Masak Lemak Siput Sedut

Bahan-bahan:
3 kilo siput sedut
30 biji cili api
1 inci kunyit basah
1 inci halia
7 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 batang serai
2 biji kelapa (ambil santan sahaja)
Garam secukup rasa
3 keping asam keping
Minyak masak dlm anggaran 10 sudu besar

Cara menyediakan:
1. Siput hendaklah dipotong bahagian ekornya jangan terlalu pendek.
2. Tumbuk kunyit basah dengan sedikit garam, cili api, halia, bawang merah dan bawang putih tumbuk hingga lumat. Kemudian ketukkan serai.
3. Setelah kesemua bahan tdi telah lumat. Panaskan periuk dgn minyak masak.
4. Masukkan bahan yang telah ditumbuk lumat tadi, tumis hingga naik bau. Masukkan serai tadi kemudian kacau hingga sebati, masukkan garam secukup rasa dan 2 keping asam keping. Kacau hingga bahan2 itu sebati.
5. Masukkan siput yang telah dibersihkan tadi, masukkan sedikit santan kacau lagi.
6. Kemudian masukkan kesemua santan kacau hingga santan dan siput masak.
7. Biarkan kuah tadi mendidih dan sedia untuk dimakan.

Kek Pelangi

Bahan-bahan :-
250g mentega
220g tepung kek *
1 s/k serbuk penaik *  (bahan * diayak bersama)
200 gm gula kastor
4 biji telur gred A
5 s/b air susu
1 s/k esen vanila
sedikit pewarna merah, hijau dan kuning


Cara-Cara membuatnya :-
Gris acuan bulat . panaskan ketuhar 180c.
Pukul mentega + gula dgn kelajuan sederhana hingga kembang dan putih.
Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji2 dan pukul sebati
Masukkan tepung yang diayak sedikit2 sambil dikacau dan masukkan susu + esen vanila. Gaul rata.
Bahagikan adunan kpd 3 bahagian, warnakan merah, hijau, kuning.
Ambil 1 senduk adunan kuning dan tompokkan di bhg tengah acuan. Kemudian ambik satu senduk adunan merah dan tompokan di atasnya. 
Akhir sekali warna hijau ditompokkan di atas warna merah. Ulangi proses ini hingga habis.
Goyangkan adunan supaya rata.
Bakar 180c selama 1 jam.

Ikan 3 rasa

Bahan-bahan
1 ekor Ikan Kerapu
cili padi - di hiris kasar
1 biji bawang besar - dipotong bulat
3 biji bawang kecil - dirajang
2 ulas bawang utih - dirajang
sedikit oyster sauce, fish sauce
sedikit minyak bijan
1 senduk kecil lemon paste
sedikit daun ketumbar atau daun pudina
sedikit tepung jagung
air dan garam secukupnya


Cara-cara

Ikan dibersihkan, kemudian dilumurkan dengan garam dan digoreng setengah
garing dan diangkat.

Tumis bawang putih, bawang kecil, cili padi dan bawang besar hingga layu
dengan minyak bekas ikan tadi dan sedikit minyak bijan.

Setelah layu, masukkan sedikit fish sauce, oyster sauce dan lemon paste,
dikacau rata dan masukkan sedikit air (jika ingin lebih berkuah, lebihkan air).

Setelah mendidih, tuangkan campuran tepung jagung dan air dan di kacau hingga pekat.
Masukkan daun ketumbar atau daun pudina dan segera diangkat.

Tuangkan kuah keatas ikan yang telah digoreng tadi dan hidangkan ketika panas.

Ikan Sembilang Kuah Lada

Bahan-bahan :
1/2 kg ikan sembilang
1 sudu teh garam
Minyak untuk menumis
10 tangkai cili kering
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 sudu besar ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh serbuk kunyit
4 sudu besar kerisik
1 sudu besar asam jawa Adabi
375 ml air
Garam secukup rasa

Cara Memasak :
1.Gaulkan ikan dengan garam dan perapkan selama 5 minit.
2.Panaskan minyak dan tumiskan bahan giling sehingga wangi.
Masukkan kerisik dan goreng selama 2 minit di atas api yang sederhana.
3.Masukkan daging dan goreng selama beberapa minit.
4.Masukkan asam jawa dan air. Biar mendidih.
5.Masukkan ikan dan renehkan selama 8 hingga 10 minit.
6.Masukkan garam secukup rasa

Puding Durian


Bahan-bahan:
60gm tepung kastard
40gm gula halus
700gm susu cair
100gm isi durian
Cara Menyediakan:
1.Campurkan tepung kastard dengan gula dan susu cair kemudian kacau hingga sebati sebelum dimasak dalam ketuhar gelombang mikro selama lapan minit pada tahap High. Kacau dua kali.
2.Keluarkan dan masukkan isi durian.Kacau hingga rata dan masukkan semula ke dalam ketuhar dan masak pada tahap High selama tiga minit lagi.
3.Keluarkan dan tuang ke dalam loyang atau gelas koktel dan biarkan beku dalam peti sejuk.

Serawa Durian (kuah durian)



Bahan-bahan:-
Isi durian (ikut citarasa)
Santan kelapa pekat-1 biji
Daun pandan
Gula
Garam
2 cawan kecil air masak

Cara membuatnya:-
1.Masakkan isi durian,santan dan daun pandan.
2.Tambah sedikit air.
3.Setelah mendidih,masukkan sedikit gula,garam.(ikut citarasa)
4.Kalau nak nampak keperangan,masukkan sedikit gula merah.
5.Siap dimakan bersama pulut atau roti.Enaknya..

p/s:Menu yg simple tapi sedap.

My Friends,My Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.my-resepi.blogspot.com. Powered by Blogger.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons