Kek Ros Marmar

Bahan-Bahan:

150g mentega
150g gula kastor
3 biji telur
160g tepung naik sendiri,diayak
2 camca besar Krimer Sejat F&N
1/2 camca teh esen vanilla
2 titis esen ros
1 titis pewarna merah

Cara-cara:

1.Alas tin pembakar dengan kertas minyak dan sapukan dengan sedikit mentega.Panaskan ketuhar pada suhu 170°C.

2.Potong mentega kepada kiub 2 sm.Biar lembut sedikit sebelum diadun dengan gula.Pukul hingga lembut dan kembang.Masukkan telur sebiiji demi sebiji dan pukul hingga halus.

3.Masukkan separuh daripada tepung,disusuli dengan Krimer Sejat F&N.Jangan kacau terlalu lama.Masukkan baki tepung.

4.Bahagikan adunan kepada dua.Satu bahagian ditambahkan esen vanilla dan bahagian yg lagi satu dititiskan esen ros serta pewarna merah.

5.Selang-selikan kedua² adunan ke dlm tin pembakar.Untuk kesan marmar,putarkan adunan dgn hujung pisau kecil.

6.Bakar selama 25-30 minit atau sehingga kek naik dan berwarna perang keemasan.Biarkan kek sejuk dihidang.


Durian Crepe
















Durian Crepes 
Citarasawan Own Recipe

Bahan-bahan - Adunan Dadar
30gm tepung Hongkong
30gm tepung kastard
20gm tepung jagung
20gm tepung ubi
20gm tepung kentang / tepung sagu
3 biji telur
1/4 sudu teh garam
250ml susu cair - suhu bilik
1 sudu besar mentega cair
Pewarna kuning - optional

Cara-cara :
1.  Satukan semua bahan adunan dadar, kacau rata dan tapis.  Rehatkan selama 20 minit.  Adunan yang agak cair hasilkan dadar yang tipis.
2.  Panaskan kuali non-stick dengan api sederhana, ambil satu sendok kecil adunan dan lenggangkan kuali kiri dan kanan hingga mendapat dadar yang nipis.  Masak hingga atasnya mengering, tidak perlu di terbalikkan.
3.  Angkat dan ulangi membuat dadar hingga habis.
4.  Pipekan sedikit whip cream di tengah dadar, letak 1 sudu kecil kastard durian kemudian tutup dengan whip cream.
5.  Lipat dadar menjadi empat segi seperti di SINI.  Buat hingga habis dan simpan di dalam peti sejuk.

Inti Kastard Durian
250ml susu cair
1 1/2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula pasir
1/4 sudu teh garam
1 biji kuning telur
150gm isi durian

Non diary whip cream secukupnya - putar hingga kental (Masukkan ke dalam piping bag)

Cara-cara :
1.  Satukan semua bahan kastard, kisar sebentar hingga isi durian hancur.  Kemudian tapis ke dalam periuk dan masak dengan api perlahan hingga menjadi kental.
2.  Simpan di dalam peti sejuk sebelum di isi ke dalam dadar / crepe bersama whip cream.

Kredit to Resipi Citarasawan.

Resepi Puding Tembikai

Bahan-bahan:

1 paket agar2 serbuk (dalam 15gm)
2 keping roti Gardenia
6 cawan air
1 1/2 cawan gula
1/2 tin susu pekat
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanila
cincau - dipotong kecil (utk dibuat biji tembikai)

Cara membuatnya:

Rebus agar2 dengan air
Bila sudah larut masukkan gula.
Apabila mendidih masukkan mentega..
Kemudian masukkan susu..
Ambil sedikit adunan agar-agar, kemudian blendkan dengan roti sampai sebati
Kemudian tuang semula ke dalam agar-agar tadi.Kacau sehingga rata
Dalam bekas lain letakkan sedikit pewarna hijau.Masuk ke dalam loyang
Kemudian letak adunan plain untuk buat kulit yang warna putih.Biarkan beku sedikit.Kemudian letak adunan warna merah pulak.Tabur cincau untuk buat biji tembikai.
Simpan didalm peti sejuk,biarkan beku.
Dah siap utk dihidangkan.




“Pengat Labu dan Pisang”.
(Resepi Dr.Ezani-Masterchef)

Kek pisang, gula Melaka dan labu terbalik, crumble macadamia gula Melaka, puri labu, kastard santan.

Kek pisang, gula Melaka dan labu terbalik:
Butterscotch gula Melaka:
¾ cawan gula Melaka yang dihiris halus.
50g mentega
½ cawan thickened cream.

Kek:
240g mentega di suhu bilik.
190g gula castor.
5 biji telur.
260g tepung naik sendiri.
1 ½ cawan labu lenyek (labu dikukus, tapis air dan dilenyek atau kisar dalam food processor).

1) Panaskan oven 180 darjah celcius. Lapikkan tin pembakar kek dengan kertas minyak dan sapu mentega.
2) Sediakan butterscotch gula Melaka. Masukkan semua bahan ke dalam periuk, kacau dan masak hingga mendidih. Biarkan mendidih 3 minit dan tutup api. Tuangkan ke dalam tin pembakar kek.
3) Belah pisang secara memanjang dan susunkan di dalam tin pembakar.
4) Sediakan adunan kek. Pukul mentega dan gula kastor menggunakan mixer sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati. Ayakkan tepung ke dalam adunan dan kacau hingga sebati. Kaup balikkan labu ke dalam adunan.
5) Tuang adunan ke dalam tin pembakar dan bakar selama 45minit atau sehingga keemasan dan masak sepenuhnya.
6) Biarkan sejuk seketika sebelum membalikkan kek ke atas pinggan hidangan.

Crumble macadamia gula Melaka:
100g cawan gula Melaka yang dihiris halus.
100g tepung gandum.
1 cawan kacang macadamia atau apa-apa kacang mengikutselera.
70g mentega dari peti sejuk.

1) Masukkan gula Melaka, tepung dan kacang dalam food processor dan kisar sedikit.
2) Potong mentega dan masukkan dalam food processor, kisar sehingga adunan menjadi seperti serbuk.
3) Tuang atas dulang pembakar dan bakar selama 15 minitdalam suhu 180 darjah celcius.
4) Bila masak, keluarkan dari ketuhar, biar sejuk dan kisar sekali lagi dalam food processor kalau mahu.

Kastard santan:
4 biji telur kuning.
3 sudu besar gula kastor.
200ml thickened cream.
200ml santan
Daun pandan

1) Panaskan krim, santan dan daun pandan. Jangan biar krim mendidih.
2) Pukul kuning telur bersama gula sehingga sebati.
3)Tuangkan krim panas ke dalam campuran telur dan kacau.
4) Masak di atas air mendidih (bain marie/ double boiler). Kacau sehingga pekat. Tapiskan dan hidang.

sumber

Salam Maal Hijrah 1434H


Selamat menyambut tahun baru 1434H.Salam Maal Hijrah dari Koleksi Resepi ZaiFa.

Muruku

muruku deepavali Photobucket

Bahan-bahan:
500gram tepung beras
250gram tepung muruku
2 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar jintan manis(dimesin halus)
1 sudu besar jintan putih(dimesin halus)
1 biji kelapa(ambil santan secukupnya) seeloknya gunakan air panas sewaktu memerah.
2 sudu margerin
Garam secukup rasa.

Cara menyediakan:
1) Masukkan tepung beras, tepung muruku dan tepung jagung ke dalam mangkuk adunan.
2) Kemudian masukkan jintan manis, jintan putih, kari dan garam kedalam mangkuk tersebut.
3) Masukkan margerin dan santan. Adun hingga sebati dan kental.
4) Masukkan dalam acuan muruku dan goreng dalam minyak yang panas.

5) Bila dah nampak kuning keemasan,angkat & toskan minyak.Simpan dlm bekas kedap udara .

Resepi mudah:Aiskrim Goreng


Bahan²

Aiskrim (perisa ikut suka)
Roti Gardenia
Pencetak kuih karipap

Cara² membuatnya

1. Ceduk aiskrim dengan sudu dan letakkan ditengah-tengah kepingan roti.
2. Ambil pencetak kuih karipap, dan kepitkan pada roti yang dah diletak aiskrim tadi.
3. Kikis lebihan roti yang terkeluar dari pencetak kuih.
4. Bila dah siap seperti gambar dibawah,masukkan dalam bekas dan terus masukkan ia ke dalam freezer. Biarkan semalaman.
5. Untuk menggoreng, pastikan minyak benar-benar panas sebelum menggoreng aiskrim bersalut roti tadi. Keluarkan aiskrim bersalut roti dari freezer dan gorengkan ia hingga kekuningan dan bangkit cepat-cepat untuk elak aiskrim cair.
6. Siap untuk dihidangkan.

My Friends,My Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.my-resepi.blogspot.com. Powered by Blogger.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons