Ikan Bakar Air Asam






Resepi Ramadhan dari Chef Ismail.
Kredit: Restoran Rebung,Bangsar,Kuala Lumpur.

Jom kita tengok resepi air asam yg menambah selera.

Bahan-bahan
   
Dikisar halus-halus
Cili merah
3 tangkai

Cili padi
6 tangkai

Belacan serbuk
1 sudu besar

Dihiri nipis-nipis
Bawang besar
1 biji, dikupas

Bunga kantan
1 kuntum

Daun kesum
4 tangkai

Tomato
2 biji
   
Perasa
Asam jawa
250g, diramas dengan 6 sudu besar air dan diperah airnya
 
Air limau nipis
125ml

Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya : 
Masukkan bahan-bahan yang dikisar ke dalam mangkuk dan tambah air asam jawa dan air lima nipis. Kacau biar rata.
Masukkan bahan-bahan yang dihiris, kacau dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Roti Jala Berinti


Kali ni,mari kita cuba resepi untuk juadah berbuka puasa,dengan Roti Jala Berinti.

Bahan² inti
1) Daging cincang (300 gram )
2) Bawang besar, dimayang halus (5 biji )
3) 1 inci (halia , dimayang halus)
4) 25 gram (rempah beriyani)
5) Minyak untuk menumis (sedikit)
6) Garam (sedikit)
7) Gula (sedikit)
8) Telur (5 biji )

Bahan² roti jala 
1) Tepung gandum (3 cawan )
2) Air (3 cawan)
3) Telur (1 biji )
4) Pewarna kuning (Sedikit )
5) Garam (Sedikit )

Cara² inti :
1. Buat intinya dahulu. Tumis bawang besar dan halia hingga naik bau.
2. Masukkan rempah beriyani dan daging cincang. Kacau sehingga daging cincang masak.  Setelah kering dan masak, masukkan garam dan gula.
3. Ketepikan terlebih dahulu.
4. Untuk 3 sudu besar daging cincang yang telah masak, masukkan sebiji telur, digaul rata ketepikan.

Cara² membuat roti jala:
1. Kisar semua bahan-bahan untuk membuat roti jala.
2. Tapis untuk mengelakkannya berketul.
3. Kemudian Masukkan ke dalam acuan roti jala, dan biarkan masak di atas kuali leper tanpa lekat.
4. Masukkan daging cincang yang diadun bersama telur di atas roti jala, dan lipat roti jala menjadi empat segi.
5. Kemudian Goreng sehingga garing.
6. Roti jala berinti sedia untuk dihidang bersama sos cili.

Sesuai untuk dihidangkan sebagai juadah berbuka puasa :-)

Anda boleh Like atau Share resepi ini bersama kawan²

Biskut Green Lace

Biskut Green Lace

Bahan A
120 g mentega
20 g shortening/lemak sayur
80 g gula kastor
1 camca teh padan paste

Bahan B

140 g tepung gandum
30 g tepung sagu
1/4 camca teh baking powder
1/4 camca teh garam
30 g biskut marie yang dikisar halus
20 g serbuk kacang hazelnut

Bahan C
Coklat cair secukupnya
Gula manik bewarna-warni

Cara membuatnya:
Putar bahan A hingga sebati. Masukkan bahan B dan gaul hingga menjadi doh.

Canai doh 1/2 cm, terap dengan acuan kegemeran dan susuh atas dulang pembakar.

Buat hingga siap. Bakar pada suhu 170C selama 20 minit atau hingga masak bergantung pada oven masing2.



Sejukkan biskut atas jaringan, kemudian drizzle coklat cair dan taburkan gula manik bewarna-warni atasnya.

Untuk sukatan di atas boleh dapat dalam 35 keping biskut Green Lace.

Resepi Biskut Oren

Bahan²:• 500g mentega
• 250g gula ising
• 1 biji telur
• 2 biji kuning telur
• 2 camca kecil pati oren
• Beberapa titik pewarna oren
• 750g tepung gandum
• 150g coklat yang dicairkan


Cara membuatnya:1. Pukul mentega dan gula ising sehingga kembang.
2. Masukkan telur dan kuning telur, kacau rata. Kemudian masukkan pula pati oren dan
pewarna, gaul sebati.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati.
4. Masukkan adunan tadi ke dalam beg corong berbentuk bintang (star nozzle). Paipkan
adunan di atas dulang pembakar.
5. Kemudian bakar ke dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 25 minit. Apabila biskut
kekuningan, angkat dan biarkan ia sejuk.
6. Selepas biskut sejuk, celupkan sebahagian biskut tadi ke dalam coklat yang dicairkan.
Biarkan sejuk dan hidang dengan hirisan kulit oren.

Kuih Lapis Pelangi




Kuih Lapis Pelangi

Bahan-bahan :
210gm tepung gandum
170gm tepung beras
70gm tepung ubi
1200ml santan sederhana pekat
800ml santan cair
320gm gula pasir
1/4 sudu teh garam
2 helai daun pandan di simpul

Pewarna biru, violet, pink, orange dan hijau
Loyang 10 x 10 – di gris

Cara-cara membuatnya :
1. Satukan semua tepung, garam dan santan ke dalam mangkuk besar, gaul hingga rata dan tidak berketul.
2. Masak santan cair, gula dan daun pandan hingga mendidih.  Tutup api dan tuangkan ke dalam mangkuk adunan tepung, kacau dengan segera hingga betul-betul rata.
3. Tapis adunan dan bahagikan kepada 10 bahagian (250ml setiap satu)
4. 5 bahagian warna asal dan 5 bahagian lagi di masukkan pewarna yang berlainan.
5. Panaskan pengukus, tuang 250ml warna asal dan kukus selama 4 min hingga masak.
6. Kemudian tuang 250ml adunan biru, kukus hingga masak
7. Ulangi langkah 5 dan 6 berselang seli adunan warna asal dan adunan berwarna violet, pink dan oren hingga habis.
8. Untuk lapisan terakhir tuang 250ml adunan hijau, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 25 minit.
9. Angkat dan biarkan betul² sejuk baru di potong menggunakan pemotong kuih plastik.

Kredit to: Tuan Empunya Blog Ini

My Friends,My Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.my-resepi.blogspot.com. Powered by Blogger.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons