Ikan Patin Lemak Tempoyak

Bahan kisar:
5 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi
halia
kunyit hidup
4 biji bawang kecil
2 biji bawang putih

Bahan² :
Ikan patin
Daun kunyit
1 batang serai,dititik
3 cawan santan
Garam secukup rasa
Tempoyak

Cara membuatnya:
1.Masukkan bahan dikisar ke dalam periuk,ikan patin,daun kunyit dan serai.
2.Jerangkan ia di atas api,tuangkan santan,garam dan kacau sehingga kuah mendidih.
3.Akhir sekali masukkan tempoyak,gaul rata dan biar ia masak.
Angkat dan hidangkan.

Kek Labu Berkeju Bersama Krim Karamel-Chef Johari






















Bahan²:
1 biji Oren
1 ¼ cawan Gula
225gm Krim Keju (yang lembut)
1 cawan Labu (puri)
6 biji Telur
1 tin Susu Sejat
½ cawan Krim Putar
¼ cawan Estrak Oren
1 sudu teh Estrak Vanilla
1 sudu teh Serbuk Kayu Manis
Secubit Serbuk Buah Keras


Cara-cara penyediaan:
1.Panaskan ketuhar (Microwave Convection Oven trigger) dengan suhu 150C. Pada masa yang sama, masukkan air ke dalam ‘saucepan’ dan panaskan sehingga mendidih.
2.Sementara itu, dengan menggunakan pengupas buah, kupaskan kulit buah oren sebanyak 6 jalur dengan ukuran 3 inci setiap 1 jalur.
3.Dengan menggunakan pisau, buangkan empulur putih dari kulit buah oren yang telah dijalurkan tadi.
4.Dengan menggunakan ‘saucepan’, panaskan kulit oren yang telah dikupaskan tadi bersama ¾ cawan gula dan ¼ cawan air panas yang dididihkan dengan api yang sederhana. Tutupkan periuk dan biarkan selama 5 minit.
5.Kemudian, buka penutup periuk dan masak selama 1-2 minit atau sehingga campuran gula tadi menjadi warna keperangan atau karamel.
6.Masukkan karamel panas tadi ke dalam acuan logam (metal loaf pan). Dengan menggunakan garfu, keluarkan jalur kulit oren. Ketepikan acuan.
7.Dengan menggunakan mangkuk yang besar , pukul krim keju dengan menggunakan pemutar dengan kelajuan sederhana bersama ½ cawan gula selama 2 minit.
8.Dari masa ke semasa, guna spatula getah untuk membersihkan tepi mangkuk dari krim keju supaya kesemua krim keju dapat diputar secara keseluruhan.
9.Selepas itu, masukkan labu dan telur satu per satu. Kurangkan kadar kelajuan dan campurkan susu sejat, krim, estrak oren, vanilla, serbuk kayu manis dan serbuk buah keras, bersama secubit garam. Putar sehingga kesemua bahan-bahan sebati.
10.Campurkan campuran labu yang di putar tadi ke dalam karamel. Ratakan ia dengan menggunakan spatula getah. Letakkan acuan logam (metal loaf pan) ke dalam Loyang membakar (baking pan) dan letakkan di dalam ketuhar (microwave convection oven trigger). Dengan berhati-hati, tuangkan air panas ke dalam Loyang membakar (baking pan) sebanyak ¾ daripada acuan logam (metal loaf pan).
11.Masakkan selama 1 jam 10–15 minit atau sehingga masak. Kemudian keluarkan acuan logam (metal loaf pan) dari Loyang membakar (baking pan) untuk sejukkan selama 1 jam. Tutup dan sejukkan krim karamel sekurang-kurangnya 8 jam atau semalaman.
12.Untuk mengeluarkan dari acuan, lalukan spatula logam yang kecil atau pisau di sekeliling acuan. Telangkupkan acuan di atas pinggan yang digunakan untuk menghidang selama beberapa minit supaya sirap karamel keluar daripada acuan.
13.Sedia untuk dihidangkan.

Happy New Year 2012!!


Selamat Tahun Baru 2012 buat semua pembaca & Follower Blog Koleksi Resepi Zaifa.
Semoga tahun 2012 lebih baik dari tahun sebelumnya.



Info:Pokok Mambu



Pokok mambu atau Azadirachta indica daripada keluarga Meliaceae. Tumbuhan ini, walaupun biasanya tumbuh liar kadangkala ditanam sebagai pokok teduhan kerana ia senang berkembang.Tepi daunnya bergerigi jelas dan agak tajam. Di bahagian atas daun kelihatan jalinan uratnya lebih jelas dan berwarna sedikit kekuningan. Menurut Pengarah Bahagian Tumbuhan Ubatan FRIM, daun pokok mambu mempunyai beberapa kegunaan dalam perubatan tradisional. Menurutnya daun mambu boleh digunakan untuk merawat bisa pokok jelatang gajah, demam campak dan meredakan demam panas. Daun mambu yang bersifat antiserangga juga boleh digunakan untuk mengelak serangan serangga pada tanaman.

Kaedah penggunan daun mambu untuk menghilangkan rasa gatal kerana demam campak ialah dengan mengambil beberapa helai daun mambu kemudian ditumbuk sehingga lumat. Setelah itu sapulah daun tersebut ke badan pesakit. Bagi mengurangkan demam panas, rebus akar pokok mambu sehingga mendidih, kemudian ditapis bagi mendapatkan air rebusannya. Air tersebut diminum apabila suam. Bagi merawat bisa terkena pokok jelatang gajah, ambil beberapa helai daun pokok mambu yang segar, dibersihkan terlebih dahulu kemudian dikunyah mentah. Rasanya yang berangin seperti pudina bukan sahaja boleh mengurangkan bisa malah boleh menyegarkan mulut.

Talam Seri Delima




Bahan-bahan untuk lapisan bawah:


300 ml santan pekat
900 ml air
130 gm tepung beras
50 gm tepung kacang pis
1 cawan gula pasir
6 biji sengkuang cina - dibuang kulit dan dipotong dadu
Sedikit garam


Bahan-bahan untuk lapisan atas:


1 1/4 cawan santan pekat
2 cawan air
2 biji telur gred A
1 cawan gula pasir
1/2 cawan tepung gandum
1/3 cawan tepung jagung
Sedikit pewarna merah
Sedikit garam


Cara menyediakan:


1. Untuk lapisan bawah, masukkan campuran santan bersama air.
2. Masukkan juga gula dan garam ke dalam periuk.
3. Kacau tanpa henti di atas api yang kecil sehingga pekat.
4. Masukkan sengkuang cina dan dikacau hingga rata sebelum dituangkan ke dalam loyang.
5. Ratakan dengan plastik, kemudian kukus selama 10 hingga 15 minit.
6. Untuk lapisan atas, masukkan kesemua bahan, kecuali garam dan gula ke dalam pengisar.
7. Kisar kesemua bahan hingga sebati.
8. Tuangkan ke dalam periuk. Masukkan garam dan gula.
9. Kemudian kacau tanpa henti di atas api kecil sehingga naik wap.
10. Tuangkan ke atas lapisan putih dan kukus selama 10 hingga 15 minit atau sehingga masak.
11. Sejukkan sebelum dipotong untuk dihidangkan.

Sumber Resepi dari SajiOnline  :-)

Kek Karamel

















Bahan²:

(A)-Gula Hangus

* 2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
* *tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n warna tukar jd perang)
* Ketepikan dulu

(B) - Bahagian Atas

* 1/2 tin susu cair FN...(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)
* 70 gm gula kastor
* 1/2 sudu teh esen vanila
* 3 bj kuning telur...(kalau tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur)

(C) - Lapisan Kek

* 140 gm tepung gandum
* 70 gm gula kastor
* 3 bj kuning telur
* 135 ml air biasa
* 1 sudu teh baking powder
* 45 ml minyak msk

(D) Merinque

* 6 bj putih telur
* 70 gm gula kastor
* 1 sudu teh krim of tartar

TAMBAHAN : 2 SUDU BESAR SUSU PEKAT MANIS..kek lebih lembut & sedap

Cara membuatnya:

* Kacau semua bhn (B) perlahan².Jangan bagi berbuih²
* Masukkan bahan (B) kedalam loyang gula hangus tadi.Ketepikan.
* Pukul bahan (C) Ketepikan.(masa ni bolehla tambah susu pekat manis tu)
* Pukul sampai bahan (D) sampai jadi kembang & bila kita angkat dia tak jatuh
* Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul dengan senduk hingga sebati
* Bahagikan kepada beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau nak
* Masukkan ke dalam loyang yang ada gula hangus tadi (A + B)
Selang-seli warna,letak ditengah2 loyang.
* Bakar cara double boiling - selama 1 jam suhu 160-180'C
* Bila masak angkat & rehatkan 10 minit baru terbalikkan kek yg dibakar tadi.
* Masukkan dalam peti sejuk 1 jam dan lepas tu enak dimakan sejuk².

Kredit to:Blog Dapur Mamasya :-)

ZaiFa:Dah berpuluh kali aku tengok blog² yg buat kek karamel ni.Teringin nak buat rasanya.he.hee
Insyaallah akan aku buat juga hujung minggu ni,kalau dah siap,nanti saya postkan gambar kat sini
Bahan² dah ready,tunggu masa yg sesuai jer. :-)

My Friends,My Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.my-resepi.blogspot.com. Powered by Blogger.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons