Kuah Dhal

kuah dal deepavali
                        (sumber gambar dari internet)

Bahan-bahan:
1 cawan kacang dhal
2 batang lobak merah – dipotong nipis
1 biji terung sederhana besar - dipotong kecil
2 biji kentang - dibelah lapan
sedikit serbuk kunyit
1 inci halia - diracik
2 ulas bawang putih - diracik
3-4 biji bawang merah - dimayang
sedikit daun kari
sedikit rempah tumis - bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis
1 sudu teh biji sawi
3 biji cili hijau - dihiris nipis / dipotong besar
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:
1.Rebus kacang dhal dalam periuk sehingga empuk.
2.Bila kacang dal dah agak agak empuk, masukkan serbuk kunyit, lobak merah dan kentang. Teruskan rebus sehingga kesemua bahan empuk.
3.Masukkan pula terung dan cili. Teruskan merebus lagi sehingga terung masak.
4.Dalam kuali yang lain, panaskan minyak kemudian tumiskan rempah tumis, halia, bawang putih, bawang merah dan biji sawi sehingga layu dan naik bau.
5.Kemudian curahkan ke dalam rebusan sayur sayur tadi. Rasakan garam dan gula secukup rasa. Sedia untuk dihidangkan

Muffin Coklat


















Bahan-Bahan:
½ cawan mentega
½ cawan minyak jagung
1 ¼ cawan gula perang
3 biji telur
2 ½ cwn tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
sudu makan serbuk koko
200 ml susu segar ( vanilla atau coklat)
Sedikit coklat chip untuk hiasan.

Cara-cara:
1.Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180’C selama 15 minit.
2.Pukul mentega, minyak jagung dan gula perang dalam bekas adunan
3.Masukkan telur sebiji demi sebiji.
4.Tepung gandum, soda bikarbonat, serbuk koko dan baking powder perlu diayak bersama dan dicampur ke dalam adunan tadi.
5.Kemudian campurkan susu segar berselang-seli dengan tepung sehingga sebati.
6.Paipkan adunan ¾ ke dlm cup kertas dan letak sedikit coklat chip di atasnya.
7.Siap untuk di bakar. Bakar selama 20 minit.

Tips:
1.Oven perlu dipanaskan terlebih dahulu supaya adunan kita boleh naik dengan sempurna.
2.Pukul adunan dengan menggunakan pemukul telur biasa (pemutar belon). Tak perlu guna mixer kerana adunan muffin berbeza dengan kek.
3.Jangan guna minyak masak yang berkacang kerana ia member kesan pada rasa muffin anda. Minyak jagung adalah yang terbaik.
4.Untuk mendapatkan rasa coklat sebenar, guna susu segar perisa coklat (Dutch Lady).
5.Untuk mendapat muffin yang sedap, gantikan tepung gandum dengan Tepung Ros (ayak terlebih dahulu) yang boleh didapati dikedai2 bakeri. Harga tepung ros ini mahal sedikit tetapi untuk hidangan sendiri sangat berbaloi. 6.Muffin yang dibakar hendaklah dipusing kedudukan setiap 10 minit supaya adunan masak dengan sempurna. 7.Anda boleh mengguna kan cup kertas saiz 3 atau 8.Jumlah muffin yang akan diperolehi sekitar 35-38 biji (saiz 3) atau 17-20 biji (saiz 8).

Sumber: BabyCakes2u

ZaiFa®:nanti saya nak cubalah.dah lama tak buat cupcake ni. :-)

Nasi Carrot

















Bahan-bahan:
2 cawan beras bathmati ataupun beras biasa-basuh dan toskan
2 cawan carrot –diparut
1/2 cawan susu cair
3cawan air – ataupun letak air rebusan isi dan tulang ayam
1 kiub ayam
1 sudu kecil gula
garam


Bahan Tumis:
2 sudu besar rempah kurma-pilihan
4 ulas bawang merah – tumbuk
3 ulas bawang putih – tumbuk
2 cm halia -mayang
2 sudu besar mentega/marjerin
kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun ketumbar-dimayang
daun pandan

Cara membuatnya:
1.Panaskan mentega/marjerin dalam periuk dan masukkan bahan tumis,bawang & halia yg dimayang dan daun pandan.
2.Bila dah wangi masukkan rempah kurmai.Biarkan naik minyak.
3.Masukkan air, garam, gula, kiub ayam dan susu cair.Biarkan mendidih.
4.Masukkan beras, carrot dadu dan daun ketumbar.
5.Alihkan periuk kedalam Rice Cooker dan biarkan masak saperti nasi biasa.Nasi selalu dikacau2 untuk elakkan berkerak di bahagian bawah
6.Hidangkan bersama ayam bakar, sup dan salad sayur.

Sandiwch Biskut Ranggup






















Bahan-bahan:
14 keping cream crakers mini
70 gm serbuk roti
2 biji telur
Sedikit garam
100 gm ikan bilis yang sudah dibersihkan
3 biji bawang merah (dikisar halus)
3 ulas bawang putih (dikisar halus)
2 cm halia (dikisar halus)
1 sudu besar pes cili
Sedikit air asam jawaMinyak secukupnya



Cara memasak:
1. Mula-mula anda perlulah menyediakan sambalnya. Jadi, panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang dikisar sehingga wangi.
2. Kemudian, masukkan pes cili dan air asam jawa. Kacau rata.
3. Selepas itu, masukkan pula ikan bilis dan biarkan mendidih.
4. Setelah sambal masak, matikan api dan biarkan sejuk.
5. Setelah sambal sejuk, ambil sedikit dan sapukan pada sekeping biskut dan tutup dengan sekeping lagi biskut (buat seperti sandwic. Ulangi cara ini sehingga biskut habis dan ketepikan.
6. Untuk proses seterusnya, anda perlu memukul telur bersama sedikit garam sehingga kembang. Ketepikan.
7. Kemudian, celupkan biskut ke dalam telur tersebut dan masukkan ke dalam serbuk roti.8. Panaskan minyak dan goreng kepingan biskut yang sudah bersalut sehingga garing.9. Sedia untuk dihidangkan.



Sumber:Pa&Ma

My Friends,My Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.my-resepi.blogspot.com. Powered by Blogger.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons