Kek Buah















Bahan-bahan:
1 3/4 cawan gula pasir
2 cawan air sejuk
2 cawan magerin /mentega
400g buah-buahan campuran
4 biji telur
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung naik sendiri
1 1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara membuatnya:
Gula,air,mentega dan buah-buahan di masak bersama dengan api perlahan hingga mendidih dan buah agak ringan.
Tutup api dan biarkan sejuk.
Tepung gandum,tepung naik sendiri dan baking powder di ayak bersama.
Pukul telur hingga kembang,masukkan adunan buah-buahan tadi kacau rata kaedah kaup balik.
Masuk tepung,dan esen vanila,gaul kaedah kaup balik hingga rata.
Jangan gaul terlalu lama nanti buah turun balik cukup sekadar sebati.
Bakar dalam aduan yang telah digris dgn mentega dan ditabur sedikit tepung.
(Jangkamasa bergantung kepada oven masing2)

Kek Pisang Kukus















 Bahan-bahan:
2 cawan gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
4 biji telur gred A
1 cawan pisang dilecek
3/4 cawan minyak masak
1 sudu teh esen banana
3/4 cawan gula 

Cara membuatnya:
Ayak gandum,soda dan baking
Dalam bekas lain,putar telur dgn mixer hingga kembang
Kemudian masukkan pisang lecek,gula,minyak.Putar lagi sampai sebati
Masukkan gandum sedikit demi sedikit.Putar lagi.
Akhir sekali tambahkan esen pisang
Kukus kek di atas api sederhana besar selama 40 minit 
Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Ayam Percik Terengganu
















Bahan-bahan:
Bahan A
15 biji cili kering,direndam
10 ulas bawang moray
3 ulas bawang putih
3 cm halia
3 batang serai
2 cm kunyit hidup

Bahan B
250 ml santan pekat
2 camca besar gula secukup rasa
1 camca besar tepung beras
2 kiub pati ayam
1 kg ayam,dipotong ke 4 kepingan dan dihiris

Cara-caranya:
Campur ramuan A dan kisar hingga lumat.
Dalam periuk, campur ramuan A dan B.
Masak di atas api yang sederhana hingga kuah hampir pekat.
Ketepikan dari api.
Sapu kepingan ayam dengan kuah rempah dan panggang atas dawai memanggang hingga kekuningan.
Kemudian terbalikkan di sebelahnya,sapu lagi dengan kuah dan panggang hingga masak. Ulang proses ini dengan kepingan seterusnya.

Kuih Bakar Pandan



Bahan-bahannya:
1 cawan gula
1 cawan jus pandan @ gunakan ekstrak pandan di dlm tin
2 cawan tepung gandum
1 tin santan-450ml
2 sudu besar butter
3 biji telur
1/2 sudu teh garam
Sedikit esen pandan
Sedikit bijan-disangai sebentar hingga keperangan

Cara-caranya:
Panaskan oven 180C.
Masukkan kesemua bahan ke dlm blender dan kisar hingga kesemua bahan sebati.
Sapukan minyak / butter ke dlm loyang pembakar dan letakkan sebentar ke dlm oven.
Apabila loyang sudah agak panas,keluarkan dan tuangkan adunan kuih tadi ke dlm loyang.
Taburkan bijan ke atas adunan kuih.
Bakar selama lebih kurang 45-50minit atau hingga masak.Uji dengan lidi/pisau seperti menguji kek yg sudah masak.
Sejukkan dahulu barulah dipotong dan dihidangkan

Bihun Goreng Singapore




Bahan-bahannya:
400 gm bihun (rendamkan lembut dan toskan)
100 gm udang segar/ atau apa sahaja daging yang anda suka
1 biji telur
250 gm taugeh
1 batang lobak merah - diparut
1 sudu teh lada hitam*
2 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 sudu besar minyak
1 sudu besar minyak bijan
Sedikit sos ikan
Limau nipis, bawang goreng,daun sup dan daun bawang (dipotong kecil untuk hiasan)

Cara-caranya:
Kisar bahan bertanda *.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
Masukan daging,telur dan kacau rata.
Memudian masukkan lobak merah dan bihun. Kacau rata sehingga sebati.
Perasakan garam,serbuk lada putih,sos ikan dan minyak bijan.
Taburkan hirisan daun bawang,daun sup,bawang goreng dan limau nipis

Asam Pedas Ikan Pari





















Bahan A
Cili kering
Cili Besar
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
½ inci halia
½ inci lengkuas
½ inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
½ sudu ‘teh jintan

Bahan B
2 batang serai
2 batang bunga kantan
Daun kesom
Air asam jawa

Bahan C
Daun Kari
Ikan pari
2 biji tomato
5 batang kacang bendi

Cara-cara membuatnya.
1. Blander bahan2 A
2.Tumis daun kari kemudian masukkan bahan A dan sedikit garam
3.Masukkan kesemua bahan B
4.Masukkan kesemua bahan-bahan C, ikan pari, kacang bendi dan tomato.
Siap...hidangkan panas-panas.

Ayam Goreng Broccoli





















Bahan-bahan:

Ayam dipotong kecil
Bawang besar
Sayur broccoli
Carrot
Daun sup
Sos cili

Cara-cara menyediakannya:
Goreng ayam setengah masak terlebih dahulu.
Masukkan carrot, broccoli, carrot dan sedikit sos cili
Kemudian masukkan bawang besar, sedikit maggie cukup rasa
dan akhir sekali daun sup..
Dah siap...masakan yg simple dan sedap.Selamat mencuba!

Sup Cendawan

Bahan-bahan:
1 keping dada ayam
1500 ml air
500 ml susu segar(susu kotak)
1 ketul kiub ayam
1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2)
garam
secubit ajinomoto
1 cawan tepung gandum

Cara-cara membuatnya:
1.Potong ayam kecil2.Masukkan ayam dan air ke dalam periuk.
Rebus sehingga masak.
2.Masukkan susu dan kiub ayam.Masak guna api yang perlahan.
Masukkan mushroom.
3.Masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat.
Tambah perisa,garam dan ajinomoto.Siap utk dihidang.sedap dimakan dgn roti
Rasa macam sup Pizza Hut pun ada.he..he..

Kerabu Daun Selom

















Bahan-bahan:
Daun selom
Tauge
Bawang kecil
Cili padi
Cili kering
Kerisik
Kerang
Belacan
Sedikit kelapa parut
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:
Kisar bahan2 dibawah
-cili kering
-belacan
-garam
-kelapa parut

Bahan2 yg dikisar tadi,digaulkan bersama daun selom,tauge,kerang dan kerisik.
Campurkan sedikit cili padi.(bagi yg suka pedas)
Gaul sehingga sebati.
Dah siap utk hidangan.
Mudah & ringkas,serta menyelerakan.

My Friends,My Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.my-resepi.blogspot.com. Powered by Blogger.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons