Surf Internet via Henpon

Since ketagihan terhadap Facebook,Twitter dan internet semakin menjadi-jadi ni,so siapa yang ada guna handphone agak canggih (boleh install application),Saya kongsi cara untuk korang surf internet secara percuma melalui handphone.Saya tahu pun dari member dan sedikit search melalui Google.Tapi untuk pengguna Maxis prepaid (Hotlink) aje lah.Saya dah cuba buat kat Maxis Postpaid, tapi tak boleh.Untuk pengguna telco selain Maxis,sorry la tak dapat den nak tolong. Blog ini adalah Wilayah Maxis! Hehe.


Anyway, sebut percuma, semua orang terbeliak mata.Siapa yang taknak benda percuma kan? Benda ni saya tak pasti sama ada Maxis tahu atau tidak kebocoran dalam sistem mereka.If baru tahu,silalah update.Kalau nak terus beramal pun,apa salahnya.Ok, silalah follow cara-cara berikut:-

1. Download dan install Opera Mini 5 ke dalam handphone korang. Korang boleh download terus via handphone melalui address ini: m.opera.com

Dan kalau korang malas nak membazir kredit (sebab phone korang takde WiFi, boleh lah download secara manual di http://www.opera.com/mobile/ kemudian install sendiri ke dalam phone korang.

2. Dah setel download dan install, korang kena ubah setting line phone korang dulu dari Maxis Line ke Maxis Broadband. Benda ni penting sebab ini yang membuatkan korang boleh online secara percuma tak kira di mana-mana sahaja. Follow cara berikut.

* Press * 100 #

* Select 7 for service

* Select 1

* Select 9 for Prepaid Broadband

* Select 4 for Server Switching

* Select 2 to switch to Prepaid Broadband

* Finally, press 1 to Proceed

3. Then korang akan dapat sms berbunyi “your SIM has been changed to the profile of Broadband. APN = bbnet you” dari nombor 28222. So sekarang line korang dah pun ditukarkan kepada Prepaid Broadband.

Bila korang tukar line SIM korang dari line kepada Prepaid Broadband, takde effect pelik yang jadi cumanya korang tak dapat nak receive atau send apa-apa MMS lagi. MMS bukan SMS ye.Tapi kalau korang nak switch back setting asal,follow je balik cara nombor 2 tadi.Untuk tukar-tukar setting line ni,tiada charge akan dikenakan untuk berapa kali pertukaran yang dibuat pun.Yehha! Free lagi!!

So dah pun selesai.Now pergi kat menu application handphone korang untuk run Opera Mini 5 (Opera Mini 4 pun boleh) yang korang download & install tadi.Sekarang,korang dah boleh surf ape-ape website pun secara percuma.Tak percaya,try la surf apa-apa website dalam beberapa minit then check balance balik.Berkurang ke tidak balance korang tu? Tak berkurang kan? Chantekk!! He2

So sekarang korang bebas nak main Twitter ke,Facebook ke atau apa sahaja yang memerlukan line internet dari handphone korang. Bukan untuk surf je,tapi untuk download apa sahaja adalah percuma.Semuanya percuma dan jangan lupa ucap terima kasih kepada Maxis yang baik budi dan tentunya orang yang penat menulis & menciplak idea2 dari tenet.he2

Beberapa mobile web yang popular:

1. Facebook Mobile (m.facebook.com)
2. Facebook Touch (touch.facebook.com)
3. Yahoo Mobile (m.yahoo.com)
4. Youtube Mobile (m.youtube.com)
5. Gmail Mobile (m.gmail.com)
6. Google Mobile (m.google.com)
7. Twitter Mobile (m.twitter.com)
8. Myspace Mobile (m.myspace.com)
9. Ebuddy Mobile (m.ebuddy.com)
10. Zedge Mobile (m.zedge.net)

Pssttt: Benda ni actually bukanlah hack pun tapi hanya dari setting.Dah lama sebenarnya tapi ramai lagi yang tak tahu so sharing is caring..

Mee Hailam

Bahan-bahan:
½ kilo mee kuning
3 ulas bawang putih, ditumbuk
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar sos tiram
1 sudu teh serbuk pati ayam
2 ½ cawan air
200 gm ayam
6 ekor udang sederhana besar
2 ekor sotong, dipotong bulat
½ batang carrot
1 pokok sawi
5 biji cendawan butang,dipotong dua
4 biji cili padi diketuk
½ sudu teh serbuk lada putih
Garam dan gula secukup rasa


Cara menyediakan:
1.Panaskan minyak.Tumis bawang putih sehingga kekuningan.Masukkan tepung jagung. Kacau sebentar.
2. Kemudian masukkan air,sos tiram dan serbuk pati ayam.
Apabila kuah mendidih,masukkan daging,ayam,udang dan sotong.
3.Kemudian,masukkan garam, gula dan serbuk lada putih secukup rasa.
Apabila sudah empuk,masukkan lobak merah,sawi,cendawan butang dan cili padi.Kacau selama 2 minit.

Shabsuka



















Bahan-bahan:
500 gm daging kisar
4 sudu makan cili kering dikisar
4 ulas bawang putih dikisar
½ inci halia dikisar
4 sudu makan rempah kari
2 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 biji tomato (dipotong dadu)
1 cawan kecil sayur campuran (mixed vegetable)
1 tin kecil tomato puri
3 sudu makan minyak sapi
2 sudu teh gula (atau secukup rasa)
Garam secukup rasa

Bahan untuk hiasan:
Sedikit daun pudina
Sedikit daun ketumbar
4 biji telur
Hirisan cili hijau/merah

Cara menyediakan:
1.Daging kisar digaul dengan bawang putih, halia dan rempah kari.Perapkan selama 10-20 minit.
2.Panaskan minyak sapi dalam kuali dan tumis bawang besar hingga naik bau,masukkan pula cili dan masak hingga cili garing.
3.Masukkan daging yg telah diperap tadi dan kacau rata, kalau perlu bubuh sedikit air.
4.Apabila daging ¾ empuk, masukkan tomato puri, sayur campuran dan tomato dadu, kacau lagi dan masukan garam & gula secukupnya. Biarkan sebentar beberapa minit kemudian pecahkan sebiji-sebiji telur diatas.
5.Untuk hiasan taburkan daun pudina dan ketumbar.Tutup periuk sebentar sebelum padamkan api.

Khudhar



















Bahan-bahan:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
8 biji tomato masak - dikisar
5 biji kentang dipotong besar besar
4 batang carrot dipotong dadu
2 sudu teh lada hitam
1 ekor ayam dipotong 8 atau 1 kg daging dipotong besar besar - digoreng 5 minit
Garam secukup rasa
Mixed herbs

Cara menyediakan:
1.Tumis bawang putih dan merah sehingga kekuningan
2.Masukan tomato yang telah dikisar, biarkan mendidih seketika masukan kentang dan carrot setelah hampir empuk masukan ayam tutup periuk reneh seketika sehingga kentang betul betul empuk masukan lada hitam, mixed herbs dan garam secukup rasa biarkan seketika tutup api.
3.Siap untuk dihidangkan dengan nasi arab dua warna atau roti.

DiGi iPhone 4 Me

Jangan terkejut.Kali ini saya post entri pasal iPhone 4 pula.Kita lupakan pasal resepi seketika :-)
Yang ditunggu telah pun tiba,kini iPhone 4 telah sampai ke Malaysia.Jadi,tunggu apa lagi,bagi peminat-peminat iPhone,masa untuk berubah! hee..hee.DiGi iPhone 4,aku mesti dapatkan.Aku memang berminat dari dulu lagi.Kalau dapat iPhone 4 ni,semua informasi dihujung jari.
Makan iPhone 4,tidur iPhone 4,mandi iPhone 4...hari-hari 'berdating' dengan iPhone 4.Seronoknya kalau dapat.ohh...my DiGi iPhone 4.Rasa macam dunia ana yang punya!!

Kuih Talam Ubi Kayu


Bahan-bahan:
2 ketul ubi kayu (sederhana besar)
1 biji kelapa parut (jadikan 3 cawan santan)
1 cawan gula merah
4 camca besar tepung gandum
½ cawan gula pasir
Sedikit garam

Cara menyediakan:
1.Ubi kayu dibersihkan dan diparut.Setelah itu,perahkan airnya dan gaulkan dengan dua cawan santan.
2.Masukkan gula,gula merah dan sedikit garam dan kacau hingga larut.Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukuslah hingga masak.
3.Sementara itu,bancuh tepung gandum dengan baki santan dan sedikit garam.Apabila ubi tadi telah masak,tuang bancuhan santan ke atasnya dan kukus lagi hingga masak.
4.Setelah sejuk bolehlah dipotong dan hidangkan

Puding Cendol


















Bahan-bahan:
1/2 paket agar2 (20 gm)
3 gelas air
1 cawan gula
1 cawan susu cair
2 cawan cendul
1 cawan gula merah

Cara menyediakan:
1. Rebuskan agar dengan air sehingga mendidih.
2. Masukkan gula dan biarkan mendidih lagi,tapiskan.
3. Bahagikan adunan pada 3 bahagian.
4. Bahagian 1/3 itu dipanaskan dan masukkan gula merah.
5. Kacau rata dan biarkan mendidih dan tapis.
6. Masukkan sedikit dalam acuan dan biarkan agak keras tetapi jangan keras sangat nanti adunan tidak melekat.
7. 2 bahagian lagi dipanaskan dan masukkan susu cair dan cendul.
8. Kacau rata dan tuangkan perlahan2 atas adunan gula merah dan sejukkan dan hidangkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



























Disini saya ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" kepada semua pengunjung dan pembaca blog saya.Kepada yang memandu balik kampung halaman tu,sentiasa berhati-hati dijalanraya.Semoga perjalanan anda selamat sampai ke destinasi yg dituju.
Semoga hari Lembaran ini disambut dengan gembira.
Wasalam.

My Friends,My Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.my-resepi.blogspot.com. Powered by Blogger.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons