Bahan-bahan:
Ikan tenggiri/ikan merah - sepotong bersaiz sedang (untuk dibuat fish ball)
Bawang goreng - secukup bau dan rasa
Lada sulah - secukup rasa
Halia 3cm - dipotong kasar
Sayur campur - kobis, bunga kobis, cendawan, lobak, tomato (1biji)
Daun bawang
Cara menyediakan:
1.Ikan tenggiri dibuang tulang/durinya dan ditumbuk halus.
2.Masak air didalam bekas untuk membuat sup tadi sehingga mendidih (kuantiti air ikut suka anda)
3.Apabila air telah mendidih , masukkan ikan yang telah ditumbuk dan dibentuk seperti bebola ke dalam periuk tadi.
4.Biarkan sehingga warna bebola menjadi putih apabila dimasukkan ke dalam air mendidih. Biarkan sehingga 5-10 min. Masukkan hirisan halia.
5.Masukkan sayur-sayur ke dalam sup ikan tadi, masukkan lada sulah secukup rasa.
6.Kecilkan api, masukkan bawang goreng dan biar sehingga 5 min.
7. Sebelum dihidang letak daun bawang yang telah dihiris.
0 comments:
Post a Comment