Siakap Sweet Sour


















Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap [dibersihkan dan kelarkan]
garam dan kunyit

Bahan untuk sos:
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa
minyak

Cara menyediakan:

1.Ikan dilumurkan garam dan kunyit. Gorengkan sehingga garing.
Terbalikkan dua2 belah supaya masak rata.
2.Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putih dan halia.
3.Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
4.Masukkan juga cili potong, garam dan gula.
5.Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang digorengkan tadi.
6.Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.

Lamb Chop


Bahan-Bahan:

Utk perap daging:
10 keping daging kambing(slices )
setongkol halia +-10 cm(ditumbuk halus)
3 sudu kecil lada hitam(ditumbuk halus)
kicap manis
selabu bawang putih(ditumbuk halus)
3 sudu osyter sauce
Garam dan gula secukup rasa

Utk Gravy:(Black pepper gravy)
1 Liter susu segar
2 sudu besar tepung jagung(utk pekatkan kuah)
3 sudu besar Lada hitam(ditumbuk halus)
3 sudu besar tomato sos atau cuka(1 sudu kecil)
Kicap manis
Butter(2 sudu besar)
Kiub daging lembu(2 ketul)

Cara membuatnya:
Daging yg diperap:
1.Gaulkan kesemua bahan diatas dan perap selama 2 jam.
2.Untuk memasak,gunakan sedikit minyak atau kuali non stick.
3.Masak sehingga daging empuk.Jgn terlalu lama,kerana jika overcook,daging akan keras.

Utk gravy:
1.Panaskan butter.Setelah cair masukkan semua bahan yang lain dan tunggu sehingga mendidih.
Setelah mendidih,angkat dan sedia utk digunakan.

Tambahan:
Sukatan gravy diatas adalah utk 20 keping daging

Mee Rebus


Bahan-bahan:
1 paket mee kuning - celur
Bahan sayuran:
50 sen Taugeh - celur
Sedikit daun sup - hiris nipis
Sedikit daun bawang - hiris nipis
Bawang goreng
4 keping tahu di goreng dan dihiris nipis.
5 biji Cili hijau - dihiris nipis
Limau nipis/limau kasturi - di belah dua
Telur rebus - belah dua

Bahan-bahan kuah:
Sedikit minyak untuk menumis
4 sudu cili kering yang di kisar
3 biji bawang merah - kisar
3 sudu lengkuas yang di kisar
4 batang serai dikisar halus
2 biji bawang putih - kisar
RM 3 udang kering - kisar - lagi banyak lagi sedap.
300gm udang hidup - direbus dan kisar halus
1kg ubi keledek merah - direbus dan blender halus
3 sudu gula atau secukup rasa
garam secukup rasa
Sedikit ajinomoto
4 sudu sos tomato
Air - agak-agaklah

Cara memasak:
Tumiskan bawang merah, bawang putih,lengkuas,serai,cili kering dan udang kering yang telah di kisar hingga naik minyak dan berbau wangi.
Masukkan udang hidup yang dikisar dan air rebusannya sekali.
Masukkan keledek yang telah dikisar dan tambahkan air secukupnya.masukkan garam,gula,aji,sos tomato.
Biarkan mendidih dan siap untuk di hidang dan dimakan.

Claypot Yee Mee

Bahan-bahan:
Daging ayam
1 ketul yee mee
Fish cake
fish ball
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
Beberapa helai daun sawi
1 biji telur ayam (utk seorang makan)
3 sudu makan minyak bijan (minyak bijan ni penting utk menentukan claypot yee mee kita sedap)
1 atau 2 kiub ayam ikut suka
Cili api
Kicap cair
Sayuran lain boleh juga dimasukkan spt lobak merah,cendawan kering (direndam dahulu sampai lembut) dan bunga kobis.

