Rainbow Marble Puding


























Bahan-bahan:
1 bungkus serbuk agar-agar (13gm per paket)
675ml air
225gm gula pasir
65gm mentega
4 biji telur
1/2 tin susu cair
1 sudu makan tepung kastad
1 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh vanilla
pewarna (merah/kuning)


Cara membuatnya:-
1.Masak agar-agar,air & gula hingga mendidih.
2.Sambil tu,pukul telur dan masukkan susu & tepung kastad & kacau rata & adunan hendaklah ditapis
3.Setelah ditapis,satukan adunan telur & agar2 & kacau hingga rata serta masak semula adunan sehingga mendidih.
4.Masukkan mentega & vanilla & kacau rata.
5.Bahagikan adunan kepada 3 bahagian (seperti gambar di bawah).Satu adunan dicampurkan koko (yang dicampurkan sedikit air),dan 2 lagi adunan diwarnakan mengikut kegemaran masing-masing.


From:Yatie's Cooking.
Kalau anda nak order dgn beliau boleh la.Sedap....

Ana Raffali ft Sohaimi Meor Hassan-♪♪Kalau Berpacaran♫ ♫

Korang mesti suka dengar lagu ni,dulu Ana Raffali ni orang tak berapa nak kenal.
Sejak lagu Kalau Berpacaran ni 'meletup' terus glamer budak ni.
Siap masuk Final Juara Lagu tuu...Tahniah! Satu langkah yg baik buat penyanyi baru.
Jom kita dengar lagu ni pulak.Kalau nak download,klik link kat bawah tu.
Sharing Is Caring♫ 

Sohaimi Mior Hassan
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang
Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya
Ulang korus

Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah
Ulang korus 2x


Maher Zain-♪♪Insyaallah♪♪

Kali ni saya nak berkongsi lirik & lagu mp3 top masa kini.
Asyik dok kongsi resepi jerr,sekali-sekala kongsi lagu apa salahnya.
Saya pasti,ramai yang suka lagu ni...Kalau nak download,ada link kat bawah tu.



Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way



Nak download? klik sini:Maher Zain - Insyaallah.mp3

Agar-agar Pelangi














 

Lapis Transparent:
2 sudu mkn agar-agar powder
1200ml air
200gm gula pasir
Colorings - green is a must & the rest ikut citarasa sendiri

Lapis Santan:
2 sudu mkn agar-agar powder
400ml santan pekat
800ml air
200 gm gula pasir
1/2 sudu teh garam

Cara memasak:
1.Masak semua bahan transparent except colorings hingga hancur
2.Tapis & letak semula atas api kecil/double boiler sehingga lapis santan siap.
3.Masak bahan lapis santan except santan & garam sehingga hancur
4.Setelah hancur, kecil api & masukkan santan & garam & dikacau
5.Tapis & letak semula atas api kecil/double boiler

Cara-cara melapis:

1.Sukat 250ml agar-agar transparent, bubuh pewarna & tuang ke dlm loyang
2.Biar keras seketika sebelum memulakan proses yg sama untuk lapis kedua iaitu lapis santan
3.Buatlah begitu sehingga habis
 

Sirap Bandung Bersoda

Bahan-bahan:
2 gelas air
2 sudu kecil sirap ros
4 sudu besar susu penuh krim
1/2 cawan aiskrim soda
Sedikit selasih direndam
Ketulan ais secukupnya


Cara Menyediakan:
Bancuhkan air berserta sirap ros,kacau sehingga rata.
Kemudian masukkan susu serta aiskrim soda,seterusnya masukkan selasih.
Sejukkan minuman dengan ketulan ais.

Kuah Rojak S'pore















Bahan-bahan:
450 gm keledek-direbus empuk
2.5 liter air
2 sudu mkn serbuk cili
3 sudu mkn gula merah + gula pasir (ikut citarasa masing2)
1/2 sudu mkn asam jawa + 2 sudu mkn air (pekat)
2-3 sudu mkn kacang tanah-digoreng & dikisar halus (guna sikit utk dptkan rasa)
Sedikit bijan goreng tanpa minyak

Cara membuat:
1.Kisar keledek dengan air rebusan keledek tadi hingga halus.
2.Serbuk cili direbus dengan sedikit air didlm mangkuk yg berasingan sehingga sebati.
masukkan keledek yg telah dikisar dan dimasukkan di dalam mangkuk dan tuangkan cili serbuk yg
telah di rebus tadi ke dlm mangkuk keledek dan masak dgn api yg perlahan.
3.Selepas tu masukkan gula merah dan air asam jawa yg pekat.
4.Kalau ada jem nenas bolehlah diletak sikit utk tambahkan pekat kalau tak ada bolehlah.
ditambahkan gula.
5.Masukkan sedikit pewarna merah utk menaikkan warna.
6.Kalau kuah dah pekat masukkan kacang tanah yg telah dikisar (letak sikit utk dptkan rasa).
7.Akhir sekali bolehlah dimasukkan bijan goreng dan dikacau sehingga sebati.

Bahan Sampingan:


Sengkuang
Timun
Tauhu goreng
Kentang,direbus,dihiris,digoreng keperangan
Telur,direbus,dihiris

Popia Daging Segera





















Bahan-bahannya:
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 inci halia
2 ulas bawang besar
1 peket daging cincang
Sayur campur
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
1 sudu makan cili kering
1 sudu sos cili
1 ½ sudu makan sos tomato
1 ½ sudu makan sos tiram
Kulit popia


Cara membuatnya :-
1.Tumis bawang dan halia sampai wangi
2.Masukkan cili kering, sedikit air dan sos
3.Masukkan daging cincang,sayur campur,lada sulah,bawang besar,garam dan serbuk perasa. Tumis sehingga kering.
4.Ambil kulit popia dan balut dgn inti daging.

Boleh di simpan di dlm peti sejuk..Kalau nak makan,boleh terus goreng.
Sedap dicicah dengan sos.
Selamat mencuba ;)

Selamat Hari Raya Aidiladha


Selamat HariRaya Aidiladha buat semua pengunjung blog ini.Semoga anda semua dirahmati oleh Allah swt.Kalau memandu pulang ke kampung,pandulah dengan berhati-hati.Ingat keluarga tersayang.

Kek Koko Moisture Hitam Manis

Bahan-bahan:
2 biji telur ayam
1 cawan susu pekat
1 cawan gula
1 cawan minyak jagung
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 camca teh serbuk penaik
1 cawan air suam

Cara membuatnya:
1.Masukkan telur,susu pekat,gula dan minyak jagung
ke dalam pengisar selama 15 minit.
2.Kacau perlahan tepung gandum,serbuk koko dan serbuk
penaik sehingga sebati.
3.Masukkan air suam dan bahan yg dikisar tadi,
kemudian kacau lagi sehingga rata.
4.Masukkan ke dalam mangkuk kecil dan kukus selama 25 minit.


TIP:Gunakan air suam kala membancuh kek yg dikukus supaya
kek tidak bantat.Air sejuk akan menyebabkan bancuhan pekat
sehinggan akhirnya kek menjadi bantat.

Tauhu Sambal

















Bahan-bahan:
2-3 keping tauhu - goreng dan potong dadu
1 senduk cili kisar
3 biji bwg merah dikisar
2 ulas bwg putih dikisar
Sejemput udang kering - bleh ganti ikan bilis dikisar
1 biji bwg besar - hiris
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
Gula dan garam secukup rasa


Cara menyediakan:
1.Panaskan minyak,tumis bhn tumbuk dan juga cili kisar hingga pecah minyak dan cili masak.Masukkan bawang besar.
2.Masukkan pula sos tomato,sos cili,dan juga kicap manis.Masukkan air sedikit.Kacau.
3.Masukkan tauhu,gula@madu dan juga garam secukup rasa.Gaul sebati.
4.Angkat dan hidangkan dengan menaburkan daun bawang.

Ketam Bercili


Bahan-bahan:
6 ekor ketam
3 ulas bawang putih dikisar
15 tangkai cili kering dikisar
3 sudu besar sos cili
1/2 sudu besar sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit daun sup/bawang


Cara menyediakan:
1.Rebus atau kukus ketam hingga kulitnya bertukar warna kemerah-merahan.
2.Selepas itu,kopek kulitnya dan bersihkan.Sepit ketam pula harus diketuk agar isinya mudah dimakan.Ketepikan.
3.Tumis bawang putih yang telah dikisar hingga naik bau.Baru masukkan cili kering dan tumis hingga garing.
4.Kemudian masukkan pula sos cili dan sos tomato.Gaul rata.
5.Bila sudah agak garing,masukkan garam dan gula secukup rasa.
6.Kemudian,masukkan 1/2 cawan air bersama ketam.Masukan daun sup/bawang dan gaul rata.
7.Sedia untuk dihidangkan

Muruku


Bahan-bahannya:
Bahan A
1 bungkus tepung muruku (400g),digoreng tanpa minyak
2 sudu besar bijan, digoreng tanpa minyak
1 sudu besar jintan manis
1 sudu teh jemuju (jika suka – optional)
2 sudu besar serbuk rempah kari daging
½ sudu teh soda bicarbonate.
Garam mengikut rasa
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
3 sudu besar marjerin atau minyak sapi,cairkan
Santan – mengikut adunan doh,ketika menguli (adunan doh kental)

Cara membuatnya:
1.Campur semua bahan A di atas dan gaul hingga sebati.
2.Kemudian masukkan marjerin cair.Gaul adunan hingga menjadi seperti serbuk roti.
3.Buat lubang di tengah adunan dan masukkan santan sedikit demi sedikit.
4.Uli adunan hingga menjadi doh yang kental dan jadikan kepada beberapa ketul doh yang kecil.
5.Rehatkan doh selama ½ jam.
6.Masukkan doh ke dalam acuan maruku dan pusing di dalam minyak yang panas.Masukkan daun kari dan goreng terendam hingga kekuning-kuningan.
7.Akhir sekali,sejukkan muruku dan simpan dalam bekas kedap udara.

My Friends,My Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.my-resepi.blogspot.com. Powered by Blogger.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons