sehingga rata/lembut.
2. Masukkan yogurt dan pukul lagi.
3. Masukkan air/cecair agar dan kacau rata.
4. Tuangkan atas kek span dan sapukan rata.
5. Taburkan buah2 koktel dan sejukkan beberapa jam.
6. Potong dan hidangkan

Kuih Bangkit Santan













Bahan-Bahan:
4 cawan tepung ubi
2 cawan tepung gandum
4 1/2 cawan gula halus
1/2 sudu serbuk penaik
4 biji telur ayam
1 biji kelapa

Cara menyediakannya:
1.Tepung ubi dan tepung gandum hendaklah digoreng terlebih dahulu. Kemudian ambil 3 cawan santan dari kelapa yang telah diparut.
2. Campurkan tepung ubi, tepung gandum, gula bersama serbuk penaik.
3.Pukul telur hingga kembang dan tuangkannya ke dalam tepung sambil mengguli bersamanya.
4.Tuangkan santan sedikit demi sedikit sambil menggulinya sehingga ianya lembut.
5.Canai dan terapkan mengikut acuan yang disukai.
6.Seterusnya bakar dengan menggunakan api yang sederhana sehingga
7.ianya kelihatan kekuningan. Setelah agak kekuningan, bolehlah diangkat untuk di simpan dalam balang kedap udara.

My Friends,My Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.my-resepi.blogspot.com. Powered by Blogger.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons