Acar Buah

Bahan A:
• 10 g biji gajus
• 10 g cermai jeruk
• 10 g anggur jeruk
• 10 g kismis
• 2 biji timun, dihiris
• 2 biji lobak merah, dihiris
• Sedikit lobak masin, dicincang


Bahan B:
• 150 g halia, dihiris
• 10 biji bawang kecil, dibelah dua
• 6 biji bawang putih, dibelah dua
• 4 biji cili merah, buang biji dan dipotong
• 4 biji cili hijau, buang biji dan dipotong
• 1 camca tehl serbuk kunyit
• Garam dan gula pasir secukup rasa


Bahan C:
• 5 camca besar minyak masak
• 1/2 cawan cuka, disatukan dengan 1/4 cawan air dan 1 camca teh gula
• 1 camca teh biji sawi digoreng tanpa minyak
• 4 biji bawang kecil, dihiris
• 20 tangkai cili kering
• 3 cm kunyit hidup


Cara membuatnya:
1. Masukkan bahan A dan bahan B ke dalam mangkuk, gaulkan sehingga sebati. Perapkan
sejam kemudian sejat.
2. Bahan C, panaskan minyak masak di dalam kuali, tumiskan bawang kecil dan bahan yang
dikisar sehingga garing.
3. Kemudian masukkan campuran cuka dan didihkan selama tiga minit.
4. Seterusnya masukkan campuran bahan A dan B, kacau sehingga rata.

2 comments:

Cik Ceria said...

saya suka acar buah..smlm baru lepas makan..hehe..

ZaiFa® said...

mudah dibuat,sedap dimakan :-)

My Friends,My Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.my-resepi.blogspot.com. Powered by Blogger.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons