Kek Keramel

















Bahan A
2 sudu besar gula (utk buat gula hangus)
*tabur gula dlm loyang dan masak atas api perlahan,
 biar gula hancur dan warna tukar jadi perang)


Bahan B (Bahagian Atas)
1/2 tin susu cair F&N(boleh tambah kalau nak karamel tebal sikit)
70gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 biji kuning telur(kalau tambah susu cair kena tambah juga kuning telur)


Bahan C (Lapisan Kek)
140gm tepung gandum
70gm gula kastor
3 bj kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder
45ml minyak msk


Bahan D (Merinque)
6 biji putih telur
70gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar


Cara membuatnya:
1. Kacau semua bahan (B) perlahan2...jgn bagi berbuih2...nti x jd karamelnye...
2. Masukkan bahan (B) tadi dlm loyang gula hangus tadi.
3. Pukul bahan (C)
4. Pukul sampai bahan (D) sampai jadi kembang dan bila kita angkat dia tak jatuh
5. Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul dengan senduk hingga sebati
6. Bahagikan kpd beberapa bahagian dan tak warna dan paste kalau nak
7. Masukkan ke dalam loyang yang tadi
8. Bakar cara double boiling - selama 1jam suhu 160-180C
9. Bila masak angkat dan rest 10 minit baru t'balik kan kek yg dibakar tadi
10.Masukkan dlm peti sejukkan lebig kurang 1jam.Sedia utk dimakan

Kredit to:member2 kongsi resepi Facebook

Talam Labu

















Bahan Lapisan Bawah:
100 gm labu - potong dadu dan kukus 2 minit
3/4 cawan gula
1 cawan santan pekat
3/4 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
Sedikit garam
2 cawan air
Beberapa helai daun pandan


Bahan Lapisan Atas:
100 gm labu mentah - potong nipis
3/4 cawan gula
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
Sedikit garam
2 cawan air
Beberapa helai daun pandan
Pewarna hijau


Cara Menyediakan Lapisan Bawah:
1.Masak gula dengan secawan air, santan pekat,garam dan daun pandan hingga gula hancur dan mendidih.Tutup air dan tambah secawan air agar adunan menjadi suam. Ketepikan daun pandan dan tuang adunan ke dalam pengisar.
2.Gaulkan semua jenis tepung dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam pengisar dan kisar sebentar. Tuang adunan ke dalam bekas lain dan masukkan labu yang telah dikukus. Sukat biar jadi 4 1/4 cawan dan ketepikan.


Cara Menyediakan Lapisan Atas:
1.Masak gula dengan secawan air, santan pekat, garam dan daun pandan hingga gula hancur dan mendidih. Tutup air dan tambah secawan air agar adunan menjadi suam. Masukkan adunan ini ke dalam pengisar berserta labu mentah yang dipotong kecil. Kisar seketika.
2.Masukkan semua jenis tepung yang telah digaul terlebih dahulu, sedikit demi sedikit ke dalam adunan santan.Kisar hingga sebati,keluarkan dan sukat hingga jadi 4 1/2 cawan.
3.Ambil dua senduk daripada adunan ini dan warnakan hijau.Selebihnya biarkan warna asal.
4.Panaskan pengukus,sapukan loyang 20x20 cm dengan minyak dan taburkan sedikit tepung.Masukkan loyang dalam pengukus,apabila panas baru tuang dua senduk adunan lapisan bawah,dan kukus 3 minit atau hingga masak.Ulangi proses melapis ini hingga adunan bawah habis.
5.Sendukkan pula kesemua adunan warna hijau di atas lapisan bawah dan kukus 3 minit atau hingga masak.
6.Untuk lapisan atas,ambil dua senduk adunan warna labu dan mulakan melapis.Kukus 3 minit juga,atau hingga masak.Ulangi proses hingga adunan habis.
7.Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Sumber: SajiOnline
Terima kasih

Biskut Melon


BAHAN A:
200 gm mentega
1 sudu besar crisco
80 gm gula kastor
1 sudu kecil mentega emulco
1 biji kuning telur

BAHAN B:
30 gm kuaci hijau (kisar)
1 sudu besar susu tepung
30 gm serbuk badam
1/2 sudu kecil serbuk penaik (ayak)
30 gm tepung jagung (ayak)
200 gm tepung superfine (ayak)
Sedikit garam

BAHAN UNTUK HIASAN:
Kuning telur
Kuaci hijau

CARA MENYEDIAKAN:
1.Putarkan bahan A sehingga sebati.Masukkan bahan B.Gaul hingga menjadi doh.
2.Canai,terap,hias dan bakar dengan sudu 150 0C selama 20 minit.

Biskut Love



BAHAN A:
135 gm mentega
65 gm gula
1 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanila
/2 sudu kecil pes coklat
BAHAN B:
225 gm tepung gandum
1 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu kecil emplek
BAHAN C:
Gajus secukupnya
Coklat putih secukupnya
Gula hiasan
Mangkuk kertas

CARA MENYEDIAKAN:
1.Putar bahan A sehingga kembang.
2.Masukkan bahan B gaul sehingga menjadi doh.
3.Ambil sedikit adunan,letakkan sebiji gajus dan bulatkan.
4.Bakar dan biarkan sejuk.Kemudian hiaskan
-koleksi resepi-

Teh Tarik Sedap!

Where’s the best Teh Tarik place? Eh, tell lah!
Everyone has their opinion on which place serves BEST TEH TARIK, F&N wants to know! So help out your friendly neighborhood Teh Tarik place by taking this survey on the best Teh Tarik in Malaysia and get a RM5 mobile reload voucher for FREE! Hurry, only the first 1,000 people who take this survey will get it!

Nak Teh Tarik Free? DISINI


Lassi Milo Yogurt


Bahan-bahannya:
1 cawan Yogurt mangga tanpa lemak Nestle
150ml Susu rendah lemak Nestle
6 camca besar serbuk Milo
2 camca teh gula (jika mahu)
1½ cawan ais hancur
Serbuk Milo utk hiasan
Cara membuatnya:
1.Adun kesemua bahan sehingga mesra
2.Tuangkan lassi ke dalam gelas yg disejukkan dan taburkan serbuk Milo utk hiasan
3.Hidangkan segera.

Kuih Lapis Koko

Bahan-bahan:
1/2 kg tepung gandum
1 biji santan kelapa
 serbuk koko
 1 sudu kecil pewarna kuning
 gula pasir

Cara menyediakannya:
1. Kacau  santan bersama tepung dan gula di atas api yang kecil hingga mendidih.
2. Kemudian bahagikan kepada dua bahagian. Satu mangkuk dicampurkan  koko dan satu lagi masukkan pewarna kuning.
3. Kemudian panaskan kukusan. Sapu permukaan loyang dengan sedikit minyak.
4. Tuangkan adunan koko. Kukus selama 10 minit.
5. Kemudian tuangkan adunan kuning dan kukus lagi. Ulang proses hingga selesai.

Koleh Kacang

Bahan-bahan:
1 kg tepung kacang hijau
200 gm gula merah
200 gm gula pasir
500 ml santan pekat

Cara membuatnya:
1.Satukan kesemua (kecuali 500 ml santan) bahan dalam periuk dan kacau hingga likat.Api hendaklah perlahan.
2.Tuangkan adunan ke dalam loyang dan biarkan ia keras.
3.500 ml santan pekat yang lebih itu dimasukkan dalam kuali.
4 Kacau sehingga ia menjadi tahi minyak.
5.Tuangkan ke atas adunan koleh dalam loyang tadi.

My Friends,My Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.my-resepi.blogspot.com. Powered by Blogger.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons