Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking powder-ayakkan
1 sudu kecil soda bikarbonat
Bahan B
1 cawan susu pekat
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang
Bahan C
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla - kacau rata
Cara membuatnya:
1.Panaskan kukusan dan lapikkan loyang dengan kertas minyak.
2.Masukkan semua bahan yg diayakkan dalam mangkuk.
3.Masukkan butter cair, air panas, gula dan susu pekat dalam mangkuk yg berisi bahan yg telah diayakkan.
4.Masukkan telur dan kacau adunan sehingga sebati.
5.Masukkan dalam loyang dan kukus selama 1 jam atau lebih sikit.
6.Sejukkan dan hiaskan dengan kerim keju dan buah-buahan koktel
Bahan krim keju:
250 gm keju cream philidephia
½ cawan gula halus
½ cawan air agar-agar
1 cawan yogurt perisa mangga
1 tin buah2 koktel
½ cawan air dalam buah koktel
Caranya:
1. Pukul keju cream dan gula sehingga rata/lembut.
2. Masukkan yogurt dan pukul lagi.
3. Masukkan air/cecair agar dan kacau rata.
4. Tuangkan atas kek span dan sapukan rata.
5. Taburkan buah2 koktel dan sejukkan beberapa jam.
6. Potong dan hidangkan
Gambar:Sumber dari carian internet
5 comments:
lenkali klu buat tu panjang2 kan lah ke blok F ye...heheh
Sya,tunggu besday haziq bulan january ni nanti.he2
Resep hebat yang bikin perut lapar . Kapan ya bisa buat seperti itu ?
nmpk mcm sdp je.yummy~
Wah...nak try :D
Post a Comment