Cara-cara membuatnya:
1.Dalam bekas lain tumiskan bawang putih sampai wangi.
2.Lepas tu masukkan minyak bijan,sayuran,segala fish dan Yee mee serta telur tadi kedalam kuali.
3.Jangan lama-lama sangat agak-agak Yee mee dah lembut dan telur dah masak.
4.Kalau gunakan claypot lagi sedap caranya sama aje cuma calypot digantikan dgn kuali itu aje.
5.Dah siap bolehlah dihidangkan dengan cili api yang dipotong-potong ikut suka dicampurkan dgn kicap cair(sambal cili ni buat dalam bekas lain tau)

Nasi Minyak Kismis


















Bahan-bahan:
700 gram beras
100 gram bawang besar dihiris
50 gram halia dihiris
50 gram bawang putih dihiris
30 gram daun pandan
Kayu manis
Buah pelaga
Bunga cengkih
200 gram minyak sapi
300 gram susu segar
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:
1)Bersihkan beras dan toskan airnya.
2)Panaskan minyak sapi dan tumiskan bawang besar,halia,bawang putih bersama kayu manis,buah pelaga,bunga cengkih dan daun pandan.
3)Masukkan beras ke dalam periuk tumisan,kemudian masukkan air dan susu segar serta garam.
4)Tutup periuk tetapi hendaklah dikacau sekali sekali dengan api perlahan.
5)Selepas masak dan sedia untuk dihidangkan,taburkan kismis di atasnya.

Murtabak Segera


Bahan-Bahan:
100 g daging cincang
2 biji ubi kentang
1 sudu setengah rempah kari
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
Daun sup
Minyak
1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
Kulit popia
2 biji telur

Cara Menyediakan:

1.Mula2 buat inti utk murtabak.Caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu.
Tumiskan bawang.
2.Apabila bawang sudah layu,masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air.
Goreng sehingga pecah minyak.Kemudian masukkan daging cincang.
3.Apabila daging masak,masukkan kentang yang dipotong dadu.Masukkan garam dan ajinomoto.
Jika terlalu kering,tambahkan air.Masak sehingga kentang empuk.
Akhir sekali masukkan daun sup.
4.Pukul telur di dalam mangkuk.Masukkan inti tersebut ke dalam telur.Kacau sehingga sebati.
5.Ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat.
Cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
6.Goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.

Cakoi


















Bahan-bahan:
1 cawan air
2 cawan tepung roti
¼ sudu kecil instant yeast
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
¾ sudu kecil tawas (alum)
½ sudu kecil baking soda
1 sudu besar minyak
Minyak utk menggoreng

Cara menyediakan:
1.Masukkan semua bahan2 ke dalam breadmaker,pilih menu buat doh dan ON kan.Bila dah siap uli,keluarkan doh dari breadmaker.Taburkan tepung ke atas papan canai. Bahagikan doh kepada 2,buatkan bentuk panjang(40cm) setiap satu.Tutup doh dgn kain atau plastic wrap,biar naik dlm suhu bilik selama 45 minit.
2.Ratakan doh dgn tangan,biar jadi 1cm tinggi dan 5-6cm tebal.Potong 2-2.5cm,biar rehat selama 10-15 minit lagi.
3.Panaskan minyak utk menggoreng (deep-fry) dgn api kecil.Ambil sekeping doh,masukkan sedikit air dgn mengunakan lidi sate seperti dlm gambar.
4.Letak sekeping doh diatas doh tadi,tekan di tengah2 dgn lidi sate.
5.Pegang kedua-dua hunjung dan tarik pelahan-lahan,biar jadi 15-20cm panjang dan terus masuk ke dalam minyak panas.Kacau sikit apabila dia dah timbul dipermukaan minyak supaya dia jadi lebih kembang.Goreng sehingga perang keemasan

Kambing Sos Rosemary
















Bahan-bahan:
500 gm daging kambing (Lamb Shoulder)
1/2 liter pati lembu
10 gm daun rosemary
2 ulas bawang putih (kisar)
4 ulas bawang merah (kisar)
2 cm halia (kisar)
Sedikit garam dan gula

Cara menyediakan:

1.Gaulkan daging kambing dengan garam sehingga rata.Biarkan seketika,kemudian panggang.
2.Sementara itu,tumiskan bawang merah,bawang putih,halia dan daun rosemary sehingga naik bau.
3.Selepas itu,masukkan pati lembu.Kacau seketika barulah angkat dan tuangkan ke atas daging kambing yang dipanggang tadi.

*Cara mudah untuk mendapatkan pati lembu begini caranya.Ambil tiga kuib pati daging lembu dan bancuhkan dengan setengah liter air.

My Friends,My Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.my-resepi.blogspot.com. Powered by Blogger.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons