BBQ Dinner












mmmm....kali ni cuma nak kongsi gambar semasa BBQ Dinner kat Berjaya Hills,Bukit Tinggi.Company Offsite meeting.1 hari jerr.Makanan semua sedap2 belaka.Apa lagi...layan sampai kekenyangan.
Nantikan resepi2 yg terbaru dari saya.

Cucur Udang












Bahan-Bahan:
300 g udang basah (dicincang)
1 cawan serbuk roti
4 sudu besar susu cair
1 sudu teh baking powder 1 sudu teh serbuk jintan
1 sudu teh serbuk rempah kari
1 biji telur (dipukul)
Sedikit garam

Cara membuatnya:
Panaskan minyak dan goreng bawang, kemudian masukkan udang gaul sebentar dan diangkat.
Gaulkan udang dengan serbuk roti, baking powder, serbuk rempah dan garam.
Masukkan telur dan cucu cair uli hingga rata kemudian bentuk bulat-bulat kecil. Goreng hingga masak.
Cucur ini sedap dimakan dengan cili sos.

Biskut Chocolate Pretzel

Bahan-Bahan:
250 gm mentega
120 gm gula aising
100 gm telur
50 gm susu UHT 10 gm gula castor yang telah digaulkan dengan vanila
450 gm tepung
10 gm serbuk koko

Cara membuatnya:
Pukul mentega, gula aising dan telur hingga kembang.
Gaulkan susu UHT, gula castor, tepung dan serbuk koko.
Dengan menggunakan beg aising, bentukkan seperti dalam gambar. Bakar dalam ketuhar sehingga masak.
Sejukkan di dalam peti sejuk seketika dan celupkan dalam coklat yang telah dicairkan.

Bihun Sup Utara




































Bahan-Bahan:
600 gm tulang daging
300 gm tauge
600 gm bihun
150 gm kacang tanah
6 labu bawang merah
4 sudu besar minyak
3 sudu besar cili mesin
1 sudu besar lobak masin 1 pokok daun saderi
1 pokok daun bawang
2 biji asam limau
2 biji cili merah
4 keping tauhu
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara membuatnya:
Potong daun saderi dan daun bawang sepanjang 1.5 cm.
Bersihkan tulang dan rebus bersama garam.
Masukkan 1 sudu besar daun bawang dan daun saderi.
Masak selama 1 jam.

Celur bihun dan ketepikan.
Celur tauge dan lobak masin.Ketepikan.
Mayang bawang merah dan goreng.
Goreng tauhu dan apabila masak hiris nipis-nipis.
Goreng kacang tanah tanpa minyak.
Tumbuk atau mesin hingga halus.
Panaskan 1 sudu teh minyak dalam kuali dan tumis cili mesin.
Masukkan garam dan gula.
Angkat dan ketepikan.
Apabila menghidang elok disediakan mangkuk berasingan bagi setiap orang.
Masukkan bihun, taburkan daun saderi, daun bawang, bawang goreng, tauhu, lobak masin dan tauge.
Tuangkan kuah ke atas bihun.
Taburkan kacang tanah dan satu sudu teh cili tumis.
Perah limau nipis dan tabur cili potong, jika suka.

Belanja DFacebook

















































Ini sebahagian diantara gambar-gambar makanan yang kawan2 belanja diFacebook.
mmmm....nampak best jerr.Bila la dia orang nak belanja betul-betul.haa..haaa

Senangkan,zaman sekarang ni kalau kita nak belanja orang makan.

Putu Ayu













Bahan-Bahan:
2 ½ cawan gula halus
2 ½ cawan pati santan
10 helai daun pandan
pewarna coklat
6 biji telur ayam
2 sudu besar baking powder
1 sudu teh ovalette (dibancuh dengan 1 sudu besar air suam)
5 cawan tepung gandum
kelapa parut (digaul dengan sedikit garam)

Cara Membuatnya:
Pukul gula, telur dan ovalette hingga kembang.
Daun pandan dikisar, ambil patinya sahaja.
Masukkan santan, air daun pandan, tepung dan baking powder ke dalam adunan gula sambil dikacau hingga sebati.
Sapukan acuan dengan sedikit minyak dan panaskan.
Setelah itu, masukkan kelapa parut ke dalam acuan dan tekankan hingga sebati. Kemudian tuang adunan tepung ke dalamnya.
Buat hingga selesai dan kemudian bolehlah dikukus hingga masak.

My Friends,My Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.my-resepi.blogspot.com. Powered by Blogger.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons