Nasi Lemak Kukus












Bahan-bahan: ( 4 @ 5 org )
5 cawan beras
2 biji pati santan
3 helai daun pandan
Garam secukup rasa

Cara-cara membuatnya :-
1). Didihkan air dalam pengukus. Basuh beras dan kukus dalam pengukus selama 20 minit atau beras separuh masak. Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sekurang-kurangnya 3-4 jam supaya beras memanjang 2 kali ganda.
2). Tukar air selalu jika perlu penyejukan lebih cepat. Setelah itu, kukus semula beras yang telah memanjang tadi hingga masak atau lebih kurang 15 minit. Keluarkan nasi yang telah masak dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam dan biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk dalam beras. Akhir sekali, kukus lagi sekali bersama daun pandan hingga nasi kelihatan berderai, cantik dan santan yang terserap tadi masak.
3). Tambahan: Semasa mengukus, lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak serata. Sekiranya hendak makan pada pagi, kukus dan rendam pada waktu malam sebelum. Lebih lama rendam, lebih panjang beras. Nasi lemak kukus ini lebih sedap dari yang ditanak biasa dan lebih untung kerana tiada kerak.

2 comments:

Apa Citer? said...

masa nak kukus nasi hingga masak, mcmana nak wat dengan beras tu? masukkan dalam loyang dan kukus tanpa air? atau bubuh air dalam loyang tersebut? atau masak dalam pengukus tersebut? minta panduan....

ZaiFa® said...

Masukkan air kedlm loyang bawah.Loyanang atas(yg lubang2),letak beras.Boleh guna daun pisang alas pada loyang yg berlubang2 tu.Carikkan daun pisang tu supaya air wap boleh lalu.Tapi bagi rapat skit supaya beras tak jatuh kebawah.

My Friends,My Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.my-resepi.blogspot.com. Powered by Blogger.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons