Ketam Lada Hitam





















BAHAN-BAHAN:
2 ekor ketam
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
40 gm halia
1 tangkai cili merah
50 gm sos lada hitam
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1 biji telur
1 sudu lada hitam (tumbuk)
1 sudu kecil minyak bijan

CARA MENYEDIAKAN:
1)Rebuskan ketam dan ketepikan.
2)Panaskan minyak, tumiskan bawang putih,bawang besar,halia dan cili yang dihiris halus.
3)Kemudian masukkan sos lada hitam, kicap cair, kicap pekat dan lada hitam.
Kacau rata.
4)Masukkan ketam, minyak bijan dan minyak bawang putih.
5)Masukkan garam secukup rasa dan telur yang telah dipukul.
Gaul rata dan biarkan mereneh.

Chicken Chop

Bahan-bahan:

1 ekor ayam (diambil peha dan dada)
1 biji telur
1 biji tomato
1 helai daun salad
Sedikit daun pasli
Sedikit lada sulah
20 gm potato chip (digoreng)
20 keping biskut tawar (dikisar halus
Sedikit Lea & Perrin atau tepung ubi (untuk disapu pada ayam)

Bahan sos:
1 biji lada buah
1 biji bawang besar
2 sudu besar sos cili
½ batang lobak merah
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos lea & perrin
2 ulas bawang putih (dicincang halus)

Cara membuatnya:
Gaulkan ayam bersama lada sulah, lea & perrin.
Kemudian gaul rata menggunakan tepung ubi.
Pecahkan sebiji telur dan celupkan ayam.
Salutkan biskut tawar yang telah dikisar ke ayam.
Goreng ayam hingga kekuningan dan angkat.
Masakkan sos selama satu minit.
Hidangkan.

Sambal Ikan Bakar

Bahan-bahan:
100g bawang merah
50g bawang putih
50g cili kering
2 batang serai
1 tin sambal Udang(Yeo's brand)
3 - 4 keping asam keping/asam gelugor
100-200g gula pasir
Garam & Ajinomoto

Cara membuatnya:
Panaskan minyak makan & masukkan bawang merah/putih
yg sudah di kisar sampai kuning @ bau angkat
Masukkan cili kering yg sudah dikisar gaul sehingga rata
Masukkan 1 tin sambal udang Yeo's
Ketukkan/masukkan 2 bawang serai dan 4 keping asam gelugor.
Akhir sekali masukkan gula,gram & perisa(ajinomoto)secukup rasa

Sesuai utk pelbagai jenis ikan dan ianya hendaklah di panggang menggunakan daun pisang.
Letakkan sambal ikan tadi diatas badan ikan yg sudah dipanggang dan perahkan sebiji limau kasturi.

My Friends,My Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.my-resepi.blogspot.com. Powered by Blogger.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons