Kek Ros Marmar

Bahan-Bahan:

150g mentega
150g gula kastor
3 biji telur
160g tepung naik sendiri,diayak
2 camca besar Krimer Sejat F&N
1/2 camca teh esen vanilla
2 titis esen ros
1 titis pewarna merah

Cara-cara:

1.Alas tin pembakar dengan kertas minyak dan sapukan dengan sedikit mentega.Panaskan ketuhar pada suhu 170°C.

2.Potong mentega kepada kiub 2 sm.Biar lembut sedikit sebelum diadun dengan gula.Pukul hingga lembut dan kembang.Masukkan telur sebiiji demi sebiji dan pukul hingga halus.

3.Masukkan separuh daripada tepung,disusuli dengan Krimer Sejat F&N.Jangan kacau terlalu lama.Masukkan baki tepung.

4.Bahagikan adunan kepada dua.Satu bahagian ditambahkan esen vanilla dan bahagian yg lagi satu dititiskan esen ros serta pewarna merah.

5.Selang-selikan kedua² adunan ke dlm tin pembakar.Untuk kesan marmar,putarkan adunan dgn hujung pisau kecil.

6.Bakar selama 25-30 minit atau sehingga kek naik dan berwarna perang keemasan.Biarkan kek sejuk dihidang.


2 comments:

Lynn Hamzah said...

dah lama x buat kek...huhuhu...

Cik Honney said...

sedapnya kek..dh lama xbaking kek sejak future stdy nie....lapar kek ler..huhu

http://www.wadahberbicara.my/

My Friends,My Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.my-resepi.blogspot.com. Powered by Blogger.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons