Bahan-bahan:
500 gm udang
30 biji buah petai
1 labu bawang besar
½ cawan jus asam jawa
3 s/b sos tomato
Minyak
Garam
Gula
Bahan dikisar:
20 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Cara menyediakan:
1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak.
2.Masukkan jus asam jawa dan sos tomato.Kacau rata dn biarkan sehingga naik minyak.
3.Masukkan udang, petai , bawang besar dan garam serta sedikit gula.Masakkan sehingga pekat dengan api kecil.
4.Bila dah nampak pekat boleh tutup api dan masukkan dalam mangkuk hidangan.
0 comments:
Post a Comment