Nasi Daging Utara



    Bahan-bahan:
     1 kg daging  cuci bersih dan toskan
Beras 4 cawan kecil (saya gunakan beras biasa)
1 inci halia-di tumbuk halus
3 ulas bawang putih- di tumbuk halus
5 ulas bawang merah - di tumbuk halus
sedikit kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga
3 sudu besar minyak sapi @ mentega
3 sudu besar serbuk rempah nasi daging
1/3 cawan minyak masak
7 1/2 cawan air
1/2 tin susu cair
1/2 cawan tomato puree
Garam secukup rasa



Cara membuatnya:
Dalam periuk, panaskan minyak , masukkan mentega dan biar cair.
Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
Masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga
Kemudian masukkan daun pandan, tumis hingga bawang kekuningan.
Masukkan daging. Kemudian masukkan serbuk nasi daging dan goreng sebentar.
Masukkan air dan rebus hingga daging empuk @ hampir empuk.
Masukkan tomato puree.Masak lagi hingga mendidih.
Kemudian masukkan pula susu cair, garam dan biar sebentar.
Masukkan bahan diatas tadi ke dalam rice cooker.
Masukkan beras dan masak bersama2 daging tadi.Gaul rata
Masak seperti biasa.
Bila sudah masak,ambil daging dan dihiris kecil.
       Enakdimakan bersama air asam cicah & acar timun & nenas


p/s:Ni resepi simple jer,sebab gunakan Rempah Segera Nasi Daging.


Kalau yg rajin,ni resepi nak buat rempah nasi daging,saya search dlm internet.


Homemade serbuk nasi daging
2 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar lada hitam
1 sudu besar jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 batang kulit kayu manis
sedikit bunga lawang, bunga cengkih& buah pelaga
1 sudu besar halba
2-3 biji buah keras-ditumbuk kasar
2-3 biji badam-ditumbuk kasar
1 inci halia-dihiris nipis

Semua bahan-bahan diatas digoreng tanpa minyak hingga garing.Sejukkan dan dikisar kering hingga jadi serbuk.

Blogger MasterChef!!


Macam nak join jerr.haa..haa.Tapi boleh menang ke?Ramai lagi geng2 blogger yg power2 ni.


Kalau nak info lanjut,boleh tengok kat SINI.mmm...hadiah2 pun lumayan.Apa lagi geng2 blogger yg ada blog resepi,boleh la try.
Cuba tengok hadiah tu,lumayan kan?

Mee Kuah Sanglang

















Bahan-bahan:
daging ½ kilo
minyak masak
mee kuning-direbus
garam
ajinomoto
carrot
daun sup-dihiris halus
daun bawang-dihiris halus
tauhu 4 ketul ( digoreng & dipotong dadu kecil)
bawang goreng
5 biji telur rebus


Bahan direbus & dilenyek
ubi merah 4 biji
ubi kentang 2 biji


Bahan dikisar
bawang besar 2 biji
bawang putih 2 biji
bawang merah 10 biji
cili kering


Cara menyedikannya:
1.Rebus daging sehingga empuk.Sudah masak,asingkan daging dari airnya
2.Tumiskan bahan2 yg telah dikisar.Masukkan air daging.Kacau hingga mendidih
3.Masukkan ubi2 yg telah dilenyek tadi.Kacau.Masukkan carrot yg telah dipotong
4.Tambahkan garam,ajinomoto secukup rasa.
5.Biarkan mendidih sehingga masak.
6.Hidangankan mee bersama daun sup,daun bawang,daging yg dihiris dan juga bawang goreng.Untuk lebih sedap,perahkan sedikit limau nipis.

Biskut Mazola


















Bahan-bahan:
250 gm tepung gandum
250 gm kacang tanah - kisar halus
125 gm gula - kisar halus
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh essence vanilla
1 botol kecil minyak mazola/secukupnya
Kuning telur


Cara menyediakan:
1.Di dalam mangkuk besar gaul sebati tepung,gula dah kacang kisar.
2.Tuangkan minyak mazola sedikit sedikit dan uli adunan hingga menjadi doh yg lembut.
3.Bentukkan doh mengikut citarasa dan susun didalam loyang yg telah diratakan dgn mentega.
4.Sapukan atasnya dgn kuning telur dan bakar didalam oven hingga masak kekuningan.

My Friends,My Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.my-resepi.blogspot.com. Powered by Blogger.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons