Red Velvet Cake

Resepi kek Red Velvet

Bahan²:
250g tepung kek - diayak
1/2 sk garam - diayak
15g @ 2 sudu besar serbuk koko - diayak
113g @ 1/2 cawan butter
160g gula kastor
2 biji telur gred A
1sk esen vanila
240ml @ 1 cawan buttermilk
2sm liquid merah @ 4sm serbuk pewarna merah
1 sk cuka
1 sk soda bikarbonat

Cream Cheese Frosting:
227g cream cheese
115g @ 1 cawan gula kastor
360ml @ 11/2cawan whipping cream

Cara² membuatnya:

Cara penyediaan buttermilk - Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon atau cream of tartar dgn sukatan yang sama.

Panaskan oven suhu 170darjah celcius. Sapu loyang dengan butter.

Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1-2minit.

Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.

Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2.

Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung,buttermilk,tepung,buttermilk,tepung)

Mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sebati.

Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40min atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak.

Sejukkan di atas redai kemudian belah 3 atau 4 bahagian.

Sementera menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Satukan creamcheese dan putar sehingga smooth.

Masukkan pula gula dan juga esen dan terus memukul hingga smooth lagi. Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka.

Sejukkan di dalam peti ais  dan hidangkan.


Ketahui 6 Khasiat Taugeh

Suka makan sayur taugeh? Taugeh adalah hidangan sayur yang sesuai dimakan ketika
makan tengah hari ataupun makan malam tetapi sering dilihat sebagai hidangan yang
langsung tidak menyelerakan. Mungkin ramai yang masih tidak tahu sebenarnya
taugeh mempunyai pelbagai khasiat yang tersembunyi. Berikut disenaraikan beberapa
khasiat taugeh kepada kita.


1. Cegah Kanser
Taugeh yang terdiri daripada jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya
mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin
(canavanine) iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkan punca kanser
leukimia, usus besar dan pankreas.

2. Baik Untuk WanitaTaugeh juga mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen
sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang,
serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan taugeh oleh wanita
secara kerap dapat membantu mengelakkan dari kanser payudara, gangguan menjelang
haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

3. Lebih Subur
Taugeh juga mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan
taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan lebih baik,
begitu juga bagi kaum wanita yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan.

4. Kurangkan Lemak
Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung disebabkan oleh kadar
lemak darah yang tinggi digalakkan mengambil lebih banyak menu taugeh dalam
hidangan seharian. Saponi di dalam taugeh akan menghalau 'lemak jahat' LDL tanpa
mengganggu kandungan lemak baik HDL kerana ketika kacang dicambahkan untuk
dijadikan taugeh secara umum, kadar saponinya meningkat sehingga 450%.

5. Buang Kotoran
Taugeh yang mengandungi banyak serat dan air yang berfungsi untuk membuang segala
kotoran dalam usus besar. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat dalam
kotoran yang dapat diserap tubuh, ia mencegah pengumpulan bahan beracun yang
dapat merangsang sel kanser.

6. Lebih Muda
Taugeh juga  padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal
bebas perosak sel DNA. Secara kesimpulannya taugeh merupakan sayuran yang boleh
membuat kita lebih muda.

Kek Batik Arora


Bahan-bahan:

250 gm butter
100 gm gula castor
1 sudu kecil ovelette3/4 cawan susu pekat manis
250 gm tepung gandum (diayak)
2 sudu kecil baking powder (diayak)
6 biji telur
5 jenis pewarna dan paste
----------------------------------------

Cara membuatnya:
Putar butter, gula dan ovelette hingga kembang dan berkrim
Masukkan susu pekat dan putar sebati
Masukkan telur satu persatu 
Masukkan tepung gandum
Bahagikan kepada 5 bahagian dan letak pewarna dan paste
Sediakan loyang size 8 dan griskan loyang
Letak 1 sudu besar adunan pewarna , 1 sudu adunan pewatna lain dan ulang seterusnya hingga habis.
Panaskan oven selame 10 minit pada suhu 170 C
Bakar selama 1 jam .
Selepas 40 minit jika tengah kek masih belum masak tetapi bahagian atasnya dah agak garing, tutup bahagian atas tersebut dengan tudung periuk.
Teruskan membakar hingga kek masak dengan sempurna.

Dalca Ayam

















Bahan-bahan:

300 g isi ayam atau daging ( dipotong kecil)
4-5 biji kentang ( potong 4-6 bahagian)
2 batang terung panjang ( potong kecik)
6 batang kacang panjang ( potong memanjang 1 inci)
1 batang karot ( potong memanjang)
2 cawan santan pekat
air secukupnya ( anggaran 4-5 cawan air )
1 cawan kacang dhal ( rendam dan rebus hingga empuk)
1 labu bawang besar ( di tumbuk)
3 ulas bawang putih ( ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
3 sudu besar serbuk kari
daun kari secukupnya ( bancuh dengan sedikit air)
daun ketumbar
minyak untuk menumis
garam, perasa


Cara membuatnya

1. Tumis daun kari,bahan tumbuk, bunga cengkih, kayu manis, pelaga dan bunga lawang hingga wangi kemudian masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air.
2. Masukkan daging/isi ayam dan kentang, masak hingga kecut dan empuk .
3. Kemudian masukkan air, santan, dhal, sayur-sayuran. Bila sayur sudah masak, sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
4. Taburkan dengan bawang goreng dan daun ketumbar.


Sumber asal resepi & gambar ini dari Blog Potret Kasih. :-)
Untuk membaca original LINK resepi klik SINI.

My Friends,My Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.my-resepi.blogspot.com. Powered by Blogger.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons