Kuih Seri Muka


Resepi Kuih Seri Muka


Bahan² lapisan bawah:

500gram beras pulut
300gram air
180gram santan pekat
3/4 sudu besar garam
4 sudu besar minyak

Cara² membuat lapisan bawah:

Basuh beras pulut terlebih dahulu.
Campur semua bahan² lapisan bawah ke dlm loyang dan kacau hingga sama rata dgn sudu.
Masukkan kedalam periuk pengukus.Kukus selama 30 minit dgn api yg kecil.
Balut tudung pengukus bagi mengelakkan air menitis ke dlm loyang.

Bahan² lapisan atas:

150gram tepung gandum
4 sudu besar tepung ubi
4 biji telur
450 gram santan pekat
350gram air
garam
pewarna hijau

Cara² membuatnya:

Campur kesemua bahan² lapisan atas kedlam bekas.Pukul sehingga gula hancur dan sebati.

Letakkan pewarna sedikit demi sedikit,sehingga warnanya menarik.Boleh gunakan pes pandan utk lebih menarik.

Apabila lapisan bawah (pulut) masak,keluarkan loyang dan tekan dgn belakang sudu atau senduk sehingga ia mampat dan padat.

Tuang adunan lapisan atas ke dlam loyang yg berisi pulut yg telah dipadatkan.
Kemudian kukus sekali lagi dalam masa 1 jam.

Selepas 1 jam masak,boleh keluarkan dari pengukus.Seri Muka yg baru dimasak akan kelihatan seperti lembik dan berair.Biarkan sejuk seketika.

Dah siap untuk dimakan.Selamat mencuba!

0 comments:

My Friends,My Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.my-resepi.blogspot.com. Powered by Blogger.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